Memaparkan catatan dengan label NZ 2017. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NZ 2017. Papar semua catatan

Khamis, 15 Februari 2018

MAKAN TENGAHARI DI TASIK WAIHOLA


Tasik Waihola adalah tasik air tawar yang terletak 15 km ke utara Milton di Otago, di Pulau Selatan New Zealand. Kawasannya adalah sekitar 9 kilometer persegi, dengan panjang maksimum 6 kilometer.

Tasik Waihola  popular untuk pelancong harian  40 km ke utara Dunedin. Perbandaran kecil Waihola (penduduk 200), terletak di pinggir timur tasik, mempunyai kemudahan untuk memancing, kapal layar, dan air terjun.

Selepas Dunedin, kami singgah di pekan sunyi di tepi tasik ini.  Ada kemudahan untuk pelancong harian seperti tandas dan bilik mandi.  


dah konyang


Terlebih gayo ni...


ALPACA DI AKAROA

Ladang Shamarra Alpaca, dimiliki oleh Frank dan Anya, yang terletak di sebelah barat Pelabuhan Akaroa. Perjalanan ambilmasa hanya 20 minit dari Akaroa.  Ladang ini adalah rumah kepada sekumpulan 140 alpacas. Ladang ini menawarkan pemandangan panoramik yang menakjubkan dari Akaroa Heads ke selatan, dan sepanjang jalan ke Barry's Bay di hujung pelabuhan utara .

Frank dan Anya telah membela alpacas sejak 2004, selepas berpindah ke New Zealand dari Caribbean. 




Alpaca adalah ahli keluarga camelid - yang lain adalah llamas, guanacos, vicunas dan tentu saja unta. Alpacas berasal dari Amerika Selatan - dari ketinggian tinggi Andes dari Chile, Peru dan Bolivia - di mana mereka telah disimpan untuk bulu mewah selama beribu-ribu tahun.










Dapat bela sepasang  kat kampung dapat tarik pelancong...

Frank, pemilik ladang Shamara Alpaca

Anya bersama anaknya yang gigih membantu keluarga
 BANDAR AKOROA: Hanya 75 kilometer dari bandar Christchurch, New Zealand, Akaroa adalah penempatan bersejarah Perancis dan British yang terletak di tengah-tengah gunung berapi purba. Terokai kampung dengan senibina kolonial, galeri, kedai kraf, dan kafe.

Selepas penat di ladang alpaca, kini masa makan ikan dan kentang di Akaroa





Bunga inspirasi

LINDIS PASS

LINDISS PASS terletak di antara bandar Cromwell di Central Otago dan Omarama di Utara Otago, di laluan pedalaman utama ke Mackenzie Basin di Wilayah Canterbury.  

Dengan kata lain, kebanyakannya rumput di lereng gunung; rumput berwarna kekuningan menjadi kelihatan seperti bulu yang sangat pendek dan lembut dari jauh. Warna rumput benar-benar muncul pada waktu pagi.









Bunga Lupin purple















MT COOK,LADANG LAVENDER, DAN TASIK PUKAKI

Di kaki Mount Cook sangat sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti traking atau berbasikal.  Terdapat beberapa resort yang disediakan bagi penggemar aktiviti mendaki.  

kami hanya sekadar melalui kawasan di kaki Mt Cook. Dapat juga kami melihat gunung yang puncaknya diliputi salji sepanjang masa.  Kepada mereka yang ada kesempatan, perkhidmatan helikopter disediakan untuk meneroka Mt Cook dengan pemandangan udara yang menarik.

Keindahan Mt Cook 











Keindahan Mt Cook












TASIK PUKAKI:  Dalam perjalanan balik mengunjungi Mt Cook, kami singgah sebentar di tepi Tasik Pukaki.  Dengan cuaca panas,, kelihatan air tasik dengan latar belakang Mt Cook sangat indah untuk diperkatakan.






Tasik Pukaki yang berkaca birun airnya.
LAVENDER FARM.  Kami singgah di ladang lavender yang luas ini dan sempat melihat produk dari lavender yang dijual di sini.




KESAN DOSA

  Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...