|
Keindahan muka bumi Pahalgam
(Imej Viator) |
|
Pokok epak tinggal ranting daa musim salji |
Perjalanan ke Pahalgam mengambil masa hampir dua jam dari Srinagar. Pemandangan alam sungguh menarik di sini. Tanah berbukit yang subur dipenuhi dengan tanaman epal. Epal merupakan hasil utama penduduk di sini. Kami sempat singgah sebentar di ladang epal dalam perjalanan ke Pahalgam. Malangnya ketika itu bukan musim epal berbuah. Musim sejuk.
Kami teruskan perjalananj dengan jalan sempit dan berliku. Pemandangan dengan jaluran sungai yang penting untuk pertanian di sini.
|
kosong |
Sampai di kemuncaknya, kami lihat kawasan lembah yang cantik. Terdapat pusat riadah dengan aktiviti berkuda sangat popular di sini. Kuda kami dipimpin oleh seorang yang mahir dalam selok belok perjalanan di lembah ini. Kami di bawa mendaki kawasan tinggi lagi curam. Keadaan agak bahaya kerana liputan salji yang tebal dengan salji yang mencair menjadikan laluan licin.
Kami semua tidak pernah menunggang kuda. Kali pertama dalam hidup. Tanpa diberikan taklimat cara menunggang kuda kami terus mendaki tanah tinggi bersalji. Hebat. Namun atas faktor denai licin dan jalan sempit, kuda yang ditunggang oleh dua rakan kami telah tergelincir dan rebah ke tanah. Nasib baik menyebelahi mereka kerana tidak terhantuk ke batu. Setelah ditegakkan kuda tersebut, perjalanan mendaki lorong curam bersalji tebal diteruskan. Perasaan cemas kami masih belum reda akibat kejadian kuda yang rebah tadi.
Sampai dipuncak, kami di hidangkan dengan pemandangan muka bumi yang sangat cantik. Liputan putih salji dan banjaran gunung yang membelakanginya menarik perhatian kami. Setelah berehat beberapa lama dan meminum secawan kopi, kami menunggang semula kuda tadi untuk telusuri lorong yang menjunam pula. Rasanya kemahiran menunggang kuda semakin dapat dikuasai ditambah dengan cabaran menuruni curam tidak sepayah mendaki curam. Mungkin kuda tidak perlukan daya yang kuat untuk bergerak. namun keadaan lorong yang licin menjadikan kami terlalu berhati-hati.
|
Add caption |
|
Kuda berlumpur akibat laluan becak akibat salji cair |
|
Selamat sampai ke akhir perjalanan. |
|
Muka bumi dipenuhi salji. |
|
Pemandangan latar belakang Pahalgam. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan