| Kini, isu makanan menjadi topik yang hangat diperbincangkan. Harga makanan mahal. Bahan makanan sukar diperoleh. Contoh paling signifikan ialah telor. Sayur-sayuran juga mahal. kenaikan harga yang menyukarkan pengguna untuk membelinya. Harga naik berkali ganda. Kerajaan berusaha atasi masalah ini. Antaranya ialah meninggatkan produktiviti pertanian. Syarikat GLC diminta menyewa tanah dan usahakan pertanian skala besar. Adakah ini akan selesaikan masalah bahan makanan? Antara inisiatif yang boleh dilakukan secara kendiri ialah galakkan bercucuk tanam. Boleh dimulakan secara kecil-kecilan. Tanam keliling rumah atau belakang rumah. Masalah yang sering terjadi ialah kurangnya ilmu becucuk tanam. Ada keinginan terapi kurang ilmi. Selalunya usaha sebegini gagal. Masyarakat Cina di bandar sering bercucuk tanam di kawasan luar rumah. Walaupun tanahnya semiet, namun ada antara mereka yang dapat menjual hasil tanamannya. Mereka juga konsisten dalam bercucuk tanam. Ada usaha wujudkan rangkaian penggemar bercucuk tanam keliling rumah. Mereka guna media sosial seperti Facebook dan kumpulan Whatsapp. Usaha ini dianggap bagus dan perlu diberikan sokongan. Cara ini dapat membantu masalah pengeluaran tanaman dan kawal harga yang tingli. Dalam Islam, bercucuk tanam adalah usaha yang mulia. |
Daripada Anas bin Malik RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang muslim yang menanam sesuatu tanaman yang berbuah lalu dimakan oleh burung atau manusia atau binatang melainkan ia akan mendapat pahala sedekah baginya". (HR Bukhari No: 2152) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Seorang Muslim digalakkan bercucuk tanam agar tanah yang dimiliki dapat diusahakan dan mendatangkan manfaat dan faedah kepada manusia mahupun binatang. 2. Orang yang menanam pokok atau tumbuhan, akan tetap mendapat pahala sama ada pokok yang ditanam itu berbuah atau tidak, dimakan oleh manusia mahupun binatang. Hatta burung yang hinggap atau sesuatu yang berteduh di bawahnya, ia tetap akan mendapat ganjaran pahala. 3. Menanam tanaman seperti sayuran mahupun pokok tumbuhan bukan hanya untuk faedah diri sendiri semata-mata malah juga untuk orang lain termasuk makhluk Allah yang lain. 4. Pekerjaan sebagai petani bukanlah suatu pekerjaan yang hina atau rendah tetapi amat mulia di sisi Allah kerana ganjaran pahala sedekah akan diperolehi selagi tanaman tersebut masih hidup atau dimanfaatkan oleh orang lain. Menanam Sebagai Sedekah Daripada Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang Muslim menanam tanaman melainkan apa yang dimakan daripada tanaman itu dikira sebagai sedekah, apa yang dicuri daripada tanaman itu dikira sebagai sedekah, apa yang dimakan oleh binatang liar dikira sebagai sedekah, apa yang dimakan oleh burung dikira sebagai sedekah. Tidaklah seseorang bercucuk tanam kecuali dia akan mendapat (pahala) sedekah daripadanya. (HR Muslim, Kitab al-Musaaqaah, No: 1552) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Imam Nawawi menjelaskan: terdapat keutamaan menanam pohon dan tanaman, bahawa pahala pelakunya akan terus mengalir selama mana pohon dan tanaman itu masih ada, serta sesuatu (benih) yang keluar daripadanya sehingga hari kiamat. 2. Seorang Muslim akan diberi pahala atas sesuatu yang dicuri dari hartanya seperti tanaman yang ditanam, atau dirosakkan oleh haiwan, atau burung atau sejenisnya.” (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj, 10/457) 3. Setiap yang diusahakan oleh seorang Muslim dan manfaatnya diperolehi oleh setiap makhluk termasuk binatang yang memakan buah, daun mahupun yang hinggap di dahan atau berteduh di bawah tanaman tersebut, akan memberikan ganjaran pahala kepada penanamnya. 4. Alangkah besarnya ganjaran kepada mereka terlibat dalam bidang pertanian yang menyediakan sumber utama keperluan manusia seperti beras, buahan dan sayuran yang sebahagiannya menjadi fardhu kifayah kepada seseorang. 5. Jangan kita bersedih hati jika hasil tanaman tersebut dimakan atau dirosakkan oleh makhluk lain ataupun dicuri oleh manusia kerana kita tetap akan mendapat ganjaran pahala. |
Khamis, 2 Februari 2023
MENANAM ADALAH SEDEKAH
Rabu, 25 Mei 2022
ANCAMAN KELAPARAN GLOBAL
Masalah kelaparan semakin kritikal kini. Isu dunia akan alami situasi kebuluran sesuatu yang sukar dielakkan. Ada beberapa sebab isu ini muncul di tengah kegawatan duna dengan pelbagai bencana.
3 'C' sebab utama mengakibatkan krisis ini. 'Crisis Ukraine Rusia'. Rusia adalah pengeluar utama makanan gandum, baja dan produk pertanaian utama. 'Climate Change' yang melanda dunia. Kepanansa gobal mengganggu perkembangan pengeluaran hasil pertanian. 'Covid 19' juga penyebab mulanya krisis makanan global. Rantaian pembekalan makanan terganggu.
Akibat perang Rusia Unraine, banyak masalah kehidupan semakin muncul secara global. Perang bukan hanya menuntut kehilangan nyawa di medan parang. Kesan global kini merangkumi kelaparan. Pertanian yang tidak dapat dilakukan menjadikan produk makanan tidak dapat disediakan. Ukraine antara pengeluar utama gandum dunia terjejas teruk. India yang juga pengeluar gandum utama telah menghentikan eksport gandum. Hal ini menambahkan lagi kekusutan dalam industri gandum.
Kini Malaysia mengalami tempias akibat kukurangan bahan makanan. Produk tepung semakin sukar diperoleh. Harga produk pertanian dan penternakan.
Amaran dari Ketua Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata, semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bersetuju dunia akan menghadapi krisis kelaparan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ancaman ini akan menjadi malapetaka yang tak terjangkau oleh akal selama ini.
Allah sering memberi amaran akan bencana yang boleh berlaku akibat kecuaian manusia mengurus kehidupan. Rakus dalam menguasai kuasa di dunia tanpa mengenal belas kasihan. Balasan yang Allah tunjukkan kini akan menjadikan kehidupan semakin sukar. Manusia semakin tidak menghiraukan balasan yang bakal diterima. Yang penting ialah kekal berkuasa dan menambah kuasa yang ada.
Jumaat, 9 Julai 2021
REBUT KUASA
Memiliki kuasa sering menjadi idaman manusia. Kepada yang telah berkuasa, hilang kuasa beri impak mendalam kepadanya. Dia akan merasakan serba kurang. Jika sebelum ini kuasa memberikan keistimewaan kepadanya, namun bila kuasa yang dimiliki sudah hilang dia jadi hilang punca. Dia akan cuba dapatkan semula kuasa yang hilang.
Kereta yang hilang kuasa disifatkan tidak mampu bergerak. Alatan elektrik yang hilang kuasa menjadikan fungsinya tidak dapat dipenuhi. Begitu juga dengan kuasa memerintah. Hilangnya kuasa mentadbir sesuatu institusi bermakna cengkaman dan arahannya tidak bermakna. Pengikut akan lari. Orang bawahan tidak akan mempedulikannya. Lebih ekstrim lagi ialah ia akan dipinggirkan. Kuasa yang manusia miliki tidak kekal. Kuasa itu akan hilang dan orang lain akan berebut untuk mengisi kekosongan kuasa itu.
Dalam konteks Malaysia kini, ahli politik berebut untuk mendapatkan kuasa memerintah. Mereka menggunakan pelbagai strategi bagi menjatuhkan kuasa pihak lawan. Kita disajikan dengan pertelagahan yang tak berkesudahan. Dulu kawan kini lawan seteru yang perlu dijatuhkan. Walaupun massa menghadapi kesukaran hidup, dijangkiti penyakit bahaya, serta segala macam kepayahan, namun perebutan untuk berkuasa masih berlaku. Mereka merebutkan kuasa memerintah yang dianggap boleh memberinya kebahagiaan. Matlamat utama untuk mendapatkan kuasa memerintah dianggap keistimewaan. Tapi mereka lupa amanah yang Allah beri sering disalah guna. Kuasa pada mereka perlu dipertahankan selama-lamanya.
Namun kuasa yang manusia miliki tidak setanding dengan kuasa Allah. Kuasa mutlak milik Allah. Allah berkuasa menaikan dan menjatuhkan kuasa yang dimiliki manusia. Allah berkuasa menghukum azab manusia yang tidak mengikut petunjukNya.
Seluruh bumi dan isinya adalah bukti kekuasaan dan kehebatan Allah SWT. Maka tidak ada makhluk yang mampu mendakwa memiliki kuasa sehebat kuasa Allah. Firman Allah SWT lagi dalam al-Quran bermaksud: "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi golongan yang berakal." (Surah Ali 'Imran, ayat 190)
Sabtu, 13 Jun 2020
Hidup yang fana
![]() |
![]() |
| Sahabat lama dalam ABIM Tampin |
Rabu, 4 Disember 2019
DEMI MASA
![]() |
| Image: Google |
Pendahuluan
Dalam surah al-Asr. ALLAH SWT berfirman:
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-Asr 103:1-3).
Firman Allah SWT:
Sabtu, 18 Julai 2015
Jumaat, 1 Mei 2015
Setelah tamat berkhidmat di universiti
KESAN DOSA
Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...
-
Ihsan sebagai Teras Akhlak Awam: Renungan Hadis Arba’in ke-17 dalam Dunia Kontemporari Hadis Arba’in Nawawi yang ke-17 mengingatkan bahawa i...
-
(Artikel untuk penerbitan Kompilasi Buku Kementerian Dalam Negeri 2018) ANALISIS DIALOG DALAM FILEM MELAYU Yahya Othman [1...
-
Murid-murid sedang menjawab soalan peperiksaan. Dalam benak mereka ialah menjawab untuk lulus peperiksaan. Ada yang matlamatnya ialah ...






