Rabu, 1 Ogos 2012
Kemahuan "bestseller"
Semasa bercuti di KK baru-baru ini, kami menginap di sebuah apartmen di One Borneo. Lokasinya bagus dan menarik pemandangannya. Harga sewanya pun boleh tahan juga. Menginap di sana memudahkan kami untuk membeli belah. Di tingkat bawah ada banyak tempat yang boleh disinggahi untuk urusan membeli. Nak beli apa?
Tumpuan utama saya ialah kedai buku. Ada kedai buku HARRIS di situ. Banyak buku yang boleh dibelek dan dibeli. Beli buku adalah kegemaran saya. Belum tentu lagi buku yang dibeli sebelum ini habis dibaca, namun bila nampak buku baru kemahuan untuk beli tetap ada. Saya suka membelek buku-buku agama dan tren semasa, sama ada politik atau pendidikan. Sebuah buku berjudul Tip Menjadi Penulis Bestseller karya Zamri Mohamad menari perhatian saya. Bukannya saya mahu menjadi penulis yang bestseller yang akhirnya boleh dapat banyak duit. Saya suka pada gaya penulisannya. Mudah dan tidak meleret-leret. Setiap bab ditulis ringkas tapi banyak informasi. Seronok membacanya.
Ada juga kemahuan dalam hati nak tulis buku-buku macam itu. Bestseller. Namun masih banyak kekangannya. Walaupun kini masih lagi menumpu pada bidang pendidikan bahasa namun kemahuan untuk menulis buku bestseller juga terniat dalam hati. Mungkin kemahuan itu dapat dinyatkan pada masa yang sesuai. Sekarang tulis jurnal dan buku akademik saja. Tapi bila? Bila dah betul-betul bersara mengajar dan duduk di rumah. Agaknya. Tapi semua itu ada dalam kemahuan saya. Mungkin akan dijelmakan impian itu, insyaallah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...
-
Murid-murid sedang menjawab soalan peperiksaan. Dalam benak mereka ialah menjawab untuk lulus peperiksaan. Ada yang matlamatnya ialah ...
-
Dr Yahya Othman Pengenalan Mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif teru...
-
Sumber: Yahya Othman (2014). Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Dewan Bahasa . 14(5)...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan