Surah Luqman, ayat 33-34;
Untuk renungan; Bahawa janji Allah kepada umatnya tentang kematian dan hari akhirat adalah jelas. Setelah sarat isi kehidupan dengan dunia, elok juga fahamkan betul-betul ayat Allah di bawah yang mengingatkan kita dengan alam akhirat. Mudah maksudnya untuk difahami..kecuali bagi yang tak nak faham..
"Wahai manusia! Bertakwalah kepada Rab (Tuhan) kamu, dan takutlah suatu hari yang seorang bapa tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat menolong bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan janganlah kamu diperdayakan terhadap Allah oleh yang memperdayakan.
Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya (Allah) sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui apa yang dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang akan diusahakannya besok, dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Khabir (Maha Mengerti/Mengenal)."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...
-
Murid-murid sedang menjawab soalan peperiksaan. Dalam benak mereka ialah menjawab untuk lulus peperiksaan. Ada yang matlamatnya ialah ...
-
Dr Yahya Othman Pengenalan Mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif teru...
-
Sumber: Yahya Othman (2014). Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Dewan Bahasa . 14(5)...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan