Memaparkan catatan dengan label Solat Jemaah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Solat Jemaah. Papar semua catatan

Khamis, 10 November 2022

SOLAT BERJEMAAH: MAKMUM WAJIB IKUT IMAM

 SYARAT QUDWAH 3:  MAKMUM WAJIB IKUT IMAM

  1. Makmum wajib ikut imam dalam segala gerak solat panpa mendahuluinya dan tanpa melakukan gerak serentak dengan gerak solat imamnya.  
  2. Rasulullah SAW bersabda;  Sesungguhnya seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti.  Oleh itu apabila dia menganggakt takbir, maka angkatlah takbir.  Apabila dia rukuk, maka rukuklah... (Riwayat Bukhari (734) dan Muslim (414).  Imam Nawawi nenyebut dalam syarahnya, "Pada hadis ini menunjukkan bahawa wajib makmummengikut imam pada takdir, pada berdiri, pada duduk, pada rukuk dan pada sujud."
  3. Sabda Rasullullah SAW; "Tidakkah orang yang mengangkat kan kepalanya mendahului imam itu tidak merasa takut Allah akan mengubahkan kepalanya menjadi kepala himar atau menjadikan rupanya seperti himar?"  (Riwayat al-Bukhari (691) dan Muslim (427).
PERHATIAN: 
  1. Wajib menta'khirkan takbiratul ihram sehingga selesai takbiratul ihram imam.
  2. Jangan mendahului imam dengan dua ruken fi'li (perbuatan) sama ada rukun fi'li pendek (i'tidal) atau rukun panjang seperti rukuk membatalkan solat.
  3. Sengaja mendahului imam dengan satu rukun perbuatan adalah haram tetapi tidak membatalkan solat.
  4. Jangan ketinggalan daripada imam dengan dua rukun perbuatan tanpa uzur.

    • Batal solat makmum yang memanjangkan qiyam kerana bacaan surah yang tak dituntut sedangkan imamnya telah turun sujud kerana ketinggalan dengan dua rukun perbuatan (rukuk dan i'tidal) tanpa uzur.
    • Batal solat makmum yang memanjangkan sujud kedua di rakaat pertama sehingga imam i'tidal di rakaat kedua kerana ketinggalan dengan dua rukun perbuatan (qiyam dan rukuk) tanpa uzur.
    • Batal solat makmum yang memanjangkan qunut sehingga imam turun sujud yang kedua kerana ketinggalan dengan dua rukun perbuatan (sujud dan duduk antara dua sujud) tanpa uzur.

Rujukan:

Mohd Hazri Hashim al-Binbany, 2021. Memperhalusi Hukum Hakam Solat Berjemaah, Petaling Jaya:  Galeri Ilmu

Khamis, 3 November 2022

SOLAT BERJEMAAH: SYARAT QUDWAH 2: Niat ikut imam

SYARAT QUDWAH 2: Hendaklah berniat mengikut imam atau berniat menjadi makmum

Makmun hendaklah menghadirkan inat menjadi makmum atau mengikut imam.  Jika dia tidak berniat,  jadilah solatnya seorang diri kecuali solat Jumaat kerana tidak sah melainkan secara berjemaah.

Niat berjemaah bukanlah syarat sah solat terapi syarat sah mengikut imam.  

Imam suntan berniat menjadi imam sama ada pada permulaan solatnya atak pada pertengahan nya agar dia mendapat fadilat solat berjemaah.  Jika imam tidak berniat imamah sah solat para makmum yang mengikutinya.

Niat imamah atau niat menjadi imam bukanlah suatu syarat yang menentukan sahnya solat berjemaah atau sebaliknya melainkan dalam solat farda Jumaat.  

Rujukan:

Mohd Hazri Hashim al-Binbany, 2021. Memperhalusi Hukum Hakam Solat Berjemaah, Petaling Jaya:  Galeri Ilmu

Selasa, 1 November 2022

SYARAT-SYARAT QUDWAH SOLAT BERJEMAAH

 SYARAT QUDWAH 1:  Hendaklah sama perbuatan zahir solat makmum dengan solat imam.

  • Tidak sah solat fardu ikut di belakang orang yang solat gerhana, jenazah atau sebaliknya.
  • Tidak sah solat jenazah ikut di belakang orang yang solat gerhana atau sebaliknya.
  • Tidak sah semua solat (fardu atau sunat) ikut di belakang orang yang sedang sujud syukur atau sujud tilawah menurut qaul yang muktamad .
  • Sekiranya imam sedang berdiri yang kedua pada rakaat yang kedua  solat sunat gerhana atau imam sedang tasyahud akhirsolat gerhana, sah ikutan orang yang solat fardu  atau solat sunat yang mengikutnya ketika itu kerana telah sama zahir solat makmum dan imam.  
PERHATIAN:
  • Berlainan niat solat makmum dengan solat imam tidak menjejaskan qudwah asalkan aturan zahirnya sama.  Oleh itu, 
    • sah orang yang solat fardu ikut di belakang imam yang solat sunat atau sebaliknya. 
    • sah orang yang solat tunai ikut di belakang imam yang solat qada atau sebaliknya.
    • sah orang yang solat panjang ikut imam yang solat pendek atau sebaliknya. Seperti solat qada Isyak ikut kepada imam solat Subuh atau sebaliknya. 
CATATAN TAMBAHAN:
  • Tidak boleh orang yang solat qasar ikut di belakang imam yang solat tamam (empat rakaat) kerana menepati syarat sah solat qasar.
  • Seorang yang solat qasar tidak boleh berimamkan seorang yang solat tamam.  
  • Daripada Ibnu Abbas r,a. bahawa beliau pernah ditanya, " Mengapakah orang musafir itu menunaikan solat dua rakaat ketika bersendirian dan solat empat rakaat apabila dia berimamkan kepada orang yang mukim."  Maka jawab Ibnu Abbas, "Yang demikian itu adalah sunnah."  (Riwayat Ahmad)
Rujukan: 

Mohd Hazri Hashim al-Binbany, 2021. Memperhalusi Hukum Hakam Solat Berjemaah, Petaling Jaya:  Galeri Ilmu

Khamis, 20 Oktober 2022

SOLAT BERJEMAAH- APA HUKUMNYA?

 1.  PENGERTIAN SOLAT BERJEMAAH

    Solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam iaitu mengikat solat makmum dengan imam. (at-Tariqat as-Sadidah Fi al-Masail al- Mufidah, 289)


2.  HUKUM SOLAT BERJEMAAH

    Hukum solat berjemaah selain daripada fardu Jumaat adalah fardu kifayah ke atas lelaki yang merdeka, bermukim, dan menutup aurat.  Pensyariatan solat jemaah boleh dilihat melalyui beberapa dalil daripada al-Quran, hadis dan ijmak.

    Dalil al-Quran

    Dan kalau engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang) lalu engkau mendirikan solat denan menjadi imam mereka... . (An-Nisa' 4:102)  Ass-Syarbini menyatakan, " Perintah ini diturunkan pada waktu perang, maka sudah semestinya leih utamadilakukan dalam keadaan aman." 

    Dalil Hadis:

    Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda;

    Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebayak 21 darjat. (Riwayat al_Bukhari (645) dan Muslim (650) 

    Dalil Ijmak:

    Telah berlaku jimak para ulama solat secara berjemaah adalah sangat dituntut.  Khususnya setelah Nabi telah berhijrah ke madinah. 

Rujukan:

Mohd Hazri Hashim al-Binbany, 2021. Memperhalusi Hukum Hakam Solat Berjemaah, Pataling Jaya:  Galari Ilmu



KESAN DOSA

  Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...