Mukadimah
Puasa pada bulan Ramadan merupakan salah satu rukun Islam yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar R.A, bahawa Nabi SAW bersabda :
بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالْحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ
Maksudnya: “Islam itu terbina atas lima perkara; Syahadah bahawasanya tiada tuhan (yang sebenarnya disembah) melainkan Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji dan puasa di bulan Ramadan”.
(Riwayat al-Bukhari)
Namun begitu, Islam memberi keringanan untuk berbuka kepada beberapa golongan yang tidak mampu melaksanakan ibadah puasa ini. Antaranya termasuklah orang yang sakit, bermusafir serta golongan wanita yang mengandung dan menyusukan bayi. Akan tetapi, mereka wajib menggantikan puasa tersebut pada hari yang lain bahkan ada yang perlu membayar fidyah.
Terdapat beberapa golongan yang diwajibkan membayar fidyah kerana tidak berpuasa pada bulan Ramadan termasuklah perempuan hamil dan yang menyusukan anak. Islam memberikan keringanan kepada mereka sama ada berbuka atau tidak berpuasa. Terdapat dalil umum dalam isu ini hadis daripada Anas bin Malik RA:
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلَاةِ، وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ، أَوِ الصِّيَامَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah meringankan daripada orang yang musafir dengan separuh solat dan meringankan daripada puasa bagi perempuan hamil dan menyusukan anaknya.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Baca huraian penuh di sini
Sumber:
Bayan Linnas, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: https://muftiwp.gov.my/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/5606-bayan-linnas-siri-ke-266-menjawab-dakwaan-tidak-perlu-qada-puasa-jika-telah-membayar-fidyah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan