Memaparkan catatan dengan label Kashmir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kashmir. Papar semua catatan

Selasa, 12 November 2019

BERKUDA DI PAHALGAM, SRINAGAR

Keindahan muka bumi Pahalgam
(Imej Viator)
Pokok epak tinggal ranting daa musim salji
Perjalanan ke Pahalgam mengambil masa hampir dua jam dari Srinagar.  Pemandangan alam sungguh menarik di sini.  Tanah berbukit yang subur dipenuhi dengan tanaman epal.  Epal merupakan hasil utama penduduk di sini.  Kami sempat singgah sebentar di ladang epal dalam perjalanan ke Pahalgam.  Malangnya ketika itu bukan musim epal berbuah.  Musim sejuk.  

Kami teruskan perjalananj dengan jalan sempit dan berliku.  Pemandangan dengan jaluran sungai yang penting untuk pertanian di sini. 

kosong
Sampai di kemuncaknya, kami lihat kawasan lembah yang cantik.  Terdapat pusat riadah  dengan aktiviti berkuda sangat popular di sini.  Kuda kami dipimpin oleh seorang yang mahir dalam selok belok perjalanan di lembah ini.  Kami di bawa mendaki kawasan tinggi lagi curam.  Keadaan agak bahaya kerana liputan salji yang tebal dengan salji yang mencair menjadikan laluan licin.

Kami semua tidak pernah menunggang kuda.  Kali pertama dalam hidup.  Tanpa diberikan taklimat cara menunggang kuda kami terus mendaki tanah tinggi bersalji.  Hebat.  Namun atas faktor denai licin dan jalan sempit,  kuda yang ditunggang oleh dua rakan kami telah tergelincir dan rebah ke tanah.  Nasib baik menyebelahi mereka kerana tidak terhantuk ke batu.  Setelah ditegakkan kuda tersebut, perjalanan mendaki lorong curam bersalji tebal diteruskan. Perasaan cemas kami masih belum reda akibat kejadian kuda yang rebah tadi.  


Sampai dipuncak, kami di hidangkan dengan pemandangan muka bumi yang sangat cantik.  Liputan putih salji dan banjaran gunung yang membelakanginya menarik perhatian kami. Setelah berehat beberapa lama dan meminum secawan kopi, kami menunggang semula kuda tadi untuk telusuri lorong yang menjunam pula.  Rasanya kemahiran menunggang kuda semakin dapat dikuasai ditambah dengan cabaran menuruni curam tidak sepayah mendaki curam.  Mungkin kuda tidak perlukan daya yang kuat untuk bergerak. namun keadaan lorong yang licin menjadikan kami terlalu berhati-hati. 

Add caption


Kuda berlumpur akibat laluan becak akibat salji cair



Selamat sampai ke akhir perjalanan.

Muka bumi dipenuhi salji.


Pemandangan latar belakang Pahalgam.



Isnin, 11 November 2019

RUMAH BOT, TASIK DAL SRINAGAR

Sebuah rumah bot 
Pemandangan  latar belakang rumah bot
Setelah bermalam dan menikmati keindahan Gulmarg di tanah tinggi diliputi salji, kami turun semua ke bandar Srinagar untuk merasai pengalaman mendiami rumah bot (house boat) Tasik Dal.  Tasik Dal ( Hindi : डल झील) adalah sebuah tasik di Srinagar , ibu kota musim panas di utara India, negeri Jammu dan Kashmir . 

Bandar tasik, yang merupakan bandar kedua terbesar merupakan bahagian integral untuk pelancongan dan rekreasi di Kashmir dan digelar "Permata di mahkota Kashmir" atau "Jewel Srinagar". Tasik ini juga merupakan sumber penting untuk operasi komersil dalam dan sumber air bersih .

Tasek Dal
Dari seberang jalan, kelihatan pemandangan seakan rumah kayu yang merupakan bot besar yang dijadikan rumah untuk disewa.  Deretan bot kayu mendominasi tasik yang airnya tenang. 

Memandangkan rumah bot terletak agak ke tengah tasik, pengangkutan utama adalah shikara iaitu sampan berbumbung yang dihias cantik dengan pelbagai dekorasi. Rumah bot antara penginapan terkenal dalam kalangan pelancong dan dikatakan tidak lengkap kunjungan ke Jammu Kashmir jika tidak bermalam di situ.  Sampan dihiasi dengan warna warni.  Rumah bot yang akan kami diami untuk semalaman mengandungi empat bilik. Siap dengan kemudahan tandas dan ruang tamu yang agak selesa.  

Hiasan dalamannya banyak di perbuat dari ukiran kayu.  Kami disediakan minuman petang. Setelah itu kami dibawa menikmati suasan persekitaran tasik dengan menaiki sampan yang dikayuh. Dalam masa yang singkat sampan kami dihimpit samapan yang dipunyai oleh peniaga dengan pelbagai jenis jualan.  Ada yang jual makanan, cenderamata, sewa pakaian tradisional dan sebagainya.  Peniaga akan berusaha memujuk rayu  agar kami membeli barangan mereka.  Ada yang sanggup ikut sampan dengan merayu untuk jual sekotak kecil saffron.

Setelah malam kami dibawa ke sebuah kedai karpet dan barangan tekstil .  Kedai karpet ini menawarkan harga yang agak baik untuk karpet kualiti Kashmir dan diuruskan penghantaran.  Setelah membeli barangan tekstil seperti kain sari (kegemaran orang perempuan), kami ke rumah bot untuk makan malam.  

Pihak pengendali bot menyediakan pakej makan malam masakan tradisi Kashmir. Memang menyelerakan. Tauke rumah bot juga datang pada malam itu dan kami sempat berbual dengannya.  Dia beritahu bahawa dia memiliki beberapa buah rumah bot di sekitar Tasik Dal. 


berjualan dalam sampan


berjualan 


Pemandangan menarik dengan sampan Shikara

Keunikan ukiran kayu dalam rumah bot

Dekorasi yang cantik

Rumah bot dari luar


Pakaian gaya Kashmir, kena sewa...


Pemandangan di sekitar rumah bot






Pemandangan di seberang tasek

Pelajar Kashmir

Pemandangan menarik

Gaya kashmir


Khamis, 7 November 2019

GULMARG, KASHMIR

 Percutian musim sejuk di Kashmir tidak lengkap jika tidak menjejaki Gulmarg.  Walaupun faktor keselamatan ketika itu tidak bergitu baik,  namun berdasarkan maklumat yang kami terima aspek itu dapat diselesaikan. Anggota tentera ditempatkan di sepanjang perjalanan dari Srinagar ke Gulmarg. 

Dari lapangan terbang Srinagar, kami menaiki van pelancong yang disertai pemandu pelancong.  Perjalanan ambil masa lebih 2 jam.  Dalam perjalanan kami singgah di sebuah restoran kecil untuk makan tengahari.  Menu makanan nasi beriani dengan rempah ratus tempatan sangat menyelerakan.  Hal ini ditambah dengan perut yang sudah lapar.

Pemandu van sangat cekap memandu dijalan sempit dan agak licin.  Semasa mendaki pergunungan, jalan semakin sempit dan licin.  Salji kelihatan memutih dan sangat tebal di kiri kanak jalan.  Di kawasan hampir dengan hotel, van tidak mampu untuk mendaki di sebabkan jalan dipenuhi salji.  Kami terpaksa berjalan kaki mendaki ke hotel.  Hotel kami juga diselaputi salji tebal.  Pengalaman yang tak pernah dialami sebelum ini.

Pemandangan indah bersalji
Selepas sarapan,  kami di bawa dengan menaiki gondola ke kawasan pergunungan bersalji di Gulmarg.  Di sana kami ambil pakej untuk aktiviti beski dan menaiki jet ski.  Pengalaman pertama untuk berski.  Instruktur menunjukkan cara mengendalikan aktiviti ski.

Mereka sangat profesional dalam menunjuk ajar kemahiran asas ski.  Di samping itu kami juga berpeluang menaiki mesin jet ski.  Motor ini sangat stabil walau permukaan salji tidak rata dan berbukit.  Dapat juga merasai pengalaman memandu sendiri motor jet ski.

Pemandangan indah di sekitar tempat berski sangat indah.  Inilah bumi ciptaan Allah yang terbentang indah untuk dinikmati.  Inilah kekuasaan Allah dalam mencipta keindahan.

Baru belajar
Jet ski




Rakan-rakan
Gaya pro
Hotel Rosewood

Pekerja hotel

Aksi kumpulan

Hotel bersalji

Keliling salji




KESAN DOSA

  Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...