Memaparkan catatan dengan label COVID-19. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label COVID-19. Papar semua catatan

Rabu, 30 Jun 2021

COVID-19 DAN IMPAK PSIKOLOGI


Tidak dapat dinafikan Covid -19 memberi impak kepada kehidupan manusia seluruhnya.  Impak yang ditanggung bukan hanya tertumpu kepada diri individu tetapi melangkaui sistem kehidupan dan kepercayaan.  Norma kehidupan berubah. Hidup digarisi dengan peraturan dan SOP yang perlu dipatuhi.  SOP dan PKP telah menjadi bahasa basahan ketika pandemik. Masyarakat berhadapan dengan PKP dengan senarai SOP yang kadangkala menyusahkan pergerakan. Namun, demi memastikan virus ini tidak menyerang kita, SOP perlu dipatuhi.  Masyarakat  didoktrinkan agar memutuskan rantaian virus ini menerusi SOP semasa PKP.  

Impak yang paling nyata ialah melibatkan psikologi.  Covid-19 telah mempengaruhi kehidupan manusia dengan ketara.  Artikel yang ditulis oleh Dr. Firdaus Abdullah sangat membantu pemahaman tentang impak tersebut.  


Jumaat, 22 Januari 2021

IMPAK COVID-19 TERHADAP PENDIDIKAN


Pandemik COVID-19 telah mempengaruhi sistem pendidikan di seluruh dunia, yang menyebabkan hampir keseluruhan penutupan sekolah, universiti dan kolej.

Sebilangan besar kerajaan memutuskan untuk menutup sementara institusi pendidikan dalam usaha untuk mengurangkan penyebaran COVID-19.  Pada 12 Januari 2021, sekitar 825 juta pelajar terjejas akibat penutupan sekolah sebagai tindak balas terhadap wabak tersebut. Menurut pemantauan UNICEF, 23 negara saat ini melaksanakan penutupan di seluruh negara dan 40 melaksanakan penutupan tempatan, yang memberi kesan kepada sekitar 47 peratus populasi pelajar dunia. 112 buah sekolah negara kini dibuka. 

Penutupan sekolah tidak hanya memberi kesan kepada pelajar, guru, dan keluarga tetapi mempunyai kesan ekonomi dan sosial yang jauh. Penutupan sekolah sebagai tindak balas terhadap wabak tersebut telah memberi penjelasan yang lebih tentang pelbagai masalah sosial dan ekonomi, termasuk hutang pelajar,  pembelajaran digital, ketidakamanan makanan, dan kehilangan tempat tinggal, serta akses kepada penjagaan anak, penjagaan kesihatan,  perumahan, internet, dan perkhidmatan orang kurang upaya. Kesannya lebih teruk bagi anak-anak dan keluarga mereka yang kurang bernasib baik, menyebabkan gangguan pembelajaran, pemakanan yang terganggu, masalah penjagaan anak, dan kos ekonomi akibatnya kepada keluarga yang tidak dapat bekerja. 

Sebagai tindak balas terhadap penutupan sekolah, UNESCO mengesyorkan penggunaan program pembelajaran jarak jauh dan membuka aplikasi dan platform pendidikan yang boleh digunakan oleh sekolah dan guru untuk menjangkau pelajar dari jarak jauh dan membatasi gangguan pendidikan. 

Apabila terdapat penularan komuniti yang minimum hingga sederhana, strategi menjarakkan sosial dapat dilaksanakan seperti menangguhkan atau membatalkan perjalanan lapangan, perhimpunan, dan perjumpaan besar lainnya seperti pendidikan jasmani atau kelas koir atau makanan di kafeteria, meningkatkan ruang antara meja, menguruskan waktu tiba dan pulang,  mengehadkan pengunjung yang tidak penting, dan menggunakan lokasi pejabat kesihatan yang berasingan untuk kanak-kanak dengan gejala seperti selesema. Apabila terdapat penyebaran yang besar dalam masyarakat setempat, selain strategi penjarakan sosial, pelanjutan penutupan sekolah  dapat dipertimbangkan. 

Ketika wabak itu menular, sekolah-sekolah perlu melanjutkan mod pembelajaran jarak jauh atau memutuskan untuk sekolah dibuka kembali. Strategi seperti kohort, jadual bergilir, makan tengahari di kelas, dan menggunakan ruang luar adalah beberapa cara untuk meminimumkan hubungan rapat. Langkah berjaga-jaga tambahan termasuk pelitup muka, stesen pembersih tangan, menyusun semula bilik darjah untuk membolehkan jarak fizikal, dan pembersihan yang kerap.  

Sumber: 

https://en.wikipedia.org/wiki/Impact_of_the_COVID-19_pandemic_on_education 


Rabu, 8 Julai 2020

SOP SOLAT JEMAAH



Sekarang dalam fasa PKP Pemulihan. banyak kelonggaran diberikan terutama dalam hal ibadah.  Antaranya solat berjemaah di masjid dan surau. Setelah begitu lama tidak solat berjemaah, saya berkesempatan dirikan solat jemaah di surau. Umpama orang mengantuk disorong bantal, peluang dirikan solat jemaah ini tidak saya lepaskan.  Rasa sebak juga apabila jejakkan kaki di surau yang telah lama ditinggalkan.  Bukan sengaja ditinggalkan.  PKP dalam masa pendemik Covid-19 menjadikan halangan ini berlaku.  Ada hikmahnya Allah menjadikan sesuatu itu berlaku.  Reda dengan ketentuan Allah.

