Memaparkan catatan dengan label pemikiran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemikiran. Papar semua catatan

Isnin, 18 Julai 2022

EKSATOLOGI COVID-19

 APABILA bercakap mengenai COVID-19, ramai yang mengaitkan dengan zaman dan kiamat. Segala macam ayat al-Quran dan Hadis dikaitkan bagi membenarkan teori-teori yang dibina.

Tanpa menafikan sebahagian daripada teori-teori tersebut. Perlulah difahami bahawa ilmu akhir zaman ataqupun dikenali sebagai eskatologi ini mempunyai disiplin tersendiri yang perlu dipatuhi. Akhir zaman juga ada fiqhnya. Jika tidak, teori-teori yang dibina boleh lari daripada landasan ilmu Islam yang sebenar.

Fiqhnya tersangat luas. Namun saya terpanggil untuk berkongsi satu perkara. Daripada buku Ahadith Ashrat As Saah Wa Fiqhuha (Hadis-hadis Tanda Kiamat dan Kefahamannya) karya Dr Muhammad bin Ghaith menggariskan 21 kaedah syarak dalam memahami nas tanda kiamat dan memadankannya dengan realiti semasa. Saya kongsikan kaedah ke-17 yang banyak dilanggar oleh orang ramai pada hari ini.

Kaedah tersebut berbunyi:

“Mengambil kira kronologi tanda-tanda kiamat sebagaimana yang digariskan oleh nas.”

Kaedah ini turut dipetik daripada kitab Maalim wa Manarat fi Tanzili Ahadith al-Fitan wa al-Malahim wa Asyrat As-Saah Ala Al-Waqai’ wa Al-Hawadith oleh Syeikh Abdullah Soleh al-Ujairi.

Menurut penulis, Nabi S.A.W sangat menekankan soal kronologi ini. Banyak Hadis-hadis yang menyebutkan perkara yang akan berlaku sebelum dan selepas. Bahkan Baginda turut menegaskan sesuatu tanda tidak akan berlaku sebelum datangnya tanda yang lain.

Dalilnya;

“Ketika para Sahabat sedang berbual, Nabi menegur apakah yang sedang mereka bualkan itu. Sahabat menjawab mengenai hari kiamat. Lalu Nabi bersabda kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu lihat 10 tanda lalu disebut satu persatu (yang dikategorikan ulamak sebagai tanda besar kiamat).”

[Hadis Riwayat Muslim]

Maka sabda Nabi bahawa kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah perkara tersebut menjadi penekanan bahawa perlunya mengambil kira tertib.

Juga kisah;

“Ketika Kufah dilanda angin merah, seorang lelaki berkata kepada Abdullah bin Mas’ud bahawa kiamat telah tiba. Maka Abdullah menjawab bahawa kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah beberapa tanda berlaku lalu dihitungnya satu persatu.”

[Hadis Riwayat Muslim]

“Abu Tufail juga meriwayatkan bahawa terdapat seseorang berkata Dajal telah muncul ketika beliau di Kufah. Lalu dibawa berjumpa Huzaifah bin Usaid. Ringkasnya, Huzaifah menjawab bahawa jika Dajal keluar pada zaman kamu, nescaya kanak-kanak akan melastiknya. Namun Dajal keluar pada zaman manusia penuh kebencian, lemah agama dan hubungan kekeluargaan rosak.”

[Hadis Riwayat Hakim]

Kemudian penulis mendatangkan beberapa contoh hadis-hadis kronologi tanda akhir zaman. Antaranya mengenai tertib lokasi peperangan dan tertib pembukaan (futuh).

Dalam isu COVID-19, ramai memetik beberapa Hadis mengenai penyakit, namun tanpa mengambil kira Hadis-hadis lain, terus mereka lompat kepada kesimpulan bahawa dunia akan kiamat. Sedangkan masih banyak lagi tanda-tanda lain yang perlu berlaku sebelumnya dan ia memakan masa lebih 50 tahun untuk semuanya berlaku.

Itu tidak lagi masuk bab golongan yang meriwayatkan Hadis-hadis palsu dan membina teori yang bercanggah dengan al-Quran dan Hadis. Semua ini adalah perkara yang tidak boleh dibiarkan.

