Memaparkan catatan dengan label Zulhijjah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zulhijjah. Papar semua catatan

Isnin, 19 Jun 2023

10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH


Menurut Dr Zulkifli Muhammad Al-Bakri (2022), bulan Dzulhijjah adalah salah satu bulan yang dimuliakan di dalam Islam. Allah SWT berfirman:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”

Daripada Abu Bakrah RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الزَّمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ، وَذُو الحِجَّةِ، وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ، مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى، وَشَعْبَانَ “

Maksudnya: “Sesungguhnya zaman telah berpusing sebagaimana keadaannya pada ketika Allah menciptakan langit dan bumi, satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, padanya terdapat empat bulan Haram, iaitu tiga bulan yang berturut-turut (kedudukannya): Dzulqa’dah, Dzulhijjah, dan Muharram serta bulan Rejab Mudhar (nama kabilah) yang menetapkan bulan Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.”

Di dalam bulan Dzulhijjah ada hari-hari yang dipilih oleh Allah sebagai hari-hari terbaik sepanjang tahun. Allah SWT berfirman:

وَالْفَجْرِ  وَلَيَالٍ عَشْرٍ

Maksudnya: “Demi fajar, dan malam yang sepuluh

Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan 10 malam yang dimaksud oleh Allah dalam ayat tersebut. Penafsiran para ulama ahli tafsir mengerucut kepada 3 pendapat:

  • Pertama: 10 hari pertama bulan Dzulhijjah.
  • Kedua: 10 malam terakhir bulan Ramadhan.
  • Ketiga: 10 hari pertama bulan Muharram.

Pendapat yang rajih dan kuat ialah pendapat yang menyatakan bahwa yang dimaksud adalah 10 hari pertama bulan Dzulhijjah. Hal ini berdasarkan hadith riwayat Jabir R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ العَشْرَ عَشْرُ الأضْحى، والوِترَ يومُ عَرَفةَ، والشَّفعَ يومُ النَّحرِ.

Maksudnya: “Sesungguhnya yang dimaksud dengan 10 itu adalah 10 hari al-Adha (bulan Dzulhijjah), dan yang dimaksud dengan “ganjil” adalah hari Arafah, dan yang dimaksud dengan “genap” adalah hari raya Eid al-Adha. 

Sebahagian ulama menafsirkan bahwa yang dimaksud dengan “al-fajr” dalam ayat tersebut adalah fajar pada hari raya Eid al-Adha. Oleh itu, yang dimaksudkan dengan “10 malam” yang termaktub dalam ayat kedua surat tersebut adalah 10 hari pertama bulan Dzulhijjah.

Tambahan pula, Jumhur ulama berpendapat ia adalah sepuluh hari pertama Dzulhijjah. Malah, Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa terdapat ijmak ulama mengenai hal itu. Beliau berkata: Ini merujuk kepada (sepuluh) malam pertama Dzulhijjah, kerana telah ada kesepakatan di kalangan ulama tafsir tentang hal itu.

Ibnu Kathir  di dalam tafsirnya berkata: Yang dimaksud dengan sepuluh malam itu adalah sepuluh (pertama) Dzulhijjah, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Abbas, Ibnu al-Zubair, Mujahid dan lainnya dalam kalangan generasi salaf dan khalaf.

Antara hikmah di sebalik menyebut malam dan bukannya siang? Hal ini kerana Hari-hari disebut sebagai “malam” kerana bahasa Arab adalah fleksibel dan mungkin menggunakan perkataan malam untuk merujuk kepada hari, atau perkataan hari untuk merujuk kepada malam. Sahabat dan para tabi’in biasanya menggunakan perkataan malam untuk merujuk kepada hari-hari, sehinggakan mereka biasa mengatakan “Kami berpuasa lima malam”, merujuk kepada malam, walaupun puasa itu berlaku pada siang hari. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh sebilangan ulama, antaranya Ibn al-‘Arabi dalam Ahkam al-Quran[6] dan Ibn Rajab dalam Lata’if al-Ma’aarif.[7]

Kelebihan Amalan 10 Awal Dzulhijjah

Terdapat hadith daripada riwayat Ibn Abbas R.Anhuma daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

مَا العَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ؟ قَالُوا: وَلاَ الجِهَادُ؟ قَالَ: وَلاَ الجِهَادُ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ.

Maksudnya: “Tidak ada amalan pada hari-hari lain yang lebih utama daripada amalan pada hari ini (hari yang kesepuluh bulan Zulhijjah). Mereka (sahabat) bertanya: ‘Meskipun jihad?’ Baginda menjawab: ‘(Ya), tidak juga jihad, melainkan seorang lelaki yang keluar untuk membahayakan dirinya dan hartanya (untuk jalan Allah), dan tidak kembali dengan membawa apa-apa.’