Memasuki ke perkarangan surau, pematuhan SOP yang ditetapkan perlu diikut.  Saya gunakan aplikasi MySejahtera untuk  check-in.  Bagus applikasi ini. Tak perlu guna alat tulis untuk tulis senarai kehadiran.  Dalam surau, penjarakan sosial telah tersedia.  Sejadah yang diatur ikut SOP.  Hanya perlu bawa sejadah sendiri untuk elak jangkitan.  Di samping itu, saya pakai topeng muka.  Walaupun ramai yang tidak memakainya, namun saya berpegang kepada slogan 'Kita jaga kita" bagi memastikan selamat.

Saya bersyukur kehadrat Allah kerana diberikan peluang untuk bersoalan jemaah setelah lama ditinggalkan.  Inilah nikmat yang tidak terperi dalam ketika kita ditimpa ujian yang tidak terfikir akan mudaratnya.

Adapun tuntutan solat berjemaah bagi lelaki adalah sangat jelas.  

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda :

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.”

Riwayat Muslim (1509)

Di dalam riwayat lain menyatakan :

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ أَحَدِكُمْ وَحْدَهُ بِخَمْسَةٍ وَعِشْرِينَ جُزْءًا

Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat kalian yang secara bersendirian sebanyak 25 bahagian.”

Riwayat Muslim (1504)

Imam Al-Nawawi menyebut bahawa sama ada 25 atau 27 bahagian adalah berdasarkan keadaan solat dan orang yang menunaikannya. Ada yang dapat 25 darjat dan ada yang dapat 27 berdasarkan kesempurnaan solatnya dan sejauh mana dia menjaga solat secara berjemaah. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 4/183)

Selasa, 16 Jun 2020

Haji yang tertangguh

Gambar Harian Metro

Akibat pendemik Covid-19, ibadat haji bagi jemaah Malaysia tahun ini terpaksa ditangguhkan.  Berita ini tidaklah mengejutkan.  Penularan Covid-19 masih belum reda.  sama ada di Malaysia mahun di saudi Arabia, angka jangkitan virus ini masih belum reda.  Di Jeddah sendiri, angka jangkitan semakin meningkat akibat pelonggaran sekatan yang dilakukan semasa hari raya aidilfitri.

Semua hal ini merupakan ujian dari Allah swt.  Kepada yang telah telah menyimpan cita-cita untuk tunaikan ibadat haji sejak sekian lama, berita ini mungkin disambut dengan perasaan betcampur baur.  Perasan takut mungkin timbul kerana pendemik Covid-19 masih belum nampak surut.  Di Arab Saudi pun ancaman itu masih wujud.  Rasa sedih  mungkin peluang sudah ada tapi halangan pula di hadapan.  Walau bagaimanapun, semua yang terjadi mempunyai hikmah yang Allah telah tetapkan.  Sebagai insan ciptaan-Nya perlu reda.  Usaha telah dilakukan namun pelaksanaannya Allah tangguhkan.

Baca sebab ibadat haji tahun ini ditangguhkan yang dikeluarkan oleh Tabung  Haji di sini.


Jumaat, 10 April 2020

Antara COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan dan kedegilan masyarakat



APA yang boleh kita pelajari selepas 14 hari mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 dan malapetaka yang menimpa dunia ini?

Pertama, COVID-19 mengajar kita tentang kesihatan diri dan kebersihan setempat. Orang ramai sedar keperluan untuk menggunakan cecair pembasmi kuman dan mencuci tangan secara lebih kerap. Sebelum ini botol-botol cecair pembasmi kuman yang banyak disediakan di hospital-hospital hanya dilihat sebagai hiasan.
Masyarakat menjadi lebih peka akan kepentingan menjaga kebersihan. Sehinggalah butang-butang dalam lif-lif awam dilapik dengan plastik dan dicuci setiap masa. Kedai-kedai runcit dan pasar raya menyediakan kemudahan untuk orang membeli belah sambil menjaga penjarakan sosial.

Kedua, masyarakat menjadi lebih kreatif, dan orang-orang yang sebelum ini tidak terfikir untuk menggunakan e-wallet atau telefon pintar sebagai cara untuk membuat pembayaran dengan menghadkan sentuhan tangan telah mula menggunakannya. Ini secara tidak langsung akan membantu perkembangan teknologi yang sebelum ini sukar berkembang kerana kedegilan masyarakat yang terlalu terikat dengan budaya sedia ada.

Begitu juga dengan cara bekerja. Ada pelbagai jenis kerja yang masih boleh dilaksanakan walaupun kita berada di rumah. Masyarakat menjadi lebih kreatif dan mula berfikir tentang cara penyelesaian yang sebelum ini dipandang remeh.

