Isnin, 20 November 2023
Sabtu, 18 November 2023
DERITA PALESTIN
Sejak tragedi serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Ogos, setiap hari kita disajikan dengan berita dan maklumat yang mengerikan. Ngeri dan simpati mendalam atas kekejaman rejim Israel terhadap orang awam Palestin. Gambar dengan berita kematian bayi dan orang awam yang tak berdosa.
Masyarakat dunia sepakat mengutuk dasar pembunuhan beramai-ramai penduduk Gaza. Namun tindakan tidak bertamadun ini disokong oleh Amerika Syarikat serta negara Eropah lain yang sokong Israel.
Hingga hari ini, Amerika Syarikat masih tidak menyokong usaha gencatan senjata. Mereka masih tidak ada perasaan belas terhadap kematian manusia tidak berdosa. Sokongan kepada Israel seakan menyokong dasar pembunuhan tanpa belas kasihan.
Desakan seluruh dunia tidak dipedulikan. Bom terus meledak di Gaza. Kematian terus meningkat. Bantuan kemahusiaan dikawal dan disekat. Hospital dan doktor syahid ketika bertugas.
Doa qunut nazilah terus diaminkan. Semoga Allah berikan ketabahan kepada penduduk Palestin dalam menghadapi kezaliman Israel.
Khusyuk dalam Solat: Keutamaan dalam Ibadah Seorang Mukmin
Khusyuk dalam solat merupakan elemen terpenting yanmenentukan kualiti ibadah seorang Muslim. Khusyuk membawa makna tumpuan sepenuhnya kepada...
-
Murid-murid sedang menjawab soalan peperiksaan. Dalam benak mereka ialah menjawab untuk lulus peperiksaan. Ada yang matlamatnya ialah ...
-
(Artikel untuk penerbitan Kompilasi Buku Kementerian Dalam Negeri 2018) ANALISIS DIALOG DALAM FILEM MELAYU Yahya Othman [1...
-
Dr Yahya Othman Pengenalan Mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif teru...