Tidak dapat dinafikan Covid -19 memberi impak kepada kehidupan manusia seluruhnya. Impak yang ditanggung bukan hanya tertumpu kepada diri individu tetapi melangkaui sistem kehidupan dan kepercayaan. Norma kehidupan berubah. Hidup digarisi dengan peraturan dan SOP yang perlu dipatuhi. SOP dan PKP telah menjadi bahasa basahan ketika pandemik. Masyarakat berhadapan dengan PKP dengan senarai SOP yang kadangkala menyusahkan pergerakan. Namun, demi memastikan virus ini tidak menyerang kita, SOP perlu dipatuhi. Masyarakat didoktrinkan agar memutuskan rantaian virus ini menerusi SOP semasa PKP.
Impak yang paling nyata ialah melibatkan psikologi. Covid-19 telah mempengaruhi kehidupan manusia dengan ketara. Artikel yang ditulis oleh Dr. Firdaus Abdullah sangat membantu pemahaman tentang impak tersebut.