Sabtu, 12 Ogos 2023

GEDEBE SEBAGAI RESIPI POLITIK KELANTAN

Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, A Aziz Deraman, mengaitkan gedebe sebagai 'hanlan' atau 'andalan', iaitu istiqamah dalam perjuangan yang diyakini, menganjurkan kebaikan, berbakti dan berbudi.

Gedebe tidak seharusnya dilihat dalam konteks negatif semata-mata, tetapi juga positif, iaitu bermaksud orang hebat.

Bagi masyarakat Kelantan, gedebe tidak semestinya samseng, bengis dan kurang ajar seperti difahami sesetengah pihak. Gedebe adalah watak santun dan dihormati masyarakat setempat.

Bagi penduduk selatan Thailand terutamanya Narathiwat dan Yala, gedebe dikaitkan dengan seseorang yang rajin bekerja dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Ia juga dikaitkan dengan tok nebe yang bermaksud ketua atau penghulu di sesuatu kawasan.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Sumber: Gedebe sebagai resepi politik Kelantan di https://www.malaysiakini.com/news/675270


Jumaat, 11 Ogos 2023

MENANG KALAH PILIHAN RAYA


PRN 6 negeri serentak 12 Ogos, 29 Julai penamaan calon

Menang atau kalah adalah pasti dalam sesuatu pertandingan.  Dalam pilihan raya, parti yang bertanding akan dikira menang apabila jumlah kerusi yang dimenangi telah mencapai angka majoriti mudah.  Keputusan inilah yang ditunggu-tunggu selepas proses pengundian  PRN bagi enam negeri tamat pada 12 Ogos 2023.  

Pada hari terakhir berkempen parti gabungan pemerintah dan pembangkang telah menoktahkan janji yang akan ditunaikan seperti dalam manifesto yang dibentangkan.  Pengundi adalah penentu menang kalah parti-parti tersebut.  

Sebagai pemilih, pengundi seharusnya telah dapat menetapkan pari atau calon mana yang akan dipangkah.  Walaupun begitu, isu-isu panas pada saat akhir boleh memberi impak terhadap pilihan yang telah tersedia.  Faktor keliru dan tidak yakin dengan calon akibat maklumat akhir dari rakan atau orang sekeliling masih mampu mengubah pendirian.  Pengundi sedemikian sering dikelompokkan sebagai pengundi atas pagar.

Hal ini berbeza dengan pengundi tegar parti yang disertai.  Mereka selalunya telah bersedia untuk mengundi calon atau parti sejak dari mula lagi.  Mereka tidak mudah digula-gulakan.  

Namun pengumuman keputusan pilihan raya mampu menjadikan suasana tidak tenteram. Pengundi dan parti yang bertanding akan terus berusaha untuk menang.  Jika kalah mereka akan cuba menjadikan hatinya menang..


Selasa, 8 Ogos 2023

POLITIK DAN KUASA

 prn 2023

Selagi keputusan PRN bagi enam negeri pada 12 Ogos ini belum diumumkan, selagi itu kempen politik untuk berkuasa tidak akan tamat.  Namun adakah naratif atau perbincangan berkaitan politik akan tamat selepas itu? Jika dilihat trend pemikiran berpolitik kini diambil kira, trend itu tidak akan tamat begitu saja.  Konflik politik dalam meraih kuasa akan terus berlangsung.  Jika kerajaan dapat mempertahankan kuasa di negeri yang diperintah selama ini dan memenangi negeri lain, pemerintahan kerajaan pusat akan terus berlangsung.  

Namun pembangkang akan tetap teruskan asakannya demi mendapatkan kuasa yang diidamkan.  Jika pembangkang memenangi kesemua  negeripun, akan menjadikan situasi lebih panas.  Mereka akan menuntut kerajaan pusat menyerakan kuasanya.  Namun trend konflik sedemikian boleh mengancam kestabilan pemerintahan negara.

