Di kaki Mount Cook sangat sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti traking atau berbasikal. Terdapat beberapa resort yang disediakan bagi penggemar aktiviti mendaki.
kami hanya sekadar melalui kawasan di kaki Mt Cook. Dapat juga kami melihat gunung yang puncaknya diliputi salji sepanjang masa. Kepada mereka yang ada kesempatan, perkhidmatan helikopter disediakan untuk meneroka Mt Cook dengan pemandangan udara yang menarik.
Keindahan Mt Cook
Keindahan Mt Cook |
TASIK PUKAKI: Dalam perjalanan balik mengunjungi Mt Cook, kami singgah sebentar di tepi Tasik Pukaki. Dengan cuaca panas,, kelihatan air tasik dengan latar belakang Mt Cook sangat indah untuk diperkatakan.
Tasik Pukaki yang berkaca birun airnya. |
LAVENDER FARM. Kami singgah di ladang lavender yang luas ini dan sempat melihat produk dari lavender yang dijual di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan