1. PENGERTIAN SOLAT BERJEMAAH
Solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam iaitu mengikat solat makmum dengan imam. (at-Tariqat as-Sadidah Fi al-Masail al- Mufidah, 289)
2. HUKUM SOLAT BERJEMAAH
Hukum solat berjemaah selain daripada fardu Jumaat adalah fardu kifayah ke atas lelaki yang merdeka, bermukim, dan menutup aurat. Pensyariatan solat jemaah boleh dilihat melalyui beberapa dalil daripada al-Quran, hadis dan ijmak.
Dalil al-Quran:
Dan kalau engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang) lalu engkau mendirikan solat denan menjadi imam mereka... . (An-Nisa' 4:102) Ass-Syarbini menyatakan, " Perintah ini diturunkan pada waktu perang, maka sudah semestinya leih utamadilakukan dalam keadaan aman."
Dalil Hadis:
Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda;
Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebayak 21 darjat. (Riwayat al_Bukhari (645) dan Muslim (650)
Dalil Ijmak:
Telah berlaku jimak para ulama solat secara berjemaah adalah sangat dituntut. Khususnya setelah Nabi telah berhijrah ke madinah.
Rujukan:
Mohd Hazri Hashim al-Binbany, 2021. Memperhalusi Hukum Hakam Solat Berjemaah, Pataling Jaya: Galari Ilmu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan