Sabtu, 31 Mac 2012

Ini cara membaca berkesan

Anda suka membaca? Malangnya anda sering menguap semasa membaca. Ini adalah strateginya! Dengan menerapkan sejumlah panduan semasa membaca, anda akan mendapatkan sesuatu dari buku yang dibaca. Panduan berikut ini boleh membantu anda membaca secara berkesan!

1. Scanning
Scanning atau membaca sepintas lalu. Tujuannya untuk mendapatkan informasi, menjawab pertanyaan atau menyelesaikan masalah yang spesifik. Misalnya, jika anda ingin mengetahui tentang khasiat herba dalam mencegah penyakit kanser. Bacalah dahulu daftar isi, abstraks, kesimpulan akhir, ringkasan, dan jadual di dalam buku tersebut. Cara ini memungkinkan anda untuk menemukan bahagian yang relevan seperti yang ingin dicari. Anda dapat hanya membaca informasi-informasi yang diperlukan saja.

2. Skimming
Skimming adalah membaca bagian awal sebuah bacaan secara cepat untuk memperoleh gambaran umum atau inti dari buku tersebut. Cari dan tinjaulah isi buku tersebut dengan membaca cepat bahagian awal setiap babnya hingga terjumpa maklumat yang dicari.

3. Membaca ayat topik
Lakukan ini sebelum membaca lebih mendalam. Membaca ayat topik akan berguna ketika mendapatkan bacaan yang padat dan benar-benar asing/baru. Bacalah ayat topik atau ayat inti dari setiap paragraf. Dengan ini, anda akan mendapatkan gambaran dari bab tersebut

Contoh ayat topik dalam paragraf:
Kita semua terpengaruh oleh warna. Ada beberapa warna yang sangat kita suka dan ada juga beberapa warna yang tidak kita suka sama sekali. Beberapa warna mengasyikkan kita, yang lainnya menghairankan kita, ada pula yang membuat kita senang di samping ada juga yang membuat kita sedih. Manusia terpengaruh oleh warna lebih dari yang mereka sangkakan kerana warna berhubungan erat dengan semua aspek kehidupan kita.

Ayat topik : Kita semua terpengaruh oleh warna
• Topik : Kita semua
• pengawalan idea : terpengaruh oleh warna

Ayat sokongan:
• Ada beberapa warna yang sangat kita suka dan ada juga beberapa warna yang tidak kita suka sama sekali.
•. Beberapa warna mengasyikkan kita, yang lainnya menghairankan kita, ada pula yang membuat kita senang di samping ada juga yang membuat kita sedih

Kesimpulan :
• Manusia terpengaruh oleh warna lebih dari yang mereka sangkakan kerana warna berhubungan erat dengan semua aspek kehidupan kita.

4. Baca secara terperinci
Setelah melakukan petua di atas, bacalah bahagian utama atau bahagian yang padat dari bacaan tersebut untuk menyaring bukti-bukti sokongan atau mendapatkan isi dari perkara yang cari. Bacalah dengan perlahan, berikan perhatian pada hal-hal yang penting. Analisislah isi bacaan dengan menghubungkan ide-ide yang berkaitan, mempertimbangkan pelbagai sudut pandang, kenal pasti prinsip-prinsip asas dari bacaan tersebut, menerapkan idea atau memindahkan pengetahuan dari bacaan tersebut, serta menilai argumen penulis terhadap bukti-bukti yang dipaparkan.

5. Bacalah untuk meningkatkan kemampuan menulis
Setelah membaca, mungkin anda tertarik untuk menulis tentang maklumat yang dicari. Oleh itu, tingkatkanlah kemampuan menulis dengan memerhatikan struktur dan teknik yang digunakan dalam bacaan tadi. Perhatikanlah perkara berikut;
1. struktur keseluruhan bacaan tersebut,
2. struktur dan panjang paragraf,
3. binaan argumen/hujah penulis,
4. penggunaan bukti-bukti untuk penulisan,
4. analisis literaturnya,
5. transisi serta wacana penulisan (hubungan antara ayat/ paragraf),
6. serta urutan tulisan tersebut, dan
7. penggunaan bahasa dan gaya tulisan buku tersebut.