Tugas pembangkang kelihatan membangkang apa sahaja yang diusulkan kerajaan.  bangkang sahajaa asalkan pengundi dapat dirasionalkan.  Dalam usaha memancing hati pengundi, naratif yang diulang-ulang kelihatan mampu memenangi hati pengundi.  Tak kira sama ada pendengarnya ahli parti politik, yang bukan ahli parti politik pun akan mengiakannya.  Setuju dengan naratif yang dipersembahkan.  Perubahan pemikiran boleh berlaku kepada mereka yang berpendidikan.  Nampaknya kejayaan memenangi hati pengundi dapat ditawan jika usaha berterusan dalam bentuk perang saraf dilakukan tanpa lelah.  Akan ada mereka yang akan menukar penndirian dalam mengundi.

Lihat saja naratif isu "Islam terancam".  Dengan mengunakan ayat Quran dan hadis Nabi yang menyentuh isu ini akan dapat menawan hati pengundi.  Pengundi atas pagar sangat mudah dipengaruhi.  Mereka tiada pendirian jelas dalam sesuatu isu besar.  Hal ini ditambah dengan sogokan isu agama.  

Dalam korteks isu Islam terancam, Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, isu kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan kes Jill Ireland Lawrence Bill dijadikan modal oleh para pemimpin Pas yang kalimah Allah terancam sedangkan kesuciannya dipelihara oleh kerajaan. Menurut beliau, kehadiran DAP dalam Kerajaan Perpaduan juga dijadikan modal walaupun kerjasama antara parti politik di sesebuah negara adalah perkara yang digalakkan Islam atas dasar kebajikan bersama.

“Rentetan dari naratif ‘Islam terancam’, lahir pemikiran perjuangan Islam hanya didominasi oleh Pas. Dengan maksud tersirat perjuangan parti orang Islam yang lain bukanlah perjuangan Islam.“Dari situlah juga lahir ungkapan yang masyhur dahulu iaitu ‘ucapan kita adalah jihad, melawan puak-puak ini adalah jihad dan jika mati adalah mati Islam’,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Inilah hujahan politik dalam memenangi hadi pengundi yang dilihat tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang dibentangkan.  Setiap kali pilihanraya, naratif agama dilihat mampu mempengaruhi pengundi.  Fikirkanlah secara kritis sebelum memilih.

Isnin, 7 Ogos 2023

TRIP MOROCCO 23: CHEFCHAOUEN, BLUE CITY









 Chefchaouen dipanggil juga sebagai Blue City. Terletak berhampiran bandar Tangier. Bandar dengan team warna biru terletak di kawasan tanah tinggi. Untuk sampai ke puncak kami perlu naik teksi. Dalam sepuluh minit perjalanan.

Perkekitaran biru. Cuaca petang itu agak sejuk. Nyaman. Bandar yang agak traditional dengan pelbagai barangan dijual di sini. 

Kreativiti dengan warna biru mampu menarik pelancong ke sini. 

Selasa, 1 Ogos 2023

BAHASA POLITIK PILIHAN RAYA KINI

 PRN enam negeri catat sejarah tersendiri

Pilihan Raya Negeri bagi enam negeri di semenanjung akan berlangsung pada 12 Ogos 2023. Hari penamaan calon juga telah selesai.  Calon yang bertanding telah diketahui.  Dua gabungan parti utama yang akan bertanding ialah Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Apa yang nak capai dalam pilihanraya ini?  Tentulah masuk bertanding untuk menang.  Untuk menang setiap parti bersedia dengan alasan dengan strategi untuk memenangi hati pengundi.  Janji-janji pilihanraya akan berkumandang setiap hari semasa berkempen berlangsung.   Strategi untuk menjatuhkan lawan akan digunakan dengan pelbagai muslihat politik.  Bukan mudah untuk tawan hati pengundi untuk undi calon yang bertanding.  Masing-masing ada pelbagai perspektif dan persepsi semasa menilai calon bertanding.

Bahasa digunakan sebagai medium menyampaikan tawaran dalam kempen pilihanraya.  Menggunakan bahasa politik yang penuh taktikal penting dalam pertandingan ini.  Namun tawaran sahaja tidak memadai.  Semua yang ditawarkan sudah tentu akan disambut dengan bangkangan pihak lawan.  Isu yang dilihat lurus akan dikatakan bengkok.  Jika putih dikatakan hitam.  

