Pada 17/12 yang lalu diadakan majlis menandatangani MoA antara penulis Brunei dengan pihak DBP Brunei. Saya adalah salah seorang daripada 14 penulis yang terlibat. Buku tersebut akan diterbitkan dan dilancarkan semasa pesta buku Brunei 2013. Tajuk buku saya ialah Koleksi Penyelidikan dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Di dalamnya terkandung himpunan tulisan artikel yang menyentuh penyelidikan pendidkkan BM yang diharapkan amat berguna sebagai rujukan kepada guru serta penyelidik bidang tersebut.
Pada saya, buku tersebut sangat tinggi nilainyabkepada saya kerana pada 19/12 saya akan menamatkan kontrak perkhidmatan dengan Universiti Brunei Darussalam. Setelah berkhidmat selama 4 tahun, sumbangan saya dalam meningkatkan khazanah ilmu pendidikan bahasa Melayu di Brunei akhirnya tercapai.
Berita tentang majlis tersebut tersiar di dalam tiga akhbar utama di Brunei. Baca berita dan tengok gambar saya di sini, di sini juga.
Jumaat, 21 Disember 2012
Khamis, 13 Disember 2012
PERPISAHAN DI BRUNEI
Bersama-sama dgn pensyarah Pendidikan BM |
kek boleh makan sempena perpisahan |
Gambar sekitar majlis perpisahan saya dengan pelajar MEd (Pendidikan BM) UBD dan pensyarah-pensyarah Kumpulan Akademik Pendidikan Bahasa dan Literasi. Setelah 4 tahun di UBD, maka pada 19/12/12 saya menamatkan khidmat di sana. Alhamdulillah dan terima kasih BRUNEI DARUSSALAM
Dgn Raini dan Suzanne |
Yusri, Hidayah dan Hasibah |
Suzanne, Raini, dan Hjh Rashidaj |
liliyana dan Masmuliyani |
Noradidah, pensyarah LLE dgn isteri saya |
gaya-gaya |
Faizah dan Sutinah |
macam-macam gaya |
hadian kepada Sutinah |
Pg Hjh Rohaniah sampaikan hadian, jamuan LLE AG |
selepas jamuan |
semua pelajar MEd, 16 orang |
bergambar di depan perpustakaan |
KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KARANGAN ARGUMENTATIF DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH ARAB DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Azmey Othman
Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk menilai
keberkesanan penggunaan peta minda terhadap pencapaian penulisan karangan
argumentatif para murid di salah sebuah sekolah menengah Arab Negara Brunei
Darussalam. Kajian kuasi eksperimen ini dilakukan ke atas murid menengah Tahun
10.Seramai 22 orang murid dijadikan sampel kajian bagi kumpulan eksperimen dan
21 orang murid lagi dijadikan sampel bagi kumpulan kawalan. Melalui sesi
pengajaran dan pembelajaran, murid dalam kumpulan eksperimen diberikan rawatan
menggunakan peta minda. Data diperoleh daripada pra dan pasca ujian serta temu bual murid. Data dianalisis menggunakan ujian-t dan analisis
Kovarians (ANCOVA). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan terhadap penulisan karangan argumentatif bagi sampel kumpulan
eksperimen dalam pra dan pasca ujian dengan nilai t = -11.346, p < 0.05.Di
samping itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap penguasaan ketiga-tiga sub kemahiran penulisan karangan dalam pasca
ujian antara sampel kumpulan eksperimen dan sampel kumpulan kawalan. Tiga sub
kemahiran tersebut ialah penguasaan aspek isi (nilai t = -8.100, p < 0.05),
bahasa (nilai t = -7.512, p < 0.05) dan juga teknik (nilai-t = -3.858, P
< 0.005) penulisan karangan. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan
strategi peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran berjaya meningkatkan
pencapaian penulisan karangan argumentatif murid.
Kata kunci: Karangan argumentatif, peta minda,
kemahiran menulis, kajian kuasi
Langgan:
Catatan (Atom)
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Al-Isra' - 17:23 ÙˆَÙ‚َضَÙ‰ٰ رَبُّÙƒَ Ø£َÙ„َّا تَعۡبُدُÙˆٓاْ Ø¥ِÙ„َّØ¢ Ø¥ِÙŠَّاهُ ÙˆَبِٱلۡÙˆَٰÙ„ِدَÙŠۡÙ†ِ Ø¥ِØۡسَٰÙ†ًاۚ Ø¥ِÙ…َّا ÙŠَبۡÙ„ُغَÙ†َّ عِندَÙƒ...
-
Murid-murid sedang menjawab soalan peperiksaan. Dalam benak mereka ialah menjawab untuk lulus peperiksaan. Ada yang matlamatnya ialah ...
-
Dr Yahya Othman Pengenalan Mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif teru...
-
Sumber: Yahya Othman (2014). Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Dewan Bahasa . 14(5)...