Selamat mencuba dan teruskan membaca..

Apa itu penyelidikan pendidikan kualitatif?


Merancang projek penyelidikan boleh dibandingkan dengan perancangan untuk bercuti. Sebelum memulakan perjalanan, kita selalunya akan mengambil kira jenis perjalanan yang akan dibuat, apa yang kita suka lakukan, kos, nak pergi ke mana, cara terbaik ke sana, berapa lama nak ke sana dan banyak soalan lain. Begitu juga jika kita nak buat penyelidikan. aspek asas yang perlu diambik kira ialah orientasi falsafah (philosophical orientation). Apa yang kita percaya berkaitan nature bagi sesuatu kenyataan, berkenaan pengetahuan, dan tentang production of knowledge? Penyelidikan pendidikan sebenarnya ialah menghasilkan ilmu pengetahuan tentang dunia pendidikan.

Ada tiga orientasi kepada penyelidikan. Carr dan Kemmis (1986) senaraikan tiga bentuk asas penyelidikan pendidikan; positivist, interpretive, dan critical. Bentuk positivist, pendidikan atau persekolahan dianggap sebagai objek, fenomena, atau sistem penyampaian yang boleh dikaji. Contoh kajiannya ialah keciciran dalam persekolahan, dan literasi luar bandar Bentuk interpretive pendidikan dilihat sebagai proses dan sekolah adalah pengalaman langsung. Pengetahuan berkaitan proses tersebut diperolah melalui mod inkuiri secara induktif, hipotesis atau penjanaan teori. Contohnya, memahami perpetif keciciran daripada kaca mata pelajar yang tercicir. Pnyelidikan kritikal pula mengambil kira reka bentuk institusi sosial untuk transformasi sosial dan budaya. Contoh kajian ialah menyelidik bagaimana institusi sekolah distrukturkan sehingga mengundang masalah keciciran bagi pelajar menegnah atas.

Rujukan: Merriam, S. B. (2001) Qualitative rsearch and cases study applications in education. San Francisco: Jossey_Bass Publishers

Khamis, 29 Mac 2012

Resolusi Konvensyen Pendidikan Ke-19


KONVENSYEN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU KALI KE-19
Tarikh : 20 hingga 22 MAC 2012


Sebanyak 22 tajuk pembentangan kertas kerja dan tiga pameran poster yang dipaparkan dalam KONPEN 2012.
Dengan berdasarkan tajuk-tajuk kertas kerja itu, pihak penganjur telah dapat membuat resolusi.

A. KURIKULUM

(I) PENUKARAN NAMA MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA KEPADA BAHASA MELAYU
Penggunaan nama mata pelajaran bahasa Malaysia mesti diubah kepada Bahasa Melayu seperti yang tercatat dalam Akta 152 Perlembagaan Negara.

(II) TINGKATKAN PERANAN BAHASA MELAYU DAN KESUSASTERAAN MELAYU
Pengajaran bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu hendaklah diwajibkan kepada semua pelajar dari peringkat rendah hingga peringkat tinggi dalam persekolahan dan peringkat pengajian tinggi. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu menjadi jati diri bangsa Melayu dan asas kepada pembentukan bangsa Malaysia. Pengajaran Kesusateraan Melayu mestilah diwajibkan kepada semua pelajar. Kesusasteraan dapat membentuk manusia mempunyai peribadi mulia dengan nilai-nilai murni dan sebagai kesannya mereka akan menjadi manusia yang dapat menjalankan tugas dengan jiwa yang murni, berhemah, bertanggungjawab atas sebab pendidikan yang dihayati melalui keusasteraan Melayu


(iii) PEMANSUHAN PPSMI

Pemansuhan PPSMI hendaklah dilaksanakan dalam kadar yang segera dan tidak berperingkat-peringkat seperti yang dilaksanakan sekarang.

B. PEDAGOGI

(i) PEDAGOGI BAHASA MELAYU PERLU DIINOVATIFKAN

Pedagogi bahasa Melayu hendaklah dijalankan dengan cara yang inovatif, menarik dan berkesan serta menghiburkan melalui pengaplikasian pelbagai strategi, kaedah dan teknik pengajaran. Hal ini ada ditemukan dan dicadangkan dalam kertas kerja tertentu dalam konvensyen ini.

(ii) PENGAPLIKASIAN ILMU TATABAHASA BAHASA MELAYU SECARA MELUAS UNTUK SEMUA GURU

Pengaplikasian ilmu tatabahasa bahasa Melayu mesti dilaksanakan secara terancang dan menarik di samping sumber ilmunya dipastikan dapat difahami oleh murid atau pengguna bahasa dengan jelasnya. Sebarang isu tatabahasa yang memeningkan semua pihak mesti diatasi dan sumber rujukan kukuh serta tepat amat diperlukan. Hal tersebut akan membantu tenaga pengajar dan pengguna bahasa Melayu ke arah penggunaan bahasa Melayu yang betul.

(iii) PENGGUNAAN BAHASA MELAYU YANG BERMARTABAT OLEH SEMUA GURU

Penggunaan bahasa Melayu yang bermartabat dalam semua pengajaran mata pelajaran perlu diamalkan oleh semua pendidik pada setiap masa.

(iv) PELAKSANAAN KURSUS BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

Kursus tatabahasa dan komunikasi bahasa Melayu perlu dilaksanakan secara terancang dan sepenuhnya kepada semua guru khususnya guru matematik dan sains pada semua peringkat

C. KANDUNGAN

(i) PEMERKASAAN EJAAN JAWI

Penggunaan ejaan jawi perlu diketengahkan semula kerana tulisan ini adalah khazanah bangsa Melayu. Kita mesti sedar bahawa ejaan dan tulisan jawi itu sebenarnya jati diri bangsa Melayu dan kita sudah pasti menangisi keistimewaannya itu sekiranya dibiarkan hilang di buminya sendiri.

(ii) PELESTARIAN TATABAHASA BAHASA MELAYU

Kandungan tatabahasa bahasa Melayu dalam kurikulum pendidikan bahasa Melayu mesti diperinci semula. Hal ini demikian kerana sukatan tatabahasa yang ada pada masa kini masih terlalu umum.

(iii) PENGGARAPAN BAHASA MELAYU DAN DIDIK HIBUR

Pengaplikasian bahasa Melayu dalam didik hibur mestilah mengikut ilmu bahasa Melayu yang tepat. Hal ini penting agar pengguna bahasa Melayu dibiasakan dengan cara berbahasa yang betul.

Dikemukakan oleh: Disahkan oleh :
(Dr SUPIAN BIN MOHAMAD NOOR) (Dr HAJI ALI BIN MAHMOOD)
Penyelaras KONPEN 2012 Timbalan Pengarah IPGKBM

Rabu, 28 Mac 2012

Felda: sejarah dan maklumat yang perlu dibaca


FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan.[2] Modal permulaannya RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957 . Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka.[3] Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin. Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km² tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit.[3]

FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia, manakala agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia Timur.[4]

Baca maklumat lanjut di sini

Makan coklat untuk langsing


Ramai yang suka makan coklat. Kanak-kanak paling suka makan coklat, namun ada orang dewasa juga demikian. Apa khasiat makan coklat? Tentu ada khasiat tertentu hingga kajian dilakukan terhadap orang yang makan coklat dan hubungannya dengan penjagaan kesihatan. Menurut kajian, makan coklat boleh membantu kekal langsing. Betulkah andaian itu?
Baca artikel ini

Selasa, 27 Mac 2012

Hidup Bahagia dalam Duka, Mungkinkah?

REPUBLIKA.CO.ID, Oleh: Dr Abdul Mannan

Adakah manusia yang bisa bahagia dengan duka? Rasanya tidak mungkin ada manusia yang mau menjadikan duka sebagai suatu kebahagiaan dalam hidupnya. Itulah mengapa banyak orang yang kini rela melakukan kejahatan hanya karena agar dia tidak kehilangan pekerjaan, jabatan, ataupun kehormatan.

Hampir setiap orang menolak yang namanya duka dan berusaha sekuat tenaga untuk hidup bahagia. Akibatnya, tidak sedikit di antara mereka yang bersikap pragmatis, egois, individualis, dan hedonis. Bahkan, mereka mau melakukan apa saja yang penting dia tidak miskin, tidak dikucilkan dan tidak dihukum.
 
Walaupun kadangkala hatinya menjerit karena letupan-letupan kesadaran yang terkadang muncul akan perilakunya yang telah melanggar aturan Tuhan, mereka tetap saja lebih memilih menjauh dari duka demi hidup bahagia. Ingkar janji, dusta, dan khianat dipaksa menjadi karakter dalam dirinya demi untuk menghindari duka.

Apalagi di zaman sekarang yang himpitan ekonomi begitu berat, kejujuran sudah dianggap bukan masanya lagi, dan korupsi diyakini wajar, sehingga menjadikan sebagian besar umat manusia makin berani menggadaikan imannya. Padahal, kalau dicermati, duka yang mereka hindari dengan cara curang itu, sejatinya adalah jalan tol menuju duka nestapa yang tiada tara.

Duka di dunia hanyalah sementara sebagaimana senang di dunia juga tidak selamanya. Sementara pembalasan Tuhan pasti adanya. Seorang Muslim wajib untuk hidup dengan tidak melanggar aturan Tuhan. Sekalipun terkadang untuk hidup seperti itu harus banyak melakukan pengorbanan, merasakan penderitaan, kesengsaraan, dan duka nestapa yang mendalam.

Tetapi, itulah mahar yang harus kita berikan untuk bisa mendapat kebahagiaan abadi di dalam surga. Apabila kita telah memahami hal ini, insya Allah kita akan bisa menjalani hidup ini tetap bahagia meskipun harus bersahabat dengan duka. Duka sejatinya adalah mahar untuk bahagia.

Hal itulah yang dilakukan oleh Nabi Yusuf AS. Sejak kecil dia hidup tidak dalam kebahagiaan. Dia menjadi anak Nabi Ya’kub yang dibenci oleh saudara-saudaranya dia pun harus rela dilempar ke dalam sumur. Kemudian, dia hidup sebatang kara di negeri orang dengan status sebagai budak belian.

Tak cukup di situ, Nabi Yusuf juga difitnah, hingga harus mendekam dalam penjara. Tetapi, semua itu dilalui dengan nuansa hati yang tetap bersih dari kotoran nafsu. Kebersihan hatinya membuatnya rela di penjara.

“Yusuf berkata, ‘Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh’." (QS Yusuf : 33).

Demikianlah sikap Nabi Yusuf terhadap duka dalam hidupnya. Setiap fase ujian, dilaluinya dengan penuh kesabaran dan harapan akan pertolongan Allah SWT.  Hingga ia diangkat derajatnya oleh Allah SWT dengan menjadi pengelola ekonomi di Mesir.

Isnin, 26 Mac 2012

Passing on the pleasure of reading

By FARAH A. MOHD ALKAF

I love to read. I think reading came quite easily to me because I don’t remember having a hard time when reading instruction began formally at Standard One (now Year One).

We were seven years old then and were first taught to put syllables together to form words. I recall the students’ familiar chant after the teacher, “b-a ba, t-u tu, batu.”

We also did a lot of tulisan (writing), where we were taught to write upper- and lower-case letters the correct way.

By the time I was eight, I was devouring Enid Blyton books. The Magic Faraway Tree and the Famous Five series still hold a special place in my heart.

I was never read to as a child, but my parents were themselves avid readers. We had books around the house and we were never deprived of them. We also frequented the local library every two weeks. My husband’s experience with reading is a little different from mine. He lived in a small town and there were no library visits. In primary school, his reading literature consisted mostly of Doraemon and Master Q comics. While I need just four hours to finish a standard novel, he may take a few days. But, we are no different from each other in our ability to analyse, understand and appreciate literature. We both derive a great sense of pleasure from reading.

I am now a mother of three children aged eight, six and four. How reading today has changed. Where before reading instruction started at Standard One, now children are being taught to read and write at three or four years old.

Now, they are expected to be able to read, spell and write in sentences by the time they start Year One. Oh, the pressure! Not just on parents and teachers, but on the child.

Jumaat, 23 Mac 2012

Kesombongan iblis

REPUBLIKA.CO.ID,  Oleh: Dr Ir Fuad Rumi MS

“Ana khairun minhu”, saya lebih baik dari dia. Itulah kalimat iblis ketika Tuhan menanyakan alasan mengapa ia tidak mau melaksanakan perintah, sujud kepada Adam. Iblis menambahkan, “Khalaqtani min nar wa khalaqtahu min tin”, Engkau menciptakan aku dari api dan menciptakan dia (hanya) dari tanah. (QS al-A’raf 12). Itulah kesombongan iblis, merasa diri lebih mulia karena asal kejadian.

Kesombongan iblis rupanya adalah sebuah penyakit yang juga bisa menular kepada manusia. Bahkan, iblis secara aktif menularkannya kepada anak cucu Adam. Pernyataan dan sikap ana khairun minhu sekarang bahkan lebih banyak digunakan oleh manusia.

Jika iblis merasa diri lebih baik karena asal penciptaannya, manusia juga tertular kesombongan karena keturunan seperti itu. Itu sebabnya Nabi Muhammad SAW mengingatkan kita dengan sabda beliau, “Semua kalian berasal dari Adam dan Adam (diciptakan) dari tanah. Tidak ada kelebihan orang Arab dari yang bukan Arab, kecuali karena takwa.”

Sabda Nabi tersebut hendak menyadarkan kita agar tidak menjadi angkuh karena keturunan. Kemuliaan hanya bisa dicapai dengan takwa. “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa.” (QS al-Hujurat:13).

Lebih mencengangkan lagi, ternyata manusia mengembangkan prinsip ana khairun minhu hampir dalam semua lapangan kehidupan. Dengan prinsip itu, manusia kemudian saling bersaing tidak sehat, lalu saling membenci, saling bermusuhan, saling menjatuhkan, bahkan ada yang sampai saling membunuh.

Ketika manusia memperebutkan sebuah jabatan, misalnya, masing-masing menggunakan jurus ana khairun minhu itu. Berbagai teknik digunakan untuk memengaruhi opini orang bahwa dialah yang lebih baik. Oleh karena itu, dia lebih layak untuk dipilih. Baliho, spanduk, brosur, stiker, iklan, dan berbagai macam teknik komunikasi massa digunakan untuk menyatakan ana khairun minhu, saya lebih baik dari dia.

Sebenarnya, untuk meraih prestasi, manusia boleh saja, bahkan dianjurkan untuk menjadi yang terbaik, menjadi the best. Manusia harus menunjukkan prestasi terbaik atau produk kerja terbaik. Tapi, berusaha menjadi yang terbaik tidak sama dengan merasa yang paling baik. Yang pertama adalah sebuah upaya positif, yang kedua adalah sebuah kesombongan.