Selain itu, terdapat hadith yang lain datang dengan lafaz bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ما مِن أيّامٍ العَمَلُ الصّالِحُ فيها أحَبُّ إلى اللهِ مِن هذه الأيّامِ – يَعني أيّامَ العَشرِ قالوا: يا رَسولَ اللهِ، ولا الجِهادُ في سَبيلِ اللهِ؟ قال: ولا الجِهادُ في سَبيلِ اللهِ، إلّا رَجُلًا خرَجَ بِنَفْسِهِ ومالِهِ، ثم لم يَرجِعْ مِن ذلك بِشَيءٍ.

Maksudnya: “Tiadalah hari di mana amalannya yang soleh lebih baik dan disukai oleh Allah SWT daripada hari-hari sepuluh Zulhijjah. Lantas sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah sekalipun jihad pada jalan Allah?’ Baginda menjawab: ‘Sekalipun jihad pada jalan Allah kecualilah seseorang lelaki keluar dengan dirinya dan hartanya kemudian tidak pulang daripada demikian itu (iaitu mati syahid).

Ibn Kathir menyebutkan: Nas ini dan lainnya menunjukkan bahawa sepuluh hari awal bulan Dzulhijjah lebih utama dibandingkan hari-hari lain dalam setahun tanpa ada pengecualian sedikitpun. Meskipun sepuluh terakhir Ramadan. Akan tetapi sepuluh malam akhir Ramadan itu lebih utama dibandingkan sepuluh malam Dzulhijjah kerana 10 malam terakhir Ramadhan itu mengandungi malam lailatul qadar yang mana ia lebih baik dari seribu bulan.

Manakala, menurut Ibn Rejab, hadith di atas menjadi dalil kepada beramal pada 10 hari ini lebih disukai oleh Allah SWT berbanding amalan pada hari-hari yang lain tanpa sebarang pengecualian. Apabila ia merupakan perkara yang paling disukai oleh Allah SWT, maka ia adalah sesuatu yang afdhal di sisi-Nya.

Artikel penuh baca di sini

Sumber

Dr. Zulkifli Muhamad Al-Bakri (2022), Amalan 10 Hari Awal Dzulhijjah: Amalan Yang Disukai Allah

://maktabahalbakri.com/23930-2/

Sabtu, 10 Julai 2021

10 HARI AWAL ZULHIJJAH

 


Untuk memahami kelebihan, fadhilat dan keistimewaanya, kami nukilkan daripada kitab Lata'if Al-Maarif oleh Ibnu Rajab al-Hanbali.

Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

Maksudnya : "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini- baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya? "Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)

Perbahasan tentang kelebihan 10 hari terawal Zulhijjah terdapat dalam 2 fasal : Kelebihan beramal dalam waktu itu dengan hadis ini menjadi dalilnya, dan kelebihannya yang tersendiri.

FASAL PERTAMA : Kelebihan beramal soleh pada 10 hari tersebut.

Hadis menjadi dalil kepada beramal pada 10 hari ini lebih disukai oleh Allah berbanding amalan-amalan pada hari yang lain tanpa sebarang pengecualian.Apabila ia adalah perkara yang paling disukai oleh Allah, maka ia adalah sesuatu yang afdal disisi-Nya.

Hadis ini juga turut diriwayatkan dengan lafaz,

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ أفضل من أيام العَشْر

Maksudnya : "Tiada hari-hari amalan yang dilakukan padanya menjadi afdal berbanding 10 hari awal Zulhijjah."

Hadis ini juga diriwayatkan dengan terdapat keraguan disisi perawi pada lafaz: Paling disukai atau afdal. Apabila sesuatu amalan dalam 10 hari ini dan lebih disukai oleh Allah berbanding amalan yang dilakukan pada hari-hari yang lain dalam setahun, maka jadilah amalan yang kurang utama yang dikerjakan dalam 10 hari ini afdal daripada amalan yang lebih utama yang dikerjakan pada selainnya.Sebab itulah, para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah,walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya ?", Baginda bersabda, "Walaupun jihad, ia tidak menandinginya."Kemudian, Baginda mengecualikan satu jenis jihad yang merupakan sebaik-baik jihad kerana baginda juga pernah ditanya, "Manakah jihad yang afdal?",Baginda menjawab, "Jihad seseorang yang kudanya ditikam mati dan dia pun mati syahid. "Orang demikian mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

Nabi SAW telah mendengar seorang lelaki berdoa,

اللَّهُمَّ اعْطِني أَفْضَلُ ما تُعطِيْ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya : "Ya Allah, Berikanlah kepadaku sebaik-baik pemberian yang engkau berikan kepada hamba-Mu yang soleh."

