Definisi : (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain. Itulah maksud Merdeka dalam Kamus Dewan. Dalam konteks menyambut Hari Merdeka, maksud bebas daripada penjajahan. Namun, Malaysia sudah merdeka sejak 65 tahun yang lalu. Cukup lama. Umum juga sudah lupa sejarah penjajahan. Oleh itu, inti pati sambutan Merdeka lebih merujuk kepada Merdeka dari bergantung kepada orang lain.
Saya lahir tahun Malaysia merdeka. Bulan November. Tapi saya rasa bangga kerana lahir pada hari Merdeka. Dapat hidup dengan bebas di persekutuan.
Kebebasan yang dinikmati patut disyukuri. Umum bebas menyatakan pandangan dan perasaan. Namun, undang-undang masih melingkari kebebasan yang diberi. Jika kita langgar lingkaran kebebasan itu akan timbulkan keresahan dan boleh dipersoalkan. Maka tidak hairan jika dakwaan akan dibuat jika undang-undang dilanggar.
Merdeka bukan setakat sambutan kibar bendera dan berarak di Dataran Merdeka. Merdeka melangkaui bebas dari lingkaran syaitan kerana bebas dari syaitan menjadikan hidup lebih terpuji.
Maka kehidupan yang aman dinegara kita perlu dijaga dan tidak dipertikaikan kewujudannya.
MERDEKA MALAYSIA