Yang pasti, selepas ini apa yang kita anggap biasa sudah tidak biasa lagi. Akan wujud kebiasaan yang baharu atau new normal dalam kehidupan kita. Kita harus menerima hakikat ini sama ada kita suka atau tidak.

Ketiga, kita mula menginsafi segala perkara yang kita ambil mudah sebelum ini. Sebagai contoh, apabila kita harus memikirkan apa yang perlu kita masak setiap hari sambil memikirkan karenah setiap ahli keluarga kita, barulah kita sedar betapa sukarnya ibu-ibu kita dahulu harus menentukan bukan sahaja ada makanan atas meja tetapi dengan menu yang disukai oleh semua ahli keluarga.

Pada waktu ini, kita diberi masa untuk berhenti daripada segala kesibukan tugas yang tiada noktahnya sebelum ini untuk kembali menghargai perkara-perkara ringkas yang sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada kita. Masa bersama keluarga umpamanya. Berbual mesra dan bercerita serta bergurau senda. Masa untuk membaca buku-buku yang dibeli sebelum ini dan hanya disimpan di rak-rak buku. Masa untuk bertanya khabar kepada ahli-ahli keluarga yang lebih tua daripada kita. Betullah seperti kata peribahasa Melayu, “jauh di mata namun dekat di hati”. Sekurang-kurangnya kini kita ada masa untuk bertanya khabar.

Banyak lagi perkara-perkara positif yang telah kita capai selepas 14 hari PKP, namun ada juga kesan negatif yang sukar untuk kita fahami bagaimana ianya boleh berlaku.
Pertama, kita tidak faham kenapa masih ramai orang yang degil untuk mematuhi perintah yang mudah seperti ini. Masih ramai yang melanggar perintah ini!

Saya tidak pasti apa lagi yang pihak kerajaan harus lakukan untuk membuat masyarakat sedar bahawa kedegilan mereka ini boleh mengakibatkan nyawa terkorban. Sehingga hari ini sudah ada 43 orang yang maut disebabkan oleh COVID-19. Kita mahu tunggu jumlah ini meningkat sehingga berapa sebelum kita mahu akur kepada PKP ini?

Janganlah menyusahkan orang lain hanya kerana kedegilan kita itu. Begitu juga dengan mereka yang terdedah tetapi belum membuat saringan. Jangan pentingkan diri sendiri. Kalau pun kita tidak memikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang apa akan terjadi kepada ahli keluarga terdekat dengan kita. Dapatkan bantuan segera sebelum terlewat.

Satu lagi perkara negatif yang dapat dilihat adalah bagaimana media sosial telah menjadikan  ramai orang merasakan diri mereka pakar COVID-19. Dalam sekelip mata, semua orang menghantar beratus mesej yang mereka terima walaupun belum diperiksa kesahihan berita tersebut. Tanpa kita sedari, kita telah menjadi penyebab orang lain menjadi panik tanpa sebab. Lebih malang kerana kita membantu menjadi penyebar berita palsu.

Pada waktu ini kita perlukan semua pihak memainkan peranan mereka dengan penuh bertanggungjawab.

Para pemimpin negara juga tidak terlepas daripada teguran ini. Hentikan daripada mengeluarkan kenyataan atau perbuatan yang kemudiannya menjadi bahan ejekan rakyat di media sosial. Rakyat tidak mengharapkan semua pemimpin untuk mempunyai jawapan kepada semua persoalan dan masalah yang mereka hadapi. Jadi tidak perlu untuk memberi jawapan sekiranya kita tidak pasti apa jawapan sebenarnya. Lebih baik untuk kita bersikap jujur dan membuat kenyataan hanya apabila perlu sahaja.

Dalam tahun 1997, saya pernah terlibat sama dalam satu projek mengenai Teleworking di Malaysia. Antara fokus projek ini dahulu adalah bagaimana untuk membawa wanita-wanita yang selalunya berhenti kerja selepas berkahwin atau selepas melahirkan anak untuk kembali bekerja secara telework. Penemuan daripada projek ini elok juga dikaji semula kerana pada waktu ini kita harus memikirkan keperluan untuk mempunyai dasar dan undang-undang yang sesuai dengan keadaan.

Dalam waktu new normal selepas ini nanti, kita perlu memikir semula dalam banyak perkara. Pengurusan sumber manusia kita harus difikirkan semula. Peraturan yang dikenakan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) untuk membayar pembekal yang mengendalikan latihan juga harus difikirkan semula. Pada waktu ini latihan boleh dibuat secara atas talian. Maka keseluruhan sistem governans mengenai cara hidup kita juga perlu mula kita fikirkan semula dari sekarang.

Moga rakyat negara ini diselamatkan daripada segala malapetaka yang menimpa kita.





* Datuk Dr Anis Yusal Yusoff adalah Timbalan Ketua Pengarah, Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) yang bekerja dari rumah.
SUMBER:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/antara-covid-19-perintah-kawalan-pergerakan-dan-kedegilan-masyarakat-236221

KESAN DOSA

  Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...