Lalu baginda bersabda kepadanya,

إِذَنْ يُعْقَرُ جَوَادُكَ ، وَتَسْتَشْهِدُ

Maksudnya : "Oleh itu, pastikan (Kamu berjihad sehingga) kudamu mati ditikam dan kamu mati syahid."

Riwayat Ibnu Hibban (4639), al-Hakim (2/74) di dalam al-Mustadrak

Secara khususnya, Jihad sebegini lebih baik daripada amalan yang dilakukan pada 10 hari terawal Zulhijjah.

Manakala jihad yang lain, amalan dalam 10 hari terawal Zulhijjah menjadi afdal dan lebih disukai oleh Allah SWT daripadanya, malah termasuk semua amalan yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa amalan yang kurang utama, yang dikerjakan dalam tempoh yang terbaik akan diberi kelebihan yang seperti amalnya yang lebih utama yang dikerjakan dalam tempoh selainnya, bahkan amalan yang pertama tadi mengatasinya disebabkan ganjaran yang dilipat ganda. Penambahan ini disebutkan dalam hadis riwayat Ibnu Abbas R.A, iaitu :

وَالْعَمَلَ فِيهِنَّ يُضَاعَفُ سَبْعمِائَةِ ضِعْفٍ

Maksudnya : " Dan amalan yang dikerjakan dalam tempoh ini akan digandakan pahalanya sehingga 700 kali”

Namun, sanadnya terdapat kelemahan.

Selain itu, kadar gandaan pahala dinyatakan dalam banyak riwayat yang berbeza. Al-Tirmizi dan Ibnu Majah meriwayatkan hadis daripada Al-Nahhas Bin Qahm, daripada Qatadah, daripada Ibnu Al-Musayyab , daripada Abu Hurairah, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda,

مَا مِن أَيَّامٍ من أيام الدٌّنْياَ أَحَبُّ إِلىَ اللهِ أَنْ يُتَعَبّدَ له فيها من أيام العَشْرِ، يَعْدِلُ صِيامُ كُلُّ يَوْمٍ مِنْهَا بِصِيَامِ سَنَةٍ وَقِيَامِ كُلُّ لَيلةٍ مِنْهَا بقيام ليلة القَدْرِ

Maksudnya : "Tiada hari-hari yang paling disukai oleh Allah untuk seseorang melakukkan ibdah kepada-Nya selain 10 hari dalam Zulhijjah. Puasa setiap harinya menyamai puasa setahun, dan qiamullail setiap malamnya menyamai qiamullail pada malam Al-Qadr."

Riwayat al-Tirmizi (758), Ibnu Majah (1728)

Namun, ulama  hadis melemahkan Al-Nahhas Bin Qahm.Al-Tirmizi menyebutkan daripada Al-Bukhari bahawa hadis tersebut diriwayatkan daripada Al-Qatadah daripada Sa'id, secara mursal. Thuwair Bin Fakhitah - seorang perawi yang lemah – turut meriwayatkannya daripada mujahid, daripada Ibnu Umar R.A, Katanya :

ليس يوم أعظم عند الله من يوم الجمعة ليس العشر فإن العمل فيها يعدل عمل سنة

Maksudnya : "Tiada suatu hari yang paling agung di sisi Allah selain hari Jumaat bukannya 10 hari (Terawal Zulhijjah) kerana suatu amalan yang dikerjakan pada hari itu menyamai amalan selama setahun."

Abu Amru al-Naisaburi meriwayatkan dalam kitab Al-Hikayat dengan sanadnya, daripada Humaid, beliau berkata,"Aku mendengar ibnu Sirin dan Qatadah berkata, Puasa setiap hari daripada 10 hari Zulhijjah menyamai puasa setahun."Sebenarnya, banyak lagi hadis yang diriwayatkan dengan gandaan ganjaran pahala, antaranya: Harun Bin Musa Al-Nahwi meriwayatkan dengan berkata, " Aku mendengar Al-Hassan menceritakan daripada Anas bin Malik, Katanya, pernah disebutkan tentang 10 hari tersebut : Setiap harinya menyamai seribu hari, dan hari Arafah menyamai 10 000 hari."

Baca keseluruhan artikel di sini.



KESAN DOSA

  Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...