Isnin, 20 Januari 2025

FAEDAH MEMBACA DAN MENURUTI AL QURAN

Tafsir Ibn Kathir

An-Naml - 27:92


وَأَنۡ أَتۡلُوَاْ ٱلۡقُرۡءَانَۖ فَمَنِ ٱهۡتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهۡتَدِى لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن ضَلَّ فَقُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلۡمُنذِرِينَ


"Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Quran". Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Quran dan beramal dengannya) maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, maka katakanlah kepadanya: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi amaran".


Firman Allah Swt.:


Dan supaya aku membacakan Al-Qur'an. (An Naml:92)


kepada manusia dalam rangka menyampaikannya kepada mereka, sama dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya:


Demikianlah (kisah Isa), Kami membacakannya kepada kamu sebagian dari bukti-bukti (kerasulannya) dan (membacakan) Al-Quran yang penuh hikmah. (Ali Imran:58)


Dan firman Allah Swt.:


Kami membacakan kepadamu sebagian dari kisah Musa dan Fir’aun dengan benar. (Al Qashash:3), hingga akhir ayat.


Maksudnya, aku menyampaikan dan memperingatkan kepada kamu sekalian.


Maka barang siapa yang mendapat petunjuk, sesungguhnya ia hanyalah mendapat petunjuk untuk (kebaikan) dirinya, dan barang siapa yang sesat, maka katakanlah, "Sesungguhnya aku (ini) tidak lain hanyalah salah seorang pemberi peringatan.” (An Naml:92)


Yakni aku mempunyai suri teladan dari rasul-rasul terdahulu yang memberi­kan peringatan kepada kaumnya masing-masing dan menunaikan risalah Tuhannya kepada mereka, serta bersikap ikhlas dalam melayani mereka, sedangkan perhitungan umat mereka masing-masing berada di tangan Allah Swt. 


Semakna dengan apa yang disebutkan di dalam firman-Nya:


karena sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan saja, sedangkan Kamilah yang menghisab amalan mereka. (Ar'-Ra'd: 40)


Dan firman Allah Swt.:


Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan Allah Pemelihara segala sesuatu. (Huud:12)

Isnin, 18 November 2024

Khusyuk dalam Solat: Keutamaan dalam Ibadah Seorang Mukmin

Khusyuk dalam solat merupakan elemen terpenting yanmenentukan kualiti ibadah seorang Muslim. Khusyuk membawa makna tumpuan sepenuhnya kepada Allah SWT dengan hati, fikiran, dan perbuatan. Dalam surah al-Mu’minun ayat 1-2, Allah berfirman bahawa orang-orang yang berjaya adalah mereka yang khusyuk dalam solat mereka. Oleh itu, khusyuk bukan sahaja meningkatkan nilai solat tetapi juga menjadi tanda keimanan yang kukuh. Solat tanpa khusyuk mungkin sah dari sudut hukum, tetapi ia kurang memberi kesan mendalam dalam membentuk keperibadian dan mendekatkan diri kepada Allah.


Untuk mencapai khusyuk, persediaan sebelum solat sangat penting. Umat Islam digalakkan memperbaiki wuduk dengan sempurna dan memahami makna bacaan dalam solat. Pakaian yang bersih dan tempat solat yang tenang juga membantu menjauhkan gangguan luar yang boleh mengganggu konsentrasi. Selain itu, menjaga niat yang ikhlas adalah kunci utama. Apabila seorang Muslim menyedari bahawa dia sedang berdiri di hadapan Pencipta, perasaan rendah diri dan takzim akan muncul secara semula jadi, membantu mereka menumpukan perhatian.


Dalam solat, mengawal hati dan fikiran agar tidak melayang kepada urusan duniawi adalah cabaran utama untuk mencapai khusyuk. Fokus boleh dicapai dengan memahami setiap gerakan dan bacaan dalam solat. Umat Islam disarankan untuk belajar makna surah-surah pendek dan zikir yang dibaca agar solat tidak menjadi rutin semata-mata. Selain itu, teknik seperti memperlahankan pergerakan dan menumpukan pandangan pada tempat sujud dapat membantu mengekalkan perhatian sepanjang solat.


Manfaat khusyuk tidak terhad kepada solat sahaja, malah ia turut mempengaruhi kehidupan harian seorang Muslim. Mereka yang khusyuk dalam solat biasanya lebih tenang, sabar, dan bertanggungjawab dalam tindakan mereka. Solat yang khusyuk juga mendidik hati untuk lebih tawakal kepada Allah SWT. Kesannya, hubungan manusia dengan Pencipta menjadi lebih erat, sementara hubungan dengan sesama manusia menjadi lebih harmoni, kerana solat yang berkualiti membentuk peribadi yang mulia.


