26 Januri 2017: Setelah menjejakkan kaki di Auckland, kami terus ke motel penginapan. Dengan bilik yang selesa, kebanyakan hotel atau motel di sini tidak tinggi sifatnya. Mungkin untuk tujuan keselamatan jika berlaku gempa bumi. New Zealand sering dilanda gempa. Beberapa bulan sebelum kami ambil keputusan untuk ke sini, kejadian gempa juga telah berlaku. Mulanya kami rasa takut kerana terlintas di fikiran perkara buruk akan berlaku. Namun kami tawakal ke hadrat Allah dan mohon dilindungi.
KLIA |
Mengingatkat hal buruk ini, semasa di kaunter check in di KLIA, nama saya dikatakan tidak ada dalam senarai penumpang ke Auckland dalam penerbangan pagi itu. Overbook menurut pegawai di kaunter. Saya rasa tidak selesa sebab diberi pilihan agar menaiki penerbangan lain KLIA-Melbourne-Auckland. Namun setelah pegawai pemasaran MAS seselaikan masalah tersebut, akhirnya saya dan beberapa rakan yang lain diberikan tempat di kelas
bisnes. Berkat tahan dan sabar ujian Allah. Alhamdulillah.Dari Kelas Ekonomi ke Bisnes |
Masjid Auckland |
Cantiknya pokok daun kuning |
Berbalik kepada cerita di Auckland. Hari pertama kami melihat sekitar bandar Auckland. Singgah sebentar di sebuah restoran Arab bersebelahan masjid Auckland untuk sarapan. Selepas bergambar di depan masjid kami terus ke Hobbiton di Matamata. Di sini letaknya Hobbiton Movie set. Walaupun saya tak ingat sangat cerita The Hobbit, tapi hati saya jadi tertarik terutama apabila melalui jalan yang cantik pemandangannya.
Pemandangan sepanjang perjalanan ke Matamata |
Saya juga rasa tertarik untuk melihat kehebatan penerbit filem barat membikin filem bernilai USD 200-315 billion. Nilai kutipan berjumlah USD 1.05 billion!.
Filem berdasarkan novel fantasi kanak-kanak, teknologi yang digunakan tentu hebat.
Set rumah sebenar dalam filem |
Kagum bila melalui kawasan ternak biri-biri yag cantik pemandangan muka buminya seluas 1200 hektar. 12 hektar digunakan untuk set pengambaran. Set pengambaran kelihatan sederhana tetapi penuh dengan unsur fantasi dan kreatif. Kelihatan kawasan berbukit dengan beberapa tasik membiru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan