Rabu, 21 Jun 2023

TRIP MOROCCO 23: CASABLANCA KE MARAKECH












 Dari KLIA ke Casablanca ambil masa hampir 20 jam! KLIA- Abu Dhabi 8 jam, transit 4 jam, Abu Dhabi- Casablanca 7 jam. Perjalanan yang memenatkan. Sesampai di Casablanca terus di bawa ke pesisir pantai laut Atlantic. Pemandangan yang cantik. Pantai yang di penuhi pelancong dengan pelbagai tarikan. Hotel dan pusat rekreasi di sepanjang pantai. 

Kemudian kami makan tengahari dan selepas itu di bawa melawat masjid Sultan Hasan II yang tersergam. Masjid terbesar di Morocco dengan seni bina hebat. Solat di sini.

Perjalanan diteruskan ke Marakech ambil masa  lebih 2 jam. Makan malam di hotel. 

Sebelah siang melawat tempat menarik seperti kedai memproses minyak argan. Minyak argan terkenal di sini. Banyak digunakan dalam industri kosmetik dan penjagaan kesihatan. 

Kami juga melawat masjid Kutubiyya. Masjid tertua di sini. Ketinggian binaan menara masjid ini menjadi asas tinggi bangunan di Marakech. 

Marakech bermaksud merah. Semua bangunan di sini berlatarkan warna kemerahan.  Kami juga berpeluang menelusuri Bazar Jema alFnaa yang sangat luas dengan pelbagai barangan. 

Video tentang Casablanca dan Marakech 

https://youtu.be/rpol7xcRNvc


Isnin, 19 Jun 2023

TRIP MOROCCO 23: ISTANA ALHAMBRA GRANADA








Saya telah melawat istana Alhambra di Granada Sepanyol pada Mei 2023 yang lalu. Terpegun dan kagum melihat wujudnya peninggalan seni bina Islam dan masih terpelihara. Subhanallah. Namun, monumen itu masih menggambarkan kehebatan kerajaan Islam al-Andalusia.

Sebagai salah satu tinggalan teragung kerajaan Islam di Andalusia, Istana Alhambra yang merupakan kompleks istana dan kubu pertahanan. Tersergam indah di puncak bukit La Sabica, di wilayah Granada, Sepanyol. Nama Alhambra berasal daripada bahasa Arab, “hamra” atau “ahmar” yang bererti warna merah. 

Istana Alhambra bererti Istana Merah.   Bangunan ini banyak dihiasi ubin dan bata berwarna merah, serta penghias dinding yang agak kemerah-merahan.  Seramiknya yang bercirikan seni binaan Islam yang hebat, di samping marmar  putih dan indah.

Ramai pelancong ke sini untuk melihat secara dekat keindahan seni bina Islam. Walaupun wujud ubah suai kepada unsur Kristian, namun keunikan seni bina Islam masih terserlah.

Tonton video Alhambra  link di bawah.

https://youtu.be/72g0ind5yJM



10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH


Menurut Dr Zulkifli Muhammad Al-Bakri (2022), bulan Dzulhijjah adalah salah satu bulan yang dimuliakan di dalam Islam. Allah SWT berfirman:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”

Daripada Abu Bakrah RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الزَّمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ، وَذُو الحِجَّةِ، وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ، مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى، وَشَعْبَانَ “

Maksudnya: “Sesungguhnya zaman telah berpusing sebagaimana keadaannya pada ketika Allah menciptakan langit dan bumi, satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, padanya terdapat empat bulan Haram, iaitu tiga bulan yang berturut-turut (kedudukannya): Dzulqa’dah, Dzulhijjah, dan Muharram serta bulan Rejab Mudhar (nama kabilah) yang menetapkan bulan Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.”

Di dalam bulan Dzulhijjah ada hari-hari yang dipilih oleh Allah sebagai hari-hari terbaik sepanjang tahun. Allah SWT berfirman:

وَالْفَجْرِ  وَلَيَالٍ عَشْرٍ

Maksudnya: “Demi fajar, dan malam yang sepuluh

Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan 10 malam yang dimaksud oleh Allah dalam ayat tersebut. Penafsiran para ulama ahli tafsir mengerucut kepada 3 pendapat:

  • Pertama: 10 hari pertama bulan Dzulhijjah.
  • Kedua: 10 malam terakhir bulan Ramadhan.
  • Ketiga: 10 hari pertama bulan Muharram.

Pendapat yang rajih dan kuat ialah pendapat yang menyatakan bahwa yang dimaksud adalah 10 hari pertama bulan Dzulhijjah. Hal ini berdasarkan hadith riwayat Jabir R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ العَشْرَ عَشْرُ الأضْحى، والوِترَ يومُ عَرَفةَ، والشَّفعَ يومُ النَّحرِ.

Maksudnya: “Sesungguhnya yang dimaksud dengan 10 itu adalah 10 hari al-Adha (bulan Dzulhijjah), dan yang dimaksud dengan “ganjil” adalah hari Arafah, dan yang dimaksud dengan “genap” adalah hari raya Eid al-Adha. 

Sebahagian ulama menafsirkan bahwa yang dimaksud dengan “al-fajr” dalam ayat tersebut adalah fajar pada hari raya Eid al-Adha. Oleh itu, yang dimaksudkan dengan “10 malam” yang termaktub dalam ayat kedua surat tersebut adalah 10 hari pertama bulan Dzulhijjah.

Tambahan pula, Jumhur ulama berpendapat ia adalah sepuluh hari pertama Dzulhijjah. Malah, Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa terdapat ijmak ulama mengenai hal itu. Beliau berkata: Ini merujuk kepada (sepuluh) malam pertama Dzulhijjah, kerana telah ada kesepakatan di kalangan ulama tafsir tentang hal itu.

Ibnu Kathir  di dalam tafsirnya berkata: Yang dimaksud dengan sepuluh malam itu adalah sepuluh (pertama) Dzulhijjah, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Abbas, Ibnu al-Zubair, Mujahid dan lainnya dalam kalangan generasi salaf dan khalaf.

Antara hikmah di sebalik menyebut malam dan bukannya siang? Hal ini kerana Hari-hari disebut sebagai “malam” kerana bahasa Arab adalah fleksibel dan mungkin menggunakan perkataan malam untuk merujuk kepada hari, atau perkataan hari untuk merujuk kepada malam. Sahabat dan para tabi’in biasanya menggunakan perkataan malam untuk merujuk kepada hari-hari, sehinggakan mereka biasa mengatakan “Kami berpuasa lima malam”, merujuk kepada malam, walaupun puasa itu berlaku pada siang hari. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh sebilangan ulama, antaranya Ibn al-‘Arabi dalam Ahkam al-Quran[6] dan Ibn Rajab dalam Lata’if al-Ma’aarif.[7]

Kelebihan Amalan 10 Awal Dzulhijjah

Terdapat hadith daripada riwayat Ibn Abbas R.Anhuma daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

مَا العَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ؟ قَالُوا: وَلاَ الجِهَادُ؟ قَالَ: وَلاَ الجِهَادُ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ.

Maksudnya: “Tidak ada amalan pada hari-hari lain yang lebih utama daripada amalan pada hari ini (hari yang kesepuluh bulan Zulhijjah). Mereka (sahabat) bertanya: ‘Meskipun jihad?’ Baginda menjawab: ‘(Ya), tidak juga jihad, melainkan seorang lelaki yang keluar untuk membahayakan dirinya dan hartanya (untuk jalan Allah), dan tidak kembali dengan membawa apa-apa.’