Lebih berbahaya lagi ketika kesombongan ana khairun minhu itu digunakan oleh seorang penguasa. Ia tidak akan suka dikritik. Ia selalu ingin dipuja-puja. Ia memfasilitasi hidupnya dengan berbagai kemewahan. Ia tidak mau melihat ada orang lain yang lebih unggul yang bisa menggantikan kedudukannya. Ia lalu menggunakan berbagai cara dan muslihat untuk mempertahankan

Demikian sedikit gambaran betapa kesombongan iblis telah merasuki manusia sehingga menggerus nilai-nilai kemanusiaan. Dampak negatifnya bisa semakin meluas dan merusak jika tidak segera disadari. Karena itu, kita harus sadar dan menyelamatkan diri dari proses dehumanisasi akibat penyakit iblis tersebut. Wallahu a’lam

Sedekah

REPUBLIKA.CO.ID, Oleh: Dr HM Harry Mulya Zein
 
“Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah, berpuasa, dan shalat di kala kebanyakan manusia tidur.” (HR.At-Tirmidzi)

 
Salah satu ibadah yang dianjurkan Allah SWT adalah bersedekah, baik dikala lapang maupun dikala sempit. Sebab sedekah adalah amal kebaikan sebagaimana al-Quran surah al-A’raf ayat 16 khusus amalan sedekah dilipatkan-gandakan lagi sesuai kehendak Allah, yang kemudian ditambah lagi mendapatkan berbagai keutamaan sedekah.

Marilah kita baca hadis Rasulullah SAW; “Sesungguhnya Allah swt itu Maha Memberi , Ia mencintai pemurah  serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. al-Baihaqi)

Hadis di atas juga boleh kita petik hikmahnya bahawa Islam sangat membenci sifat kedekut dan bakhil dan sifat suka meminta-minta. Tetapi sebaliknya seorang mukmin itu banyak memberi dan pemurah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.”  (HR. Bukhari)

Kita sudah tidak membantah lagi tentang keistimewaan ibadah sedekah. Sejumlah cendekiawan dan ulama muslim mengatakan bahawa terdapat ratusan dalil yang menegaskan bahawa Allah SWT memberikan pahala yang berlipat ganda dan memuliakan kaum yang bersedekah.

Mengutip kitab yang berjudul Al Inaafah Fimaa Ja’a Fis Shadaqah Wad Dhiyaafah, terdapat keutamaan bersedekah antara lain:

Pertama, sedekah dapat menghapus dosa. Pernyataan ini diperkuat dengan dalil hadist Rasulullah saw, “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR Tirmidzi, dishahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614).

Pengampunan dosa ini tentu saja disertai taubat sepenuh hati, dan tidak kembali melakukan perbuatan-perbuatan tercela serta terhina seperti sengaja bermaksiat, seperti korupsi, memakan riba, mencuri, berbuat curang, atau mengambil harta anak yatim.

Kedua, bersedekah memberikan keberkahan pada harta yang kita miliki. Hal ini sesuai dengan hadist Rasulullah saw yang berbunyi, “Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim).

Ketiga, Allah melipatgandakan pahala orang yang bersedekah. Hal ini sebagaimana janji Allah SWT di dalam al-Quran. “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs; al-Hadid: 18)

Keempat, terdapat pintu surga yang hanya dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah. Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu surga.

“Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan”. Jika ia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan shalat, ia akan dipanggil dari pintu shalat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”  (HR Bukhari).

