Selasa, 29 Julai 2008

Ungku Aziz dan BM untuk perpaduan

Profesor Diraja Ungku Aziz mencadangkan kerajaan melakukan beberapa perubahan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bagi mewujudkan perpaduan kaum di negara ini.

Beliau berkata perubahannya perlu merangkumi semua peringkat persekolahan termasuk di sekolah rendah hingga institut pengajian tinggi.

"Bahasa Melayu penting untuk mewujudkan perpaduan sementara bahasa Inggeris boleh digunakan untuk pembangunan ekonomi negara.

"Pada masa kini, usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui bahasa dilihat sebagai tidak begitu berjaya kerana berdasarkan kepada pemerhatian, kebanyakan pelajar di institusi pengajian tinggi masih belum sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu.

"Sistem pembelajaran adalah penting untuk wujudkan perpaduan negara.

"Saya rasa perpaduan negara melalui sistem ini masih tidak begitu berjaya," katanya ketika menyampaikan ucap utama pada Seminar Permuafakatan Kementerian Pengajian Tinggi Bersama Kementerian Pelajaran di Universiti Putra Malaysia hari ini.

Menurut Bernama, Ungku Aziz berkata kementerian berkaitan perlu menyediakan satu agihan sistem pelajaran supaya pelajar dapat mempelajari bahasa Melayu bermula daripada peringkat yang mudah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

"Maknanya pelajar boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik, tidak rojak dan tidak telo. Kalau kita ada sistem pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang betul, kita boleh lahirkan pelajar yang baik serta mewujudkan perpaduan kaum," katanya.

Isu bahasa untuk tujuan perpaduan telah lama diperkatakan terutamanya di dalam Laporan Razak 1956;Menurut Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak), tujuan pendidikan kebangsaan ialah:

“…menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur.”

Persoalannya ialah adakah hal ini disebabkan BM yang tidak mampu menyatukan bangsa atau pelaksanaan dasar yang menjadikan tujuan tersebut tidak tercapai?

Isnin, 28 Julai 2008

Profil Membaca Rakyat Malaysia



Hasil Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996 (Perpustakaan Negara Malaysia, 2006), data yang diperoleh dinyatakan seperti di bawah;
  1. Kadar celik huruf rakyat Malaysia 93%.
  2. Kadar amalan tabiat membaca 87%.
  3. Penduduk berumur 10 tahun ke atas adalah celik huruf.
  4. Kadar celik huruf bagi lelaki 96% sementara wanita 90%.
  5. Kadar celik huruf di bandar 95% sementara di desa 91%.
  6. Kebolehan kanak-kanak berumur 5 hingga 9 tahun membaca dalam bahasa utama ialah:
    Bahasa Melayu – 57%, Mandarin – 11%, Bahasa Inggeris – 5%, Tamil – 3% dan Jawi – 3%.
  7. Faktor utama mempengaruhi tahap kebolehan membaca di peringkat kanak-kanak adalah faktor pendapatan keluarga. Kanak-kanak dari golongan berpendapatan tinggi mula membaca pada peringkat lebih awal berbanding dengan kanak-kanak dari golongan berpendapatan rendah.
  8. Hanya 29% rakyat Malaysia menggunakan perpustakaan.
  9. 22% mempertingkatkan bacaan melalui media TV/Video.
10. 12% rakyat Malaysia boleh menggunakan komputer (PC).

Rabu, 16 Julai 2008

Kritikan terhadap liberalisme

Kajian menunjukkan setiap aliran falsafah barat mempunyai kecederungan yang tinggi untuk membebaskan manusia dari dogma dan kepercayaan agama. Kesanya mendapati falsafah humanisme dan liberalisme ini akan menjadikan manusia tidak bertanggungjawab kepada sesiapapun. Manakala Islam pula tidak memberikan manusia kebebasan mutlak. Dalam agama Islam, setiap yang dimiliki oleh manusia adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan. Manusia tidak bebas melakukan apa yang diingininya dan kebebasan manusia terbatas kepada perkara yang menghasilkan kebaikan sama ada pada dirinya atau pada orang lain.

Yusuf Qardawi dalam menolak teori moral Barat menjelaskan konsep kebebasan yang dicanangkan oleh Barat adalah mengelirukan. Kebebasan manusia tidak boleh melangkau batasan nilai murni. Menurutnya, Sistem kemasyarakatan seharusnya mengangkat martabat manusia bukannya menolong supaya jatuh dalam lembah kehinaan dan kebinatangan

Ahad, 22 Jun 2008

Pemikiran Jeram Besu





Memikirkan tentang aspek falsafah dan konsep aktiviti yang telah dijalankan bukanlan perkara yang mudah. Kesukaran itu bertambah jika diminta menyatakannya dengan secara berstruktur dan terencana. Itulah yang dialami selama empat hari yang lalu (18 - 21 Jun) dalam sesi latihan berasaskan Corporate war game yang bertujuan untuk meningkatkan lagi pembinaan pasukan dalam kalangan ahli fakulti. Program tersebut dijalankan di sebuah kem latihan di Jeram Besu, Raub, Pahang.

Sejak awal lagi, pemikiran terhadap pelaksanaan dan kesan yang akan diperoleh dari program ini sentiasa diambil kira. Masa, tenaga fizikal dan mental serta kesusahan yang akan dialami bermain dalam fikiran. Rakaman dalam bentuk penulisan ini dibuat bagi memantapkan lagi kandungan aktiviti yang diberikan. Penulis beranggapan secara positif bahawa segala yang dirancang tentu mengandungi matlamat yang perlu dipenuhi.

Aktiviti yang dijalankan kebanyakannya memerlukan perserta berfikir dan bertindak bagi menyelesaikan tugasan yang ditetapkan oleh fasilitator. Yang penting peserta mengembleng tenaga untuk selesaikan tugasan tersebut dengan melakukan perbincangan antara ahli pasukan. sumber untuk menyudahkan tugasan tersebut disediakan tetapi perlu dibayar dengan nilai telah ditetapkan. Matawang yang digunakan ialah damra. perkara menarik di sini ialah falsafah yang perlu dipegang oleh ahli dalam menjayakan tugasan. tanpa perancangan yang tepat besar kemungkinan tugasan yang diberikan akan lambat disiapkan atau wang yang didiagihkan semakin merosot!

Banyak perkara menarik yang boleh disentuh berasaskan aktiviti yang dijalankan yang berkaiatan dengan perjalanan organisasi. Pemikiran yang wujud di sini ialah bila mengurus atau mentadbir organisasi, perancangan yang melibatkan penggunaan sumber yang ada dipersekitaran perlu difikirkan. Dengan ada wang, bukan bererti perlu digunakan dengan sewenang-wenangnya. Sumber tenaga manusia pula perlu diurus dengan sistematik. Jika tidak, akan berlaku pembaziran terutama jika pegawai tidak mengetahui peranan yang diberikan. Untuk berjaya juga, ketua perlu mahir mengoptimumkan sumber di samping strategi yang berkesan. Ini termasuklah mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi secara berkesan, tidak terlalu rigid dalam membuat keputusan tanpa memikirkan kesan kepada anggota organisasi.

Tidak mudah untuk mentadbir sebuah organisasi yang di dalamnya terhimpun anggotan pelbagai ragam. Mungkin sebelum mentadbir, ahli yang berada di luar lingkungan akan menganggap kemelut dalam organisasi mudah diungkai. Tetapi jika peranan tersebut diberikan kepada seseorang, mungkin ia akan mula melakukan tindakan yang sebelum ini dianggap tidak sesuai dilakukan. Sebagai contoh, untuk melakukan keadilan, ketua perlu mengambil kira sebanyak mungkin pertimbangan yang tidak akan menjadfikan ahli tidak tersisih dari arus perdana organisasi. Dalam hal ini, keadilan menurut Majid Khadduri (1994) dalam bukunya "Konsep Keadilan dalam Islam" dengan merujuk surat oleh Khalifah 'Abd. al-Malik sebagai jawapan kepada erti 'adl adalah;

1. adil dalam membuat keputusan,
2. adil dalam pengucapan,
3. adil dalam keselamatan, dan
4. adil dalam menyamakan sifat Allah.

Di samping adil, ketua perlu memahami keperluan ahli sama ada dari segi fizikal serta emosinya. Berdasarkan aktiviti yang dijalankan, ketua perlu memikirkan kekuatan dan kelemahan ahlinya. Berikan tugas yang sesuai dengan kemampuannya. Jika tidak, akan wujud sifat rendah diri dan dipinggirkan dalam kelompoknya. Walaupun idea yang diberikan tidak sehebat mana, tetapi penghargan dan pujian perlu diberikan.

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...