Mungkin golongan yang berkongsikan ini punya niat yang baik untuk memberi peringatan. Namun perlulah untuk mereka meraikan disiplin ilmu dengan betul. Jika tidak, dibimbangi masyarakat akan terikut dengan membuat penafsiran sesedap hati mengenai nas agama berdasarkan logik akal masing-masing.

Kesimpulannya, penulis memperingatkan bahawa mengambil kira kronologi yang digariskan oleh nas adalah perkara yang dituntut. Sekiranya ada tanda-tanda yang tidak digariskan kronologinya, maka janganlah meyakini secara qat’iy pula kronologi yang dibina sendiri. Ini semua boleh dikira sebagai takalluf fi tafsir (menokok tambah dalam penafsiran) dan berkata-kata tanpa ilmu.

Semoga perkongsian ini membantu kalian memahami ilmu akhir zaman secara lebih berdisiplin.

Sumber:  https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/29/eskatologi-covid-19/

Jumaat, 10 April 2020

Antara COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan dan kedegilan masyarakat



APA yang boleh kita pelajari selepas 14 hari mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 dan malapetaka yang menimpa dunia ini?

Pertama, COVID-19 mengajar kita tentang kesihatan diri dan kebersihan setempat. Orang ramai sedar keperluan untuk menggunakan cecair pembasmi kuman dan mencuci tangan secara lebih kerap. Sebelum ini botol-botol cecair pembasmi kuman yang banyak disediakan di hospital-hospital hanya dilihat sebagai hiasan.
Masyarakat menjadi lebih peka akan kepentingan menjaga kebersihan. Sehinggalah butang-butang dalam lif-lif awam dilapik dengan plastik dan dicuci setiap masa. Kedai-kedai runcit dan pasar raya menyediakan kemudahan untuk orang membeli belah sambil menjaga penjarakan sosial.

Kedua, masyarakat menjadi lebih kreatif, dan orang-orang yang sebelum ini tidak terfikir untuk menggunakan e-wallet atau telefon pintar sebagai cara untuk membuat pembayaran dengan menghadkan sentuhan tangan telah mula menggunakannya. Ini secara tidak langsung akan membantu perkembangan teknologi yang sebelum ini sukar berkembang kerana kedegilan masyarakat yang terlalu terikat dengan budaya sedia ada.

Begitu juga dengan cara bekerja. Ada pelbagai jenis kerja yang masih boleh dilaksanakan walaupun kita berada di rumah. Masyarakat menjadi lebih kreatif dan mula berfikir tentang cara penyelesaian yang sebelum ini dipandang remeh.

Yang pasti, selepas ini apa yang kita anggap biasa sudah tidak biasa lagi. Akan wujud kebiasaan yang baharu atau new normal dalam kehidupan kita. Kita harus menerima hakikat ini sama ada kita suka atau tidak.

Ketiga, kita mula menginsafi segala perkara yang kita ambil mudah sebelum ini. Sebagai contoh, apabila kita harus memikirkan apa yang perlu kita masak setiap hari sambil memikirkan karenah setiap ahli keluarga kita, barulah kita sedar betapa sukarnya ibu-ibu kita dahulu harus menentukan bukan sahaja ada makanan atas meja tetapi dengan menu yang disukai oleh semua ahli keluarga.

Pada waktu ini, kita diberi masa untuk berhenti daripada segala kesibukan tugas yang tiada noktahnya sebelum ini untuk kembali menghargai perkara-perkara ringkas yang sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada kita. Masa bersama keluarga umpamanya. Berbual mesra dan bercerita serta bergurau senda. Masa untuk membaca buku-buku yang dibeli sebelum ini dan hanya disimpan di rak-rak buku. Masa untuk bertanya khabar kepada ahli-ahli keluarga yang lebih tua daripada kita. Betullah seperti kata peribahasa Melayu, “jauh di mata namun dekat di hati”. Sekurang-kurangnya kini kita ada masa untuk bertanya khabar.

Banyak lagi perkara-perkara positif yang telah kita capai selepas 14 hari PKP, namun ada juga kesan negatif yang sukar untuk kita fahami bagaimana ianya boleh berlaku.
Pertama, kita tidak faham kenapa masih ramai orang yang degil untuk mematuhi perintah yang mudah seperti ini. Masih ramai yang melanggar perintah ini!

Saya tidak pasti apa lagi yang pihak kerajaan harus lakukan untuk membuat masyarakat sedar bahawa kedegilan mereka ini boleh mengakibatkan nyawa terkorban. Sehingga hari ini sudah ada 43 orang yang maut disebabkan oleh COVID-19. Kita mahu tunggu jumlah ini meningkat sehingga berapa sebelum kita mahu akur kepada PKP ini?

Janganlah menyusahkan orang lain hanya kerana kedegilan kita itu. Begitu juga dengan mereka yang terdedah tetapi belum membuat saringan. Jangan pentingkan diri sendiri. Kalau pun kita tidak memikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang apa akan terjadi kepada ahli keluarga terdekat dengan kita. Dapatkan bantuan segera sebelum terlewat.

Satu lagi perkara negatif yang dapat dilihat adalah bagaimana media sosial telah menjadikan  ramai orang merasakan diri mereka pakar COVID-19. Dalam sekelip mata, semua orang menghantar beratus mesej yang mereka terima walaupun belum diperiksa kesahihan berita tersebut. Tanpa kita sedari, kita telah menjadi penyebab orang lain menjadi panik tanpa sebab. Lebih malang kerana kita membantu menjadi penyebar berita palsu.

Pada waktu ini kita perlukan semua pihak memainkan peranan mereka dengan penuh bertanggungjawab.

Para pemimpin negara juga tidak terlepas daripada teguran ini. Hentikan daripada mengeluarkan kenyataan atau perbuatan yang kemudiannya menjadi bahan ejekan rakyat di media sosial. Rakyat tidak mengharapkan semua pemimpin untuk mempunyai jawapan kepada semua persoalan dan masalah yang mereka hadapi. Jadi tidak perlu untuk memberi jawapan sekiranya kita tidak pasti apa jawapan sebenarnya. Lebih baik untuk kita bersikap jujur dan membuat kenyataan hanya apabila perlu sahaja.

Dalam tahun 1997, saya pernah terlibat sama dalam satu projek mengenai Teleworking di Malaysia. Antara fokus projek ini dahulu adalah bagaimana untuk membawa wanita-wanita yang selalunya berhenti kerja selepas berkahwin atau selepas melahirkan anak untuk kembali bekerja secara telework. Penemuan daripada projek ini elok juga dikaji semula kerana pada waktu ini kita harus memikirkan keperluan untuk mempunyai dasar dan undang-undang yang sesuai dengan keadaan.

Dalam waktu new normal selepas ini nanti, kita perlu memikir semula dalam banyak perkara. Pengurusan sumber manusia kita harus difikirkan semula. Peraturan yang dikenakan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) untuk membayar pembekal yang mengendalikan latihan juga harus difikirkan semula. Pada waktu ini latihan boleh dibuat secara atas talian. Maka keseluruhan sistem governans mengenai cara hidup kita juga perlu mula kita fikirkan semula dari sekarang.

Moga rakyat negara ini diselamatkan daripada segala malapetaka yang menimpa kita.





* Datuk Dr Anis Yusal Yusoff adalah Timbalan Ketua Pengarah, Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) yang bekerja dari rumah.
SUMBER:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/antara-covid-19-perintah-kawalan-pergerakan-dan-kedegilan-masyarakat-236221

Rabu, 19 Februari 2020

PEDOMAN MEMBACA TUN MAHATHIR

Saya tertarik ketika membaca  dengan artikel yang ditulis oleh Kadir Jasin dalam blognya.  Kandungannya berkaitan perihal pentingnya amalan membaca bagi mewujudkan masyarakat berilmu.  Menurut Tun, membaca adalah wahana untuk memperoleh ilmu.  Masyarakat membaca menggambarkan masyarakat itu berilmu.  Dalam Islam telah ditegaskan hal itu.  Bacalah, kerana dengan membaca pembaca dapat meneroka alam ciptaan Allah serta tunduk patuh kepada suruhannya.  

Situasi kini menunjukkan masyarakat tidak gemar membaca.  Kesan amalan tidak gemar membaca dapat dilihat melalui kualiti komunikasi secara formal atau tidak formal.  Butiran atau hujahan kurang bernas dan tidak memadai.  Justifikasi dan pengukuhan bahan perbincangan juga seringkali tidak dapat dipertahankan.  