Dan terakhir, orang yang sering bersedekah dapat membebaskan dari siksa kubur. Rasulullah saw bersabda, “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” (HR Thabrani)

Ahad, 18 Mac 2012

KEJAM - catatan perjalanan udara Bandar Seri Begawan - KL

Mengapa kanak-kanak dibunuh kejam?. Tersentak fikiran saya dengan dunia yang semakin kacau. Walaupun selalu tersentak dengan berita yang samataranya, sebenarnya memandu fikiran kita ke arah punca terjadinya. Adakah pertimbangan manusia terhadap nyawa sudah berubah? Nyawa yang Allah anugerah diperlakukan dengan kejam. Kejam bermaksud melakukan sesuatu tanpa pertimbangan normal. Berita kematian kanak-kanak yang diculik dan dibunuh dengan dengan mayatnya dijumpai hangus dibakar adalah gambaran kejamnya manusia kini. Mungkin tindakan itu diambil oleh mereka yang tidak tahu harga nyawa yang dianugerah Allah. Sudah tentu mereka yang lakukan kekejaman itu tergolong dalam kalangan manusia tanpa akal waras.

Namun semua insiden itu memerlukan kita berfikir akan kuasa akal. Adakah akal yang dimiliki manusia tidak dapat membantu membandingkan nilai kehidupan? Mungkin nilai yang diberikan untuk nyawa sekadar dinikmati sekilas pandang. Semakin ramai manusia yang tidak mampu meletakkan tanda aras bagi hidup bahagia. Adakah akan berlaku semakin ramai nyawa kanak-kanak melayang angkara manusia yang tidak berfikiran waras? Atau perlakuan kejam itu akan menjadi semakin tidak terkawal akibat sistem kehidupan yang kelihatannya juga tidak terkawal hala tujunya. Apakah agaknya tujuan hidup manusia yang membunuh kanak-kanak yang tak berdosa itu?

Sabtu, 3 Mac 2012

Bacalah al-Quran

Sudahkah Kalian Membaca Al-Qur'an?

Sahabatku, sedang apa kalian sekarang, sudahkah kalian membaca Al-Qur'an hari ini? Bacalah keistemewaan hamba-hamba Allah yang hidup bersama Al Qur'an, hati tenang, damai dan bahagia,
"Ingatlah, hanya dengan zikir (mengingat) Allah hati menjadi tenang.”. (Q.S Ar-Ra’d: 28). dan seutama-utama zikir adallah membaca Al-qur'an. Meraih pertolongan hari kiamat, ”Bacalah al-Qur’an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti memberi syafaat bagi orang yang membacanya.” (H. R. Muslim).

Menjadi manusia terbaik, ”Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Qur’an dan yang mengajarkannya” (H.R. Bukhari). Bersama para malaikat yang mulia, ”Orang yang pandai membaca al-Qur’an akan ditempatkan bersama kelompok para Malaikat yang mulia dan terpuji.

Adapun yang terbata-bata dan sulit membacanya akan mendapat dua pahala.”  (H.R Bukhari dan Muslim). Meraih kedudukan mulia, ”Sesungguhnya Allah Swt meninggikan (derajat) ummat manusia ini dengan Al-Qur’an dan membinasakannya pula dengan Al-Qur’an.” (H.R Muslim).

Dibanggakan Allah, ”Tidaklah suatu kaum berkumpul dalam salah satu rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah (al-Qur’an) dan mempelajarinya, melainkan ketenangan jiwa bagi mereka, mereka diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, dan Allah menyebut nama-nama  mereka di hadapan para Malaikat yang ada di sisi-Nya.” (H.R Muslim).

Sepuluh  kebaikan, ”Barang siapa yang membaca satu huruf Kitabullah maka ia mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf, tapi alif itu satu huruf.” (H.R at-Tirmizi),

Dipetik dari republika .co.id

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Al-Isra' - 17:23 ÙˆَÙ‚َضَÙ‰ٰ رَبُّÙƒَ Ø£َÙ„َّا تَعۡبُدُÙˆٓاْ Ø¥ِÙ„َّØ¢ Ø¥ِÙŠَّاهُ ÙˆَبِٱلۡÙˆَٰÙ„ِدَÙŠۡÙ†ِ Ø¥ِØ­ۡسَٰÙ†ًاۚ Ø¥ِÙ…َّا ÙŠَبۡÙ„ُغَÙ†َّ عِندَÙƒ...