Kesimpulannya, khusyuk adalah elemen penting dalam memastikan solat berfungsi sebagai tiang agama yang kukuh dalam kehidupan seorang Muslim. Ia memerlukan usaha, latihan, dan keikhlasan yang berterusan. Walaupun sukar untuk mencapai khusyuk yang sempurna, setiap usaha ke arah itu adalah bentuk pengabdian kepada Allah yang sangat dihargai. Dengan memperbaiki khusyuk dalam solat, seorang Muslim bukan sahaja mendekatkan diri kepada Allah tetapi juga memperbaiki dirinya sebagai hamba dan khalifah di muka bumi.


Selasa, 8 Oktober 2024

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA





Al-Isra' - 17:23

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Tafsir Ibn Kathir

Allah Swt. memerintahkan (kepada hamba-hamba-Nya) untuk menyem­bah Dia semata, tiada sekutu bagi-Nya. Kata qada dalam ayat ini me­ngandung makna perintah.

Mujahid mengatakan sehubungan dengan mak­na firman-Nya, "Waqada" bahwa makna yang dimaksud ialah memerin­tahkan.

Hal yang sama dikatakan oleh Ubay ibnu Ka'b, Ibnu Mas'ud., dan Ad-Dahhak ibnu Muzahim, mereka mengartikannya, "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia."

Selanjutnya disebutkan perintah berbakti kepada kedua orang tua. Untuk itu Allah Swt. berfirman:

...dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu

Oleh itu, Allah memerintahkan kepadamu untuk berbuat baik kepada ibu bapakmu. Makna ayat ini sama dengan yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (Luqman:14)

Firman Allah Swt.:

Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan 'ah' kepada keduanya

Ertinya, janganlah kamu mengeluarkan kata-kata yang buruk kepada keduanya, sehingga kata 'ah' pun yang merupakan kata-kata buruk yang paling ringan tidak diperbolehkan.

Baca juga di sini


Ahad, 6 Oktober 2024

LANGIT BERGEGAR KETIKA KEMATIANNYA : SA'AD BIN MU'AZ


Beliau ialah Abu ‘Amr Sa‘ad bin Muaz bin al-Nu‘man bin Imri’ al-Qais bin Yazid bin ‘Abd al-Asyhal bin Jasym bin al-Harith bin al-Khazraj bin ‘Amr bin Malik bin al-Aus al-Ansari al-Ausi al-Asyhali al-Madani. Ibunya pula bernama Kabsyah binti Rafi‘, dan ibunya juga sempat bertemu dengan Nabi SAW. Sa‘ad telah memeluk Islam di tangan Mus‘ab bin ‘Umair R.A ketika Nabi SAW mengutusnya sebelum Baginda SAW berhijrah ke Madinah untuk mengajar umat Islam di sana perkara-perkara berkaitan agama mereka.

Apabila beliau memeluk agama Islam, beliau berkata kepada Bani ‘Abd al-Asyhal: “Percakapan lelaki dan perempuan kamu adalah haram bagiku sehinggalah kamu memeluk Islam.” Lalu mereka memeluk agama Islam. Beliau juga adalah antara orang yang paling diberkati dalam Islam. Beliau menyertai peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. 

Sa‘ad bin Muaz telah wafat pada tahun peperangan al-Khandaq disebabkan kecederaan yang dialami ketika peperangan tersebut. (Lihat Usd al-Ghabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, 2/461; Tahzib al-Asma’ Wa al-Lughat, 1/214-215).

Baca seterusnya di sini: https://dryahya.wordpress.com/2024/10/05/saad-bin-muaz/

Sumber: https://zulkiflialbakri.com/saad-bin-muaz-r-a/


Jumaat, 6 September 2024

BAHASA KESAT DAN AMALAN POLITIK MALAYSIA

 Mengapa berbahasa kesat? Apabila wujud konflik sering bahasa kesat digunakan. Perasaan tidaknpuas hati yang tidak terkawal Akan mengakibatkan luahan perasaan yang juga tidak dikawal. Bahasa kesat yang lahir untuk merendahkan individu yang dibenci. 

Penggunaan bahasa kesat banyak diucapkan dalam media politik.  Untuk tarik perhatian umum, ahli politik sering gunakan bahasa kesat untuk jatuhkan reputasi lawan.  Dalam kempen pilihanraya umpamanya, bahasa kesat dengan memberi gelaran yang buruk kepada lawan politik menjadi senjata murahan. Malangnya pengikut parti merasa selesa dengan situasi ini.