Sama ada pelajar peringkat rendah mahupun pekerja yang lanjut usia, gesaan supaya membaca sering diperkatakan. Namun apabila naluri ingin tahu  kurang tersemat di dalam diri, gesaan itu tidak nampak geraknya.  Amalan tidak wujud sikap berlumba untuk memperoleh ilmu melalui bacaan menjadikan masyarakat hidup dalam kerangka yang rapuh.  Mudah pecah apabila terhentak.  Mudah tewas dalam pelbagai gelanggang sama ada gelanggang dunia mahupun akhirat. 

Baca ulasan pedoman menbaca Tum Mahathir oleh Kadir Jasin di sini.

   

Selasa, 31 Julai 2018

DASAR-DASAR ISLAM 1- Abul A'la Al-Maududi


1. MUSLIM KURNIA ALLAH YANG TERBESAR 

Setiap Muslim yakin sepenuhnya bahawa kurnia Allah yang terbesar di dunia ini adalah agama Islam. Seorang Muslim akan sentiasa bersyukur kepada Allah, yang telah memasukkannya ke dalam kelompok umat Muhammad Rasulullah saw, dan yang telah memberikan kepadanya kurnia Islam. 

Allah menyatakan Islam sebagai kurniaNya yang terbesar yang diberikanNya kepada hamba-hambaNya, sebagaimana disebutkan dalam al-Qur'an: “... Pada hari ini, telah Ku-sempurnakan untuk kamu agama-mu, dan telah Ku- cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah , Ku-redhai Islam itu agama bagimu ..."( Al-Quran al-Maidah, 5 :3 ) 

2. KEWAJIPAN KITA KE ATAS KURNIA YANG KITA TERIMA 

Kewajipan kita untuk melaksanakan kewajipan terhadap Allah, kerana nikmat yang telah diberikanNya kepada kita. Seseorang yang tidak melaksanakan kewajipannya kepada orang lain yang telah memberikan sesuatu yang sangat berharga baginya, ia adalah seorang yang tidak tahu berterima kasih. Dan manusia yang tidak melaksanakan kewajipannya kepada Tuhan adalah manusia yang paling tidak tahu berterima kasih. 

Sekarang, mungkin anda akan bertanya: Apakah kewajiban yang harus kita laksanakan kepada Allah yang telah memberikan kurniaNya kepada kita? Jawapannya adalah bahawa kerana Allah telah memasukkan kita ke dalam kelompok umat Muhammad saw, maka bukti terima kasih yang paling baik yang dapat kita persembahkan kepada Allah atas kurniaNya yang besar itu, adalah dengan cara menunjukkan sikap sebagai pengikut- pengikut Rasulullah saw yang tulus dan setia. 

Satu-satunya cara untuk memperlihatkan rasa terima kasih kita kepadaNya adalah dengan menjadi orang Muslim yang benar.

3. APAKAH MUSLIM ITU NAMA SUATU KELOMPOK BANGSA MANUSIA? 

Apakah seseorang sudah membawa Islam pada waktu ia dilahirkan? Apakah seseorang disebut Muslim kerana ibu-bapanya atau kakaknya adalah Muslim? Apakah seorang Muslim terlahir begitu sahaja sebagai seorang Muslim, sebagaimana halnya seorang bangsawan lahir sebagai bangsawan, atau seorang anak dari kasta Brahmana lahir sebagai seorang Brahmana, atau seorang anak Sudra lahir sebagai seorang Sudra?

4. ERTI MENERIMA ISLAM 

Seseorang menjadi Muslim apabila ia menerima Islam sebagai agamanya. Masalahnya adalah, apa ertinya menerima Islam itu? Apakah ini bererti bahawa sesiapapun yang mengucapkan "saya adalah seorang Muslim atau saya telah menerima Islam" automatik menjadi seorang Muslim? 

Menerima Islam adalah bahawa seseorang harus dengan penuh kesedaran dan kesengajaan menerima apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah Muhammad saw, dan bertindak sesuai dengan ajaran tersebut.

5. SYARAT PERTAMA: PENGETAHUAN 

Islam adalah sebutan terhadap pengetahuan dan tindakan mempraktikkan pengetahuan tersebut.

Seseorang tidak dapat menjadi seorang Muslim tanpa memiliki pengetahuan, kerana Islam tidak diperolehi kerena faktor keturunan, tetapi kerana pengetahuan. 

Kalau orang yang bersangkutan tidak mengetahui apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw, bagaimana ia boleh menyatakan keimanannya kepada ajaran tersebut dan mempraktikkannya? 

Dan bila ia menyatakan keimanannya tanpa kesedaran dan tanpa pengertian mengenai ajaran tersebut, bagaimana ia dapat menjadi seorang Muslim? 

Adalah tidak mungkin untuk menjadi seorang Muslim dan hidup sebagai seorang Muslim tanpa mengetahui apa-apa. 

Bila ia mempunyai obor pengetahuan, maka ia akan mampu melihat jalan Islam yang lurus pada setiap langkah dalam hidupnya, melihat dan menghindari jalan-jalan kufr, syirk, bid'ah dan tidak bermoral yang menghalang jalannya, dan bila seorang penyesat ditemuiya di tengah jalan, maka setelah bertukar kata sejenak dengannya, ia pasti akan segera sedar, bahawa orang yang ditemuinya itu adalah seorang yang jahat dan tidak boleh diikuti.

SOALANNYA: Kenapa tidak bersikap serius dan bersunguh-sungguh dalam mencari pengetahuan, yang pada pengetahuan inilah bergantungnya hakikat anda disebut sebagai seorang Muslim dan hidup seterusnya sebagai seorang Muslim.

Rabu, 25 Julai 2018

KASUT HITAM


Isu kasut hitam kasut putih rupanya boleh jadi polemik politik.  Menteri arah murid pakai kasut hitam apabila beliau terima pandangan dari ibu bapa. Arahan tersebut mengundang polemik dan seakan mengembirakan penentangnya. Mereka kata banyak lagi perkara utama yang perlu diberi keutamaan. Warna kasut bukan dasar. Tapi jika menteri kata masih ada murid miskin ke sekolah tak pakai kasut mungkin dapat diterima. Isu ini boleh diputarkan  dengan kaitkan perlunya usaha mengikis kemiskinan demi kualiti pendidikan.  

Namun jika isu kasut hitam diguna untuk merendahkan kemampuan orang lain juga tidak baik.  Kenyataan seperti “Saya ingat Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengubah dasar pelajaran melalui kepala, tetapi melalui kaki. Entah apa yang dia congak." Pemikiran begini menggambarkan sifat manusia suka gembar gemburkan isu remeh berbanding isu utama. Tujuannnya hanya untuk menjatuhkan kredebiliti orang lain. Tak salah isu kecil diberi perhatian di samping melihat perkara dasar sebagai keutamaan. Ada keperluannya apabila isu yang dianggap remeh diberikan tumpuan. Nampaknya, diskusi kasut hitam mendasari perbincangan umum tentang pendidikan kini berbanding isu utama seperti dasar bahasa dalam pendidikan, pendidikan tinggi, TVET dan sebagainya.  

Antara kerja utama sekarang ialah membangkang apa saja yang dicadangkan. Mungkin  itulah pendidikan.

Khamis, 28 Mei 2015

Keutamaan solat

Cucu saya , Darwish (5) dan Ayyash (3) nak pergi ke kem solat di sekolahnya, Smart Seader Insani Bangi.  Semoga jadi insan soleh

بُÙ†ِÙŠَ الْØ¥ِسْÙ„َامُ عَÙ„َÙ‰ Ø®َÙ…ْسٍ Ø´َÙ‡َادَØ©ِ Ø£َÙ†ْ Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ ÙˆَØ£َÙ†َّ Ù…ُØ­َÙ…َّدًا رَسُولُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ‚َامِ الصَّÙ„َاةِ ÙˆَØ¥ِيتَاءِ الزَّÙƒَاةِ ÙˆَالْØ­َجِّ ÙˆَصَÙˆْÙ…ِ رَÙ…َضَانَ

Islam dibangun diatas lima (landasan); persaksian tidak ada ilah selain Allah dan sesungguhnya Muhammad utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa Ramadhan”. (HR. Al-Bukhari no. 7 dan Muslim no. 19).

Solat adalah penghubung antara hamba dengan Rabbnya, karena ketika solat hamba sedang berdiri di hadapan Allah Azza wa Jalla guna berdoa kepada-Nya.

