Memaparkan catatan dengan label Scandinavia 2019/2020. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Scandinavia 2019/2020. Papar semua catatan

Khamis, 5 November 2020

PERISTIWA 2020: TAHUN BAHARU DI OSLO

30.12.2019 Tiba di Oslo dari  Lofoten.  Transit dalam 2 jam di Airport Bodo.  Kemudian ke Oslo dengan penerbangan SAS.  


Twin Otter ke Bodo.  Cuaca -20C
Transit di Airport Bodo
Tiba di Airport Oslo.
Stesen kereta api airport Oslo



Malam 31 Dis di Oslo.  Gambar oleh Riz yang keluar seorang diri malam tu.  Kami penat dan tidur malam tahun baharu di Oslo.

Program 1.1.2020.  Bersiar-siar sekitar Oslo.  Jalan kaki dari pagi hingga tengahari.  Melalui beberapa lokasi menarik.

Istana Negara Norway, Oslo

Monumen menarik

Karl Johan Gate Oslo, Norway. Jalan utama dan terkenal di Oslo.



Gerbang ke Museum Army







Di Oslo, kami menginap di sini.  Mudah untuk berjalan kaki sekitar Oslo.






Masih di di Karl Johan Street


Tepi pantai, di hadapan Dewan Bandaraya Oslo

Buaian Oslo, Taman rekreasi!






Bangunan Parlimen Norway.  Nampak Klasik tapi masih digunakan..





Banyak bangunan unik dari segi reka bentuk di sekitar Oslo

Central Station, Oslo.  Kami nak naik tren ke airport.  Hampir dengan hotel kami.

Kawasan bekas kem tentera.  Kini muzium




Reka bentuk artistik


Pos istimewa 







Pagi di Oslo









Latar belakng bangunan Opera House, Oslo





Tren ke airport Oslo.

Menaiki QATAR ke Doha.

Airport Oslo.


Senja Norway.  Perjalanan pulang ke Malaysia melalui  Doha.  Ada rezeki kembali lagi di musim lain


Jumaat, 13 Mac 2020

OSLO, NORWAY


Hari ke-11. Oslo adalah destinasi akhir dalam eksplorasi Scandinavia kami.  Selepas meninggalkan Lofoten dengan kenangan menarik muka bumi dan persekitaran lain, kami menaiki pesawat ringan ATR dari Leknes ke Bodo untuk transit selama lebih 2 jam.  Kemudian kami menaiki pesawat lain ke Oslo untuk pernerbangan selama 2 jam.  Dalam rangka awal, kami sepatutnya menaiki feri dari Lofoten ke Bodo.  Tapi disebabkan pengurusan feri mengubah jadual pelayaran maka hasrat itu di ketepikan.

Sampai di Oslo kami menaiki kereta api ke Oslo Central  Station.  Hotel penginapan kami lebih kurang 200 meter dari stesen.  Semalaman kami menginap diHotel Comfort Express.  Pada sebelah malam adalah pesta menyambut tahun baru 2010 di Oslo.  Hanya terdengan bunyi dentuman buna api.  Akibat keletihan, kami tidak mampu untuk keluar dari hotel untuk melihat warna warni warga Oslo sambut tahun baru. 

Awal pagi kami terus melawat sekitar bandaraya Oslo.  Antaranya kami sempat melewati tasek indah dengan latar belakang bandaraya Oslo. Terlihat Opera House, kawasan art street, kem tentera yang lama, dewan bandaraya, istana negara, dan parlimen Norway.  Yang menarik di sini ialah mereka begitu menghargai warisan negara apabila melihat bangunan parlimen yang bersifat klasik tetapi mash digunakan.  Begitu juga bangunan lain yang dijaga dan menjadi daya tarikan pelancong.

Setelah melawat kami telah bersedia untuk ke lapangan terbang Oslo.  Untuk itu kami perlu menaiki tren selama 45 minit.  Pesawat Qatar Airway membawa kami meninggalkan Oslo menandakan tamatnya eksplorasi Scandinavia 2019/2020.  Pengalaman diperoleh dengan mengagumi kebesaran Allah yang menjadikan semua yang terbentang di alam ini.  ALHAMDULLAH

Dari Bodo ke Oslo




Stickman


Parllimen Norway yang  klasik 

Kawasan artistik



Sekitar bandar Oslo


Gambar dengan gaya

Di perkarangan hotel di Oslo

Bersiar-siar


Zaharah di depan Zara


jaket Norway

Norway dengan kapal layar pelaut






Skulptur kehidupan


Depan istana negara.  Norway masih ada raja

Bunga hiasan bandar






















Oslo Central Station yang sentiasa sibuk


LT Oslo nak ke Doha-KLIA


Remang senja Oslo menerusi jendela Qatar Airways

KESAN DOSA

  Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...