Dalam konteks perbahasan di parlimen, perdebatan menggunakan bahasa kesat sering ditegur oleh Speaker Dewan. Namun amalan ini terus menerus diamalkan sehingga orang awam memandang rendah kepada ahli parlimen. 

Apakah dengan bercakap kasar berbahasa kesat akan menjadi nomalisasi dalam komunikasi bangsa Malaysia?

Baca rencana ini


Rabu, 14 Ogos 2024

BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA

 Al-Isra' - 17:23


وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلًا كَرِيمًا


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).


Tafsir Ibn Kathir


Allah Swt. memerintahkan (kepada hamba-hamba-Nya) untuk menyem­bah Dia semata, tiada sekutu bagi-Nya. Kata qada dalam ayat ini me­ngandung makna perintah. 


Mujahid mengatakan sehubungan dengan mak­na firman-Nya, "Waqada" bahwa makna yang dimaksud ialah memerin­tahkan. 


Hal yang sama dikatakan oleh Ubay ibnu Ka'b, Ibnu Mas'ud., dan Ad-Dahhak ibnu Muzahim, mereka mengartikannya, "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia."


Selanjutnya disebutkan perintah berbakti kepada kedua orang tua. Untuk itu Allah Swt. berfirman:


...dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu.


Yakni Allah memerintahkan kepadamu untuk berbuat baik kepada ibu bapakmu. Makna ayat ini sama dengan yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:


Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (Luqman:14)


Firman Allah Swt.:


Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan 'ah' kepada keduanya


Artinya, janganlah kamu mengeluarkan kata-kata yang buruk kepada keduanya, sehingga kata 'ah' pun yang merupakan kata-kata buruk yang paling ringan tidak diperbolehkan.


dan janganlah kamu membentak mereka.


Yakni janganlah kamu bersikap buruk kepada keduanya, seperti apa yang dikatakan oleh Ata ibnu Abu Rabah sehubungan dengan makna firman-Nya:


...dan janganlah kamu membentak mereka.

Maksudnya, janganlah kamu menolakkan kedua tanganmu terhadap keduanya.


Setelah melarang mengeluarkan perkataan dan perbuatan buruk ter­hadap kedua orang tua, Allah memerintahkan untuk berbuat baik dan bertutur sapa yang baik kepada kedua. Untuk itu Allah Swt. berfirman:


...dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.


Yaitu bertutur sapa yang baik dan lemah lembutlah kepada keduanya, serta berlaku sopan santunlah kepada keduanya dengan perasaan penuh hormat dan memuliakannya.


Sabtu, 4 Mei 2024

PILIHANRAYA DAN KEBEBASAN BERSUARA

Tidak dapat dielakkan. Bila wakil rakyat meninggal dunia, kerusinya perlu diganti. Wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen (AP)atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) penting dalam menggubal undang-undang. Sekarang kempen pilihanraya kecil Kuala Kubu Baru sedang berlangsung dengan sengit. 

 Oleh itu amalan memilih wakil rakyat dalam pilihanraya adalah proses demokrasi yang perlu dilangsungkan dengan kesedaran yang mendalam.

Namun pelaksanaan pilihanraya di Malaysia sering dilihat tidak selari dengan idealisme demokrasi. Isu yang wujud ialah pertentangan antara parti politik yang bertanding yang keterlaluan. Dalam konteks Malaysia, isu sensitif berkaitan 3 R (Royal, Race, Religulous) dieksploit untuk pancing undi.

Implikasi yang wujud ialah tahap ketegangan antara kaum kandang-kala dilihat membahayakan keselamatan negara. Hal ini ditambah dengan penggunaan media sosial secara tidak terkawal. Kebebasan yang dituntut dilihat keterlaluan dan terus menerus menguasai fikiran rakyat. 

Apabila tuntutan kebebasan bersuara tidak dihadkan maka akan berlaku amalan  mencaci, memfitnah, membunuh karektor yang keterlaluan.

Sebagai rakyat yang diberi pilihan dalam memilih wakil rakyat, kebebasan tanpa had boleh merosakkan mas depan negara. Jika melihat kebaikan maka kebaikan itu perlu diterima. Nilai baik yang bersifat universal tidak boleh dipadamkan dengan cacian. Menolak sesuatu kebaikan  yang ditawarkan menggunakan kaedah berkempen yang keterlaluan bukan kebabasan yang dibenarkan. 

KESAN DOSA

  Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...