Selain itu, terdapat hadith yang lain datang dengan lafaz bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ما مِن أيّامٍ العَمَلُ الصّالِحُ فيها أحَبُّ إلى اللهِ مِن هذه الأيّامِ – يَعني أيّامَ العَشرِ قالوا: يا رَسولَ اللهِ، ولا الجِهادُ في سَبيلِ اللهِ؟ قال: ولا الجِهادُ في سَبيلِ اللهِ، إلّا رَجُلًا خرَجَ بِنَفْسِهِ ومالِهِ، ثم لم يَرجِعْ مِن ذلك بِشَيءٍ.

Maksudnya: “Tiadalah hari di mana amalannya yang soleh lebih baik dan disukai oleh Allah SWT daripada hari-hari sepuluh Zulhijjah. Lantas sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah sekalipun jihad pada jalan Allah?’ Baginda menjawab: ‘Sekalipun jihad pada jalan Allah kecualilah seseorang lelaki keluar dengan dirinya dan hartanya kemudian tidak pulang daripada demikian itu (iaitu mati syahid).

Ibn Kathir menyebutkan: Nas ini dan lainnya menunjukkan bahawa sepuluh hari awal bulan Dzulhijjah lebih utama dibandingkan hari-hari lain dalam setahun tanpa ada pengecualian sedikitpun. Meskipun sepuluh terakhir Ramadan. Akan tetapi sepuluh malam akhir Ramadan itu lebih utama dibandingkan sepuluh malam Dzulhijjah kerana 10 malam terakhir Ramadhan itu mengandungi malam lailatul qadar yang mana ia lebih baik dari seribu bulan.

Manakala, menurut Ibn Rejab, hadith di atas menjadi dalil kepada beramal pada 10 hari ini lebih disukai oleh Allah SWT berbanding amalan pada hari-hari yang lain tanpa sebarang pengecualian. Apabila ia merupakan perkara yang paling disukai oleh Allah SWT, maka ia adalah sesuatu yang afdhal di sisi-Nya.

Artikel penuh baca di sini

Sumber

Dr. Zulkifli Muhamad Al-Bakri (2022), Amalan 10 Hari Awal Dzulhijjah: Amalan Yang Disukai Allah

://maktabahalbakri.com/23930-2/

Isnin, 12 Jun 2023

IBADAH KORBAN DALAM NEGARA ATAU LUAR NEGARA?

Qurban Lembu Grade B - Tabung Korban 

Ada yang berpendapat bahawa lebih afdhal melakukan ibadah korban di tempat sendiri. Persoalannya, manakah yang lebih baik – melakukan ibadah korban di tempat sendiri atau di luar negara?

Menurut Uztaz Zahiruddin Abd Rahman, sebenarnya hampir semua ulama bersetuju bahawa sebaiknya ibadah korban dilakukan di tempat sendiri atas beberapa alasan:

1. Sembelihan binatang korban dilakukan dengan tangan sendiri.
2. Jika berkongsi bahagian (seperti lembu yang dikongsi tujuh bahagian), kemudian tidak mampu menyembelih binatang korban sendiri, diharuskan mewakilkan kepada orang yang lebih tahu untuk melaksanakannya.
3. Sunat untuk hadir dan melihat sendiri proses penyembelihan binatang korbannya, sama ada lelaki atau wanita. Hal ini bagi membolehkan individu tersebut menghayati sendiri dan mengambil fadilat yang disediakan seperti pengampunan dosa saat menitis darah binatang korban ke bumi.
4. Disunatkan bagi orang yang berkorban untuk makan sebahagian daging korbannya. Hal ini akan terhalang disebabkan berkorban secara wakil ke luar negara.
5. Rasulullah SAW juga melakukan semua ibadah Qurban baginda di Madinah dan tidak dibawa ke luar negara.

Berdasarkan keterangan di atas, telah disepakati oleh ulama bahawa lebih afdhal melakukan ibadah korban di tempat tinggal sendiri.  Namun bagi sebahagian individu yang memang terlibat dengan kerja-kerja amal serta pengurusan ibadah korban di luar negara, maka tidak ada masalah baginya untuk berkorban di luar negara.