Berdasarkan keterangan hadis tersebut maka adalah penting untuk mendidikan anak-anak sejak kecil agar belajar mendirikan solat.  Semasa kecil dulu (1960an) solat dipelajari ketika belajar mengaji di rumah ustaz yang mengajar.  Secara tak langsung dia akan meminta pelajar mengikut ustaz bersolat.  Ilmu solat dipelajari secara khusus semasa mula bersekolah rendah. Kami akan diajar aspek rukun dan syarat tunaikan solat.  Dari situlah amalan solat didirikan di dalam kehidupan sehinggalah dewasa.  

Namun dalam memastikan kualiti solat yang didirikan serta kesan yang akan dilahirkan dalam kehidupan, kita perlu lakukan ulangkaji solat yang kita lakukan secara rutin.  Sejauh manakah solah yang didirikan mampu menampilkan peribadi yang teguh dengan mampu meninggalkan perkara munkar.  

Solat dengan khusyuk adalah satu keutamaan.  Namun untuk memperoleh tahap khusyuk dalam solat sering tercabar oleh gangguan syaitan.
Kita diperintahkan agar mendirikan sembahyang dengan penuh ketaatan kepada Allah. Kata al-Tabari, mendirikan solat dengan khusyu’, patuh dan diam tidak bercakap-cakap. Khusyu’ bermakna merendahkan diri, menghinakan diri, di hadapan Allah SWT. Dalam ayat lain Allah menyatakan;
“ Dan neraka Wail bagi orang yang sembahyang, yang mana mereka itu lalai dari sembahyang mereka.” al-Maun;4-5
Oleh itu, untuk memperoleh solat yang berkualiti maka kita perlu lakukan refleksi terhadap kualiti solat uyang didirikan selama ini.  Adakah solat dapat mencegah berkualiti.. Kem solat atau pun sebarang kursus penilaian semula terhadap kualti solat perlu dihadiri.  Tidak kira berapa umur anda, tentu ada kelemahan sana sini ketika bersolat.  jadi jangan malu untuk ke kem solat seperti yang didedahkan kepada cucu saya..

Sabtu, 13 September 2014

Pandangan berhikmah Buya Hamka


BAB 1: AKAL DAN NAFSU
Kata buya Hamka, “Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata.”
Setiap dari kita ditetapkan berbeza jalan kehidupan, kemampuan tubuh badan dan akal.
Semua makhluk di muka bumi seakan-akan tidak kelihatan di dalam tenunan tersebut kerana terlalu kecil.
Tenunan hayat yang kita nampak itu diumpamakan penghujung daripada permulaan kata yang lalu dan terus bersambung tanpa putus.
Begitulah kehidupan yang kita lalui, sejak dari awal tidak diketahui bilakah bermulanya sampailah kepada akhir yang juga belum diketahui saatnya.
Satu-satunya yang membezakan antara manusia dengan haiwan di muka bumi ini adalah pemberian akal Allah s.w.t. Akal itulah yang menjaga manusia melalui pemikiran yang waras lalu mempengaruhi tindakan yang baik.
Walaupun begitu, nafsu turut diberikan Allah kepada manusia, sebagai lawan kepada kewarasan akal.
Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kegagalan jika kalah dengan kehendak nafsu.
Melalui akal itulah manusia boleh melawan nafsu dengan berfikir dan mengimbang baik buruk sesuatu perkara sebelum membuat keputusan serta tindakan.
Disebabkan itu, orang yang berakal adalah orang yang luas pandangannya terhadap akibat sesuatu perkara dan bijak memilih jalan yang lebih kukuh serta bermanfaat.
Orang berakal berbeza dengan orang yang sentiasa tunduk dengan nafsu kerana mereka akan sentiasa menaksir harga diri iaitu menilik hari-hari yang dilalui, samaada hari-hari tersebut dimanfaatkan sepenuhnya dengan kebaikan ataupun hanya pekerjaan yang sia-sia.
Selain itu, orang berakal juga sering berbantah dengan dirinya jika kehendak hati ingin menurutkan kata nafsu yang mahu melakukan kejahatan. 

Orang berakal juga sering mengingati kekurangan diri dan memandang kebaikan budi pekerti orang lain, bijak dalam memilih teman dan sahabat, tidak bersedih dengan kegagalan mengejar cita-cita dunia serta tidak akan menjauhi orang yang berakal juga.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/membaca-falsafah-hidup-buya-hamka-dalam-kenangan-nor-khalista-amit#sthash.TCSxD2rw.dpuf

Khamis, 10 Januari 2013

mengapa LUPA?

Ada orang anggap lupa itu satu penyakit. Memang ada banyak kajian yang dibuat tentang fenomena lupa. Dalam bidang pendidikan, isu ingatan dan lupaan dianggap penting.    Dalam bidang psikologi pendidikan, ingatan dan luapaan itu merupakan aspek penting yang perlu dikuasai oleh guru pelatih. Guru perlu tahu faktor yang mempengaruhi ingatan dan lupaan anak muridnya. Maka selepas itu barulah mereka boleh memikirkan pula cara yang sesuai untuk atasi masalah tersebut.

Perbuatan pelupa sering juga dikaitkan dengan tahap upaya otak untuk memproses maklumat yang diterima. Maksudnya ialah upaya untuk ingat maklumat yang diterima otak tidak dapat diproses atau disaring untuk menetap dalam struktur ingatan.  Kadangkala apabila kita membaca, banyak maklumat yang diperoleh ketika membaca berlangsung.  Namun apabila masa berlalu, jumlah maklumat yang dibaca tadi semakin mengecil jumlahlahnya dalam ingatan. Boleh berlaku semua maklumat yang dibaca tidak dapat dingat langsung. Mungkin teks yang dibaca adalah bidang yang baru dibaca. Mungkin juga dia tak berminat langsung dengan topik yang dibaca. Pembaca pula tak beri perhatian semasa membaca.

Sama keadaannya jika kita mendengar sesuatu maklumat. Ketika sesi mendengar berlangsung, pendengar sering mengangguk mengiakan tanda faham maklumat yang didengar. Namun bila masa berlalu, maklumat yang didengar tadi sering tercicir entah ke mana. Sukar nak nyatakan semula apabila ada yang tanya, "apa isi khutbah Jumaat yang kamu dengar tadi", walaupun ia baru pulang dari solat Jumaat di masjid. Agaknya dia tertidur masa khatib baca khutbah!

Tak ada orang yang ingin jadi pelupa. Sama ada dia budak sekolah, pelajar universiti, pekerja bawahan, suri rumah, nelayan atau siapa sahaja, mereka tak mahu dikatakan pelupa. Ada ketikanya nak ingat nombor pendaftaran kereta pun boleh lupa. Sebabnya mungkin dia tak pernah hiraukan nombor keretanya kecuali ditanya.  Yang lebih ekstrim lagi, lupa nombor telefon. Ini sering berlaku sebab no telefon siap tersimpan dalam ingatan telefon.  Ada juga ketika lupa nama anak bila nak daftar di klinik. Sebabnya jarang panggil nama anak.  Hanya cukup dengan kebiasaan dengan panggil along, angah dan sebagainya. Nampak macam buang masa saja nak pilih nama anak masa nak daftar dalam surat beranak.  Ada juga ketika susah nak ingat jalan yang nak dituju. Tambahan pula jarang pula ikut jalan tersebut. Maka akan bertambah kalut lagi apabila jalan penuh dengan kereta. Ada macam-macam cerita lupa yang kadangkala melucukan. Mencari cermin mata, padahal dia sedang memakai cermin mata tersebut..Sebab apa terjadi maca itu?

Itu antara situasi lupa yang pernah saya alami. Apa cara nak atasi masalah lupa tersebut?
Cuba anda fikrkan dulu, dan akan dibincangkan tajuk ini dalam posting seterusnya..



Khamis, 13 September 2012

This is what true learning means

by Dzulkifli Abdul Razak, VC AIU
EDUCATION is always about change. Foremost, it is at the level of thought, to better understand and effect the change. The more effective the change, the more pervasive the influence.

The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation's Report of the International Commission on Education for the 21st century aptly introduces "the four pillars of learning", the fundamental principles for reshaping education.
They are:
LEARNING to know is about learning as both a means and an end of human existence.
People have to learn to understand their world and its complexities, and to provide an appropriate and adequate foundation for future learning.
LEARNING to do is about transforming certified skills into personal competence to enable individuals to effectively participate in the local and global setting and society.
It is backed by a mixed set of skills/competencies and talents, social behaviour, initiatives and willingness to adapt in a variety of work-live environment.
People must learn to act appropriately in any kind of situation and become involved in shaping the future.
LEARNING to live together should help in inculcating a spirit of empathy in students so that it can have a positive effect on their social behaviour throughout their lives.
It is to expose individuals to the values and intercultural understanding, respect and trust at all levels of society to enhance human dignity based on the relationships of peace and harmony.
Resolving conflicts through dialogue and discussion is considered the essential tools of present day education.
LEARNING to be aimed at the complete fulfilment of the human person in a holistic way as an individual, member of a family and community and as a responsible citizen. This is to enable individuals to develop to their fullest potential for an all-round complete person, based on universally shared values while appreciating diversity.
All these will be in many ways spelled out in the National Education Blueprint 2013-2025 which serves as a good starting point to contemplate the transformational journey.
What is new would be the mindscape, a mental blueprint that would allow the national education philosophy to be translated into reality for the 21st century.
But only if we first watch our thoughts so that the final destiny could be realised with ease.


