Rabu, 8 Julai 2020

SOP SOLAT JEMAAH



Sekarang dalam fasa PKP Pemulihan. banyak kelonggaran diberikan terutama dalam hal ibadah.  Antaranya solat berjemaah di masjid dan surau. Setelah begitu lama tidak solat berjemaah, saya berkesempatan dirikan solat jemaah di surau. Umpama orang mengantuk disorong bantal, peluang dirikan solat jemaah ini tidak saya lepaskan.  Rasa sebak juga apabila jejakkan kaki di surau yang telah lama ditinggalkan.  Bukan sengaja ditinggalkan.  PKP dalam masa pendemik Covid-19 menjadikan halangan ini berlaku.  Ada hikmahnya Allah menjadikan sesuatu itu berlaku.  Reda dengan ketentuan Allah.

Memasuki ke perkarangan surau, pematuhan SOP yang ditetapkan perlu diikut.  Saya gunakan aplikasi MySejahtera untuk  check-in.  Bagus applikasi ini. Tak perlu guna alat tulis untuk tulis senarai kehadiran.  Dalam surau, penjarakan sosial telah tersedia.  Sejadah yang diatur ikut SOP.  Hanya perlu bawa sejadah sendiri untuk elak jangkitan.  Di samping itu, saya pakai topeng muka.  Walaupun ramai yang tidak memakainya, namun saya berpegang kepada slogan 'Kita jaga kita" bagi memastikan selamat.

Saya bersyukur kehadrat Allah kerana diberikan peluang untuk bersoalan jemaah setelah lama ditinggalkan.  Inilah nikmat yang tidak terperi dalam ketika kita ditimpa ujian yang tidak terfikir akan mudaratnya.

Adapun tuntutan solat berjemaah bagi lelaki adalah sangat jelas.  

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda :

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.”

Riwayat Muslim (1509)

Di dalam riwayat lain menyatakan :

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ أَحَدِكُمْ وَحْدَهُ بِخَمْسَةٍ وَعِشْرِينَ جُزْءًا

Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat kalian yang secara bersendirian sebanyak 25 bahagian.”

Riwayat Muslim (1504)

Imam Al-Nawawi menyebut bahawa sama ada 25 atau 27 bahagian adalah berdasarkan keadaan solat dan orang yang menunaikannya. Ada yang dapat 25 darjat dan ada yang dapat 27 berdasarkan kesempurnaan solatnya dan sejauh mana dia menjaga solat secara berjemaah. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 4/183)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...