Baca artikel penuh di sini

Selasa, 6 Jun 2023

TRIP SEPANYOL 23: MASJID AGUNG CORDOVA

 Ilustrasi - Masjid-Katedral Cordoba, Spanyol.

Pada 13-25 Mei 2023 yang lalu saya berkesempatan melawat Morocco, Spain, Portugal.  Di Cordova, Sepanyol, sempat melawat Masjid Agung Cordova.  Sekarang dinamakan masjid Catedral Cordova.  Sebuah bangunan bersejarah yang menunjukan wujudkan kerajaan Islam di sini.  Kerajaan al-Andalus yang luas jajahannya di Eropah meninggalkan sejarah yang sukar dipadamkan.  

Walaupun Islam sudah asing di sini, bangunan masjid ini menjadi tumpuan manusia. Mereka datang untuk melihat seni bina yang sangat hebat untuk tatapan.  Dari jauh sudah kelihatan kehebatan binannya.  Ditelusuri dalamannya, hati kecil terasa sedih apabila merasakan kehilangan permata Islam kepada agama lain.  Dalam hadi saya, alangkah bangganya jika dapat lakukan solat sunat tahiyat masjid di sini.  Namun semua itu hanya cita-cita yang tak akan dunaikan.  

Di dalamnya, seni bina Islam masih terpelihara.  Terutama ruang solat yang luas dan seni bina yang sama jika kita ke masjid di Mekah dan Madinah.  Namun banyak ubah suai telah dilakukan menjadi binaan gereja Kristian.  Keagungan masjid ini menjadi kebanggaan Islam satu masa dulu.  Bila direnungkan, hati kecil berata, alangkah hebatnya Islam hingga dapat menakluk kerajaan Kristian dan meninggalkan seni bina yang hingga kini dinikmati keindahannya.

Baca juga tentang masjid agung ini di sini

 

MENJAWAB DAKWAAN TIDAK PERLU QADA PUASA JIKA TELAH MEMBAYAR FIDYAH

Mukadimah

Puasa pada bulan Ramadan merupakan salah satu rukun Islam yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar R.A, bahawa Nabi SAW bersabda :

بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالْحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Maksudnya“Islam itu terbina atas lima perkara; Syahadah bahawasanya tiada tuhan (yang sebenarnya disembah) melainkan Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji dan puasa di bulan Ramadan”. 

(Riwayat al-Bukhari)

Namun begitu, Islam memberi keringanan untuk berbuka kepada beberapa golongan yang tidak mampu melaksanakan ibadah puasa ini. Antaranya termasuklah orang yang sakit, bermusafir serta golongan wanita yang mengandung dan menyusukan bayi. Akan tetapi, mereka wajib menggantikan puasa tersebut pada hari yang lain bahkan ada yang perlu membayar fidyah.

Terdapat beberapa golongan yang diwajibkan membayar fidyah kerana tidak berpuasa pada bulan Ramadan termasuklah perempuan hamil dan yang menyusukan anak. Islam memberikan keringanan kepada mereka sama ada berbuka atau tidak berpuasa. Terdapat dalil umum dalam isu ini hadis daripada Anas bin Malik RA:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلَاةِ، وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ، أَوِ الصِّيَامَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah meringankan daripada orang yang musafir dengan separuh solat dan meringankan daripada puasa bagi perempuan hamil dan menyusukan anaknya.”

(Riwayat al-Tirmizi)


Baca huraian penuh di sini

Sumber: 

Bayan Linnas, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: https://muftiwp.gov.my/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/5606-bayan-linnas-siri-ke-266-menjawab-dakwaan-tidak-perlu-qada-puasa-jika-telah-membayar-fidyah


PILIHANRAYA DAN KEBEBASAN BERSUARA

Tidak dapat dielakkan. Bila wakil rakyat meninggal dunia, kerusinya perlu diganti. Wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen (AP)atau Ahli Dewan U...