Dalam hal ini, kebijakan pengundi memilih sangat penting.  Pengundi pula datang dari pelbagai kumpulan manusia.  Ada yang terima bulat-bulat isu yang diketengahkan.  Bagi pengundi baru yang tidak berparti sukar ditelah fikirannya. Bagi ahli parti, selalunya mereka adalah pengikut parti yang taat tanpa berfikiran kritis.  Ada pula yang berdiri atas pagar.  Kelompok ini juga susah nak diterjemahkan fikirannya.  

Dalam konteks PRN ini, bahasa politik dengan memainkan isu agama, bangsa dan raja dilihat telah dieksploitasi secara berleluasa.  Amalan memburukkan wajah tokoh politik lawan dijadikan ramuan mudah untuk hidangan pengundi.  Walaupun sempadan agama difahami kesannya jika amalan kotor ini digunakan, namun isu agama telah digunakan secara berleluasa untuk berkuasa.  Amalan demokrasi yang bebas untuk memilih telah juga tercemar dengan bahasa politik kesat.  Golongan agama dilihat menggunakan isu agama untuk menang. Takfiri menjadi senjata mudah untuk menikam musuh.  Isu kaum juga dilihat menajamkan lagi sengketa politik sejak akhir-akhir ini. 

Bahasa dengan gaya yang pelbagai untuk memenangi hati pengundi sudah tidak penting dalam kempen pilihanraya.  Gaya bahasa memujuk dengan berhikmah sukar ditemui.  Dengan gaya bahasa kasar yang menyakitkan telinga pula dilihat menarik ramai pendengar.  Bahasa politik kini tidak mengandung unsur kesederhanaan dalam komunikasi memujuk. Natijahnya ialah masyarakat akan menjadi semakin kusut akibat hidangan politik keterlaluan tanpa fikiran rasional.

Khamis, 27 Julai 2023

KEUTAMAAN PUASA 10 MUHARAM

 Ibn Abbas menyatakan dalam hadis yang antara lain maksudnya; kedatangan Nabi ke Madinah dapati orang Yahudi puasa 10 Muharam. Apa yg dilakukan orang Yahudi itu. Kata hari saat Allah selamatkan Bani Israel dari Firaun yang zalim. Rasulullah nyatakan orang Islam diminta lakukan puasa pada 10 Muharam. Hadis ini  riwayat Bukhari.

Hadis menegaskan syariat yang dibawa setiap Nabi bersumber dari kepatuhan yang sama. Risalah Allah yang sama. 

Nikmat Allah dengan pertolongan Allah adalah tunjukkan puncak syukur kepadanya. Tingkatkan ibadah dan amal soleh. Puasa Asyura adalah antara caranya.

Puasa Asyura dapat hapuskan dosa kecil setahun yang lalu. Ciri orang yang berpuasa ialah terhindar dari lakukan dosa kecil. Semoga Allah berikan taufik dalam melakukan ibadah yang hebat ini. 

Puasa Asyura pada 10 Muharam sangat baik jika dilaksanakan dengan puasa 9 Muharam. Boleh juga dilakukan selepas 10 Muharam. Ibadat ini dapat membezakan dengan puasa orang Yahudi.

Rabu, 26 Julai 2023

SEDEKAH TIDAK SEMESTI DENGAN HARTA

Hadis ke -25,  dalam hadis arbain An-Nawawi, sahabat yang miskin tidak berpeluang  bersedekah kerana miskin harta. Rasulullah menyatakan bahawa orang miskin bersedekah dengan ucapan tahlil, tasbih, tahmid, takbir adalah sedekah. Amat makruf nahi mungkar juga sedekah. 

Sedekah yang lain seperti berhubungan dengan isteri juga sedekah kerana melampiaskan syahwatnya kepada yang halal. Sedekah boleh berupa perkataan seperti dalam berzikir, perkataan yang baik. Berzikir untuk diri sendiri dikira sedekah. 

Itulah hakikat sedekah . Perbuatan yang beri kebaikan orang lain dapat manfaat sendiri atau orang lain. Mencakup perkataan atau perbuatan. Berikan sebahagian harta kepada orang lain. 

Sahabat yang tidak berharta tidak punya kelebihan dalam bersedekah. Ini dijelaskan oleh Rasullullah melalui hadis ini. 

Semoga kefahaman maksud hadis ini bermanfaat.


KESAN DOSA

  Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...