Ada orang anggap lupa itu satu penyakit. Memang ada banyak kajian yang dibuat tentang fenomena lupa. Dalam bidang pendidikan, isu ingatan dan lupaan dianggap penting. Dalam bidang psikologi pendidikan, ingatan dan luapaan itu merupakan aspek penting yang perlu dikuasai oleh guru pelatih. Guru perlu tahu faktor yang mempengaruhi ingatan dan lupaan anak muridnya. Maka selepas itu barulah mereka boleh memikirkan pula cara yang sesuai untuk atasi masalah tersebut.
Perbuatan pelupa sering juga dikaitkan dengan tahap upaya otak untuk memproses maklumat yang diterima. Maksudnya ialah upaya untuk ingat maklumat yang diterima otak tidak dapat diproses atau disaring untuk menetap dalam struktur ingatan. Kadangkala apabila kita membaca, banyak maklumat yang diperoleh ketika membaca berlangsung. Namun apabila masa berlalu, jumlah maklumat yang dibaca tadi semakin mengecil jumlahlahnya dalam ingatan. Boleh berlaku semua maklumat yang dibaca tidak dapat dingat langsung. Mungkin teks yang dibaca adalah bidang yang baru dibaca. Mungkin juga dia tak berminat langsung dengan topik yang dibaca. Pembaca pula tak beri perhatian semasa membaca.
Sama keadaannya jika kita mendengar sesuatu maklumat. Ketika sesi mendengar berlangsung, pendengar sering mengangguk mengiakan tanda faham maklumat yang didengar. Namun bila masa berlalu, maklumat yang didengar tadi sering tercicir entah ke mana. Sukar nak nyatakan semula apabila ada yang tanya, "apa isi khutbah Jumaat yang kamu dengar tadi", walaupun ia baru pulang dari solat Jumaat di masjid. Agaknya dia tertidur masa khatib baca khutbah!
Tak ada orang yang ingin jadi pelupa. Sama ada dia budak sekolah, pelajar universiti, pekerja bawahan, suri rumah, nelayan atau siapa sahaja, mereka tak mahu dikatakan pelupa. Ada ketikanya nak ingat nombor pendaftaran kereta pun boleh lupa. Sebabnya mungkin dia tak pernah hiraukan nombor keretanya kecuali ditanya. Yang lebih ekstrim lagi, lupa nombor telefon. Ini sering berlaku sebab no telefon siap tersimpan dalam ingatan telefon. Ada juga ketika lupa nama anak bila nak daftar di klinik. Sebabnya jarang panggil nama anak. Hanya cukup dengan kebiasaan dengan panggil along, angah dan sebagainya. Nampak macam buang masa saja nak pilih nama anak masa nak daftar dalam surat beranak. Ada juga ketika susah nak ingat jalan yang nak dituju. Tambahan pula jarang pula ikut jalan tersebut. Maka akan bertambah kalut lagi apabila jalan penuh dengan kereta. Ada macam-macam cerita lupa yang kadangkala melucukan. Mencari cermin mata, padahal dia sedang memakai cermin mata tersebut..Sebab apa terjadi maca itu?
Itu antara situasi lupa yang pernah saya alami. Apa cara nak atasi masalah lupa tersebut?
Cuba anda fikrkan dulu, dan akan dibincangkan tajuk ini dalam posting seterusnya..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...
-
Murid-murid sedang menjawab soalan peperiksaan. Dalam benak mereka ialah menjawab untuk lulus peperiksaan. Ada yang matlamatnya ialah ...
-
Dr Yahya Othman Pengenalan Mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif teru...
-
Sumber: Yahya Othman (2014). Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Dewan Bahasa . 14(5)...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan