Rabu, 25 Julai 2012

Tazkirah ramadan



Ramadan adalah bulan yang sangat mulia. Bulan tempat menyucikan diri. Tempat mendekatkan diri dengan Allah. Bulan ini juga Allah membukakan pintu syurga, syaitan dirantai, serta pahala amal digandakan. 

Ramadan adalah kurniaan Allah swt yang sangat besar.  Rahmat, kasih sayang dan keampunan Allah melimpah di dalamnya. Puasa juga terkandung di dalamnya pelbagai hikmah serta pengajaran hidup bagi mereka yang inginkannya. Beruntunglah kepada mereka yang dapat memanfaatkan kemuliaan yang ada di dalam bulan Ramadan.

Perbincangan berkaitan nikmat Ramadan tidak habis diperkatakan. Para ulama secara berterusan akan memperkatakan bab Ramadan. Sebagai ingatan dan panduan bagi umat Islam, bacaan berkaitan Ramadan perlu diteruskan dan dihayati. Dengan membaca, pengetahuan dan pemahaman berkaitan amalan yang dilakukan akan bertambah kualitinya. 

Antara buku yang sedang saya baca ialah Nasihat Ramadan Daripada Orang Soleh oleh Sultan Hadi, terbitan Kemilau Publika dengan kata pengantar oleh TG Dato' Nik Abdul Azik Nik Mat.  Sangat baik dibaca di samping amalan membaca al-Quran yang turunnya dalam bulan Ramadan.

Di samping itu, bagi membantu mengelakkan pembaziran dan kegelojohan di bulan Ramadan, baca artikel ini oleh SM Idris, Presiden CAP berkaitan amalan negatif umat Islam yang perlu dijadikan sempadan.  Baca juga artikel ini oleh Datuk Dr Mohd  Asri yang mengupas berkaitan puasa dan hubungan antara agama.

Hayati juga kata-kata Ibnu Qayyim berkaitan kehidupan;

"Sebelum usia kita berakhir, sebelum segalanya menjadi terlambat, agar kita tidak menuai umur dengan buah yang pahit pada hari pembalasan, maka tanamlah dilandang-ladang waktu kita dengan pohon-pohon yang aik.  belajarlah menggunakan waktu yang dipraktikkan oleh para salaf, generasi awal Islam.  Kerana mereka telah membuktikan bahawa tiada waktu yang dilalui dengan sia-sia.  Waktu mereka diisi dengan ketaatan, kebaikan dan produktiviti."

Malangnya waktu selalu datang dan pergi dengan cepat.  Sebulan tidak lama.  Dalam menunggu-nunggu, Ramadan dah tiba. Jangan sis-siakan Ramadan ini kerana belum tentu Allah akan menemukan kita dengan Ramadan akan datang..

SELAMAT BERPUASA dan ingat, "dua nikmat yang banyak manusia tertipu dan rugi iaitu  kesihatan dan waktu lapang." HR Bukhari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...