Read more: This is what true learning means - Columnist - New Straits Times http://www.nst.com.my/opinion/columnist/this-is-what-true-learning-means-1.141898##ixzz26JcabtuB

Rabu, 1 Ogos 2012

Kemahuan "bestseller"


Semasa bercuti di KK baru-baru ini, kami menginap di sebuah apartmen di One Borneo. Lokasinya bagus dan menarik pemandangannya. Harga sewanya pun boleh tahan juga. Menginap di sana memudahkan kami untuk membeli belah. Di tingkat bawah ada banyak tempat yang boleh disinggahi untuk urusan membeli. Nak beli apa?

Tumpuan utama saya ialah kedai buku.  Ada kedai buku HARRIS di situ. Banyak buku yang boleh dibelek dan dibeli.  Beli buku adalah kegemaran saya.  Belum tentu lagi buku yang dibeli sebelum ini habis dibaca, namun  bila nampak buku baru kemahuan untuk beli tetap ada. Saya suka membelek buku-buku agama dan tren semasa, sama ada politik atau pendidikan.  Sebuah buku berjudul Tip Menjadi Penulis Bestseller karya Zamri Mohamad menari perhatian saya.  Bukannya saya mahu menjadi penulis yang bestseller yang akhirnya boleh dapat banyak duit. Saya suka pada gaya penulisannya.  Mudah dan tidak meleret-leret. Setiap bab ditulis ringkas tapi banyak informasi. Seronok membacanya.

Ada juga kemahuan dalam hati nak tulis buku-buku macam itu. Bestseller. Namun masih banyak kekangannya. Walaupun kini masih lagi menumpu pada bidang pendidikan bahasa namun kemahuan untuk menulis buku bestseller juga terniat dalam hati. Mungkin kemahuan itu dapat dinyatkan pada masa yang sesuai. Sekarang  tulis jurnal dan buku akademik saja.  Tapi bila? Bila dah betul-betul bersara mengajar dan duduk di rumah.  Agaknya. Tapi semua itu ada dalam kemahuan saya.  Mungkin akan dijelmakan impian itu, insyaallah.

Jumaat, 15 Jun 2012

Allahyarham Ustaz Yahya Othman

Saya mengenali nama ustaz Yahya Othman sejak lama dulu dan kebetulan namanya sama nama dengan saya. Saya sering membaca mengenai diri beliau yang aktif dalam perjuangan parti PAS. Beliau telah kembali kerahmatullah semalam, 14/7/12 dan semoga rohnya dirahmati Allah..Alfatihah

Peristiwa ini semakin memberi ingatan akan kematian...

Baca artikel oleh Datuk Saifudin Nasution di bawah ini bagi mengenali diri allahyarham

Ustaz Yahya: Pejuang, murabbi, guru dan sahabat
Oleh Saifudin Nasution
Penulis ialah Ahli Parlimen Machang dan Setiausaha Agung PKR.

Saya mula mengenali Ustaz Yahya Osman ketika menjadi mahasiswa di UPM tahun 1980an. Ustaz Yahya seringkali hadir sebagai pembentang kertas kerja dalam program-program tamrin kampus. Wataknya yang lemah lembut, penyampaian dan kupasan yang padat dan sarat dengan mesej perjuangan, keupayaan mengaitkan dengan perkembangan dan realiti politik semasa, menjadikan sesi beliau sentiasa dinantikan. Pesannya prinsip perjuangan biar teguh dan kekal namun pendekatannya boleh sahaja berubah. Impak dan kesannya kepada mahasiswa yang diasuh dan dibimbingnya amat luar biasa.

KESAN DOSA

  Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...