Memaparkan catatan dengan label Sepanyol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sepanyol. Papar semua catatan

Selasa, 18 Julai 2023

TRIP SEPANYOL 23: MADRID DAN BOLA

 



Pusat Kebudayaan Islam Madrid



Sekitar Madrid

Istana lama

Stadium laga lembu 

Stadium Real Madrid



Menurut Wikipedia, Madrid berasal dari kata Arab, المَجرِيط,al-majrīṭ.   Maksudnya air yang memancar.  Madrid adalah ibu kota Spain.  Di samping bandar kewangan utama di Semenanjung Iberia, Madrid terkenal kepada peminat bola sepak.   Bola di sini sinonim dengan Kelab Bola sepak Real Madrid.   

Semasa melawat bandaraya Madrid, sempat melewati stadium Real Madrid.  Tak masuk ke dalam stadium pun. Kerja pembinaan naik taraf sedang dilakukan. Sekadar ambil foto latar belakang stadium.  Itu pun dah cukup baik.  

Seperti bardaraya yang lain, tak lengkap jika tak kunjungi ke pusat beli belah.  Selain itu sempat juga lawat istana lama Madrid, stadium laga lembu, dan Las Rozas Village, factory outlet.  Makan tengahari di Pusat Kebudayaan Islam Madrid.  Pusat Islam ini dibiayai oleh Liga Dunia Islam.  Senibina bangunan dan kualiti dalamannya berkonsepkan Islam dan berkualiti.  Makanan yang disajikan juga enak. 


Isnin, 19 Jun 2023

TRIP MOROCCO 23: ISTANA ALHAMBRA GRANADA








Saya telah melawat istana Alhambra di Granada Sepanyol pada Mei 2023 yang lalu. Terpegun dan kagum melihat wujudnya peninggalan seni bina Islam dan masih terpelihara. Subhanallah. Namun, monumen itu masih menggambarkan kehebatan kerajaan Islam al-Andalusia.

Sebagai salah satu tinggalan teragung kerajaan Islam di Andalusia, Istana Alhambra yang merupakan kompleks istana dan kubu pertahanan. Tersergam indah di puncak bukit La Sabica, di wilayah Granada, Sepanyol. Nama Alhambra berasal daripada bahasa Arab, “hamra” atau “ahmar” yang bererti warna merah. 

Istana Alhambra bererti Istana Merah.   Bangunan ini banyak dihiasi ubin dan bata berwarna merah, serta penghias dinding yang agak kemerah-merahan.  Seramiknya yang bercirikan seni binaan Islam yang hebat, di samping marmar  putih dan indah.

Ramai pelancong ke sini untuk melihat secara dekat keindahan seni bina Islam. Walaupun wujud ubah suai kepada unsur Kristian, namun keunikan seni bina Islam masih terserlah.

Tonton video Alhambra  link di bawah.

https://youtu.be/72g0ind5yJM



Selasa, 6 Jun 2023

TRIP SEPANYOL 23: MASJID AGUNG CORDOVA

 Ilustrasi - Masjid-Katedral Cordoba, Spanyol.

Pada 13-25 Mei 2023 yang lalu saya berkesempatan melawat Morocco, Spain, Portugal.  Di Cordova, Sepanyol, sempat melawat Masjid Agung Cordova.  Sekarang dinamakan masjid Catedral Cordova.  Sebuah bangunan bersejarah yang menunjukan wujudkan kerajaan Islam di sini.  Kerajaan al-Andalus yang luas jajahannya di Eropah meninggalkan sejarah yang sukar dipadamkan.  

Walaupun Islam sudah asing di sini, bangunan masjid ini menjadi tumpuan manusia. Mereka datang untuk melihat seni bina yang sangat hebat untuk tatapan.  Dari jauh sudah kelihatan kehebatan binannya.  Ditelusuri dalamannya, hati kecil terasa sedih apabila merasakan kehilangan permata Islam kepada agama lain.  Dalam hadi saya, alangkah bangganya jika dapat lakukan solat sunat tahiyat masjid di sini.  Namun semua itu hanya cita-cita yang tak akan dunaikan.  

Di dalamnya, seni bina Islam masih terpelihara.  Terutama ruang solat yang luas dan seni bina yang sama jika kita ke masjid di Mekah dan Madinah.  Namun banyak ubah suai telah dilakukan menjadi binaan gereja Kristian.  Keagungan masjid ini menjadi kebanggaan Islam satu masa dulu.  Bila direnungkan, hati kecil berata, alangkah hebatnya Islam hingga dapat menakluk kerajaan Kristian dan meninggalkan seni bina yang hingga kini dinikmati keindahannya.

Baca juga tentang masjid agung ini di sini

 

KESAN DOSA

  Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...