Oleh: Dr Muhammad Hariyadi, MA
Rasulullah SAW menjalankan misi kenabian selama 23 tahun, 10 tahun di Makkah dan 13 tahun di Madinah.
Misi tersebut dijalankan Rasulullah dengan sukses disertai rida Allah SWT, sehingga pada penutup wahyu-Nya, Allah SWT berfirman: "Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku ridai Islam sebagai agamamu." (QS. Al-Maidah: 3).
Dr Muhammad Basam Al-Zein Dalam karyanya "Muhammad Rasulullah" membagi misi kenabian Muhammad SAW dalam tiga bagian.
Pertama, pembacaan ayat-ayat Alquran. Pembacaan di sini berarti bahwa Allah SWT mengajarkan pembacaan dan makna Alquran kepada Muhammad melalui Jibril AS lengkap dengan pengucapan makhraj huruf, tajwid, urutan dan sistem aturan di dalamnya (QS. Ar-Rahman: 1-2).
Kemudian pengajaran di sini juga berarti bahwa Rasulullah SAW lalu mengajarkan Alquran kepada para sahabatnya, para sahabat mengajarkan kepada para tabiin, para tabiin mengajarkan kepada tabiit-tabiin, dan begitu seterusnya hingga pada generasi Alquran terakhir hari kiamat nanti.
Allah SWT berfirman, "Dan Alquran (Kami turunkan) berangsur-angsur agar engkau (Muhammad) membacakannya kepada manusia perlahan-lahan dan Kami menurunkannya secara bertahap." (QS. Al-Isra': 106).
Kedua, penyucian jiwa. Rasulullah SAW telah melakukan penyucian jiwa orang-orang terdekat dan para sahabatnya dengan cara menanamkan dan menumbuhkan keimanan di dalam hati mereka; mengalahkan hawa nafsu mereka; mendidiknya agar sesuai dengan petunjuk Alquran; konsisten dalam keimanan dan takwa; serta berlaku ihsan dalam setiap perbuatan, sehingga ciri khas keberhasilan dari proses penyucian jiwa tersebut adalah menemukan manisnya keimanan.
Rasulullah SAW bersabda, "Tiga perkara yang jika terdapat pada diri seseorang maka ia akan mendapatkan manisnya keimanan: Pertama, Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selain keduanya; Kedua, cinta seseorang semata-mata karena Allah; Ketiga, benci kembali dalam kekufuran sebagaimana benci dilemparkan ke neraka." (HR. Bukhari).
Ketiga, pengajaran Alquran, as-sunnah dan al-hikmah. Rasulullah SAW telah mengajarkan ketiga ilmu tersebut kepada para sahabat dan mereka mengajarkan kepada generasi ke generasi hingga saat ini bahkan sampai hari kiamat nanti.
Pengajaran ketiga ilmu tersebut merupakan warisan Rasulullah SAW sebagaimana komentar Abu Hurairah RA pada saat melihat sebagian kaum shalat di masjid, sebagian yang lain membaca Alquran, sebagian lagi belajar halal-haram, lalu Abu Hurairah berkata, "Semua itu adalah warisan Muhammad SAW." (HR. Tabrani dengan sanad hasan).
Ketiga misi kenabian tersebut tidak lain merupakan pengabulan Allah SWT atas doa Nabi Ibrahim AS. Allah SWT berfirman: "Sungguh, Allah telah memberi karunia kepada orang-orang beriman ketika (Allah) mengutus seorang Rasul (Muhammad) di tengah-tengah mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya, menyucikan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Kitab (Alquran), dan hikmah (sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata." (QS. Ali-Imran: 164). Wallahu a'lam.
http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/hikmah/13/01/12/mgiole-tiga-misi-risalah-kenabian
Selasa, 15 Januari 2013
Khamis, 10 Januari 2013
mengapa LUPA?
Ada orang anggap lupa itu satu penyakit. Memang ada banyak kajian yang dibuat tentang fenomena lupa. Dalam bidang pendidikan, isu ingatan dan lupaan dianggap penting. Dalam bidang psikologi pendidikan, ingatan dan luapaan itu merupakan aspek penting yang perlu dikuasai oleh guru pelatih. Guru perlu tahu faktor yang mempengaruhi ingatan dan lupaan anak muridnya. Maka selepas itu barulah mereka boleh memikirkan pula cara yang sesuai untuk atasi masalah tersebut.
Perbuatan pelupa sering juga dikaitkan dengan tahap upaya otak untuk memproses maklumat yang diterima. Maksudnya ialah upaya untuk ingat maklumat yang diterima otak tidak dapat diproses atau disaring untuk menetap dalam struktur ingatan. Kadangkala apabila kita membaca, banyak maklumat yang diperoleh ketika membaca berlangsung. Namun apabila masa berlalu, jumlah maklumat yang dibaca tadi semakin mengecil jumlahlahnya dalam ingatan. Boleh berlaku semua maklumat yang dibaca tidak dapat dingat langsung. Mungkin teks yang dibaca adalah bidang yang baru dibaca. Mungkin juga dia tak berminat langsung dengan topik yang dibaca. Pembaca pula tak beri perhatian semasa membaca.
Sama keadaannya jika kita mendengar sesuatu maklumat. Ketika sesi mendengar berlangsung, pendengar sering mengangguk mengiakan tanda faham maklumat yang didengar. Namun bila masa berlalu, maklumat yang didengar tadi sering tercicir entah ke mana. Sukar nak nyatakan semula apabila ada yang tanya, "apa isi khutbah Jumaat yang kamu dengar tadi", walaupun ia baru pulang dari solat Jumaat di masjid. Agaknya dia tertidur masa khatib baca khutbah!
Tak ada orang yang ingin jadi pelupa. Sama ada dia budak sekolah, pelajar universiti, pekerja bawahan, suri rumah, nelayan atau siapa sahaja, mereka tak mahu dikatakan pelupa. Ada ketikanya nak ingat nombor pendaftaran kereta pun boleh lupa. Sebabnya mungkin dia tak pernah hiraukan nombor keretanya kecuali ditanya. Yang lebih ekstrim lagi, lupa nombor telefon. Ini sering berlaku sebab no telefon siap tersimpan dalam ingatan telefon. Ada juga ketika lupa nama anak bila nak daftar di klinik. Sebabnya jarang panggil nama anak. Hanya cukup dengan kebiasaan dengan panggil along, angah dan sebagainya. Nampak macam buang masa saja nak pilih nama anak masa nak daftar dalam surat beranak. Ada juga ketika susah nak ingat jalan yang nak dituju. Tambahan pula jarang pula ikut jalan tersebut. Maka akan bertambah kalut lagi apabila jalan penuh dengan kereta. Ada macam-macam cerita lupa yang kadangkala melucukan. Mencari cermin mata, padahal dia sedang memakai cermin mata tersebut..Sebab apa terjadi maca itu?
Itu antara situasi lupa yang pernah saya alami. Apa cara nak atasi masalah lupa tersebut?
Cuba anda fikrkan dulu, dan akan dibincangkan tajuk ini dalam posting seterusnya..

Rabu, 2 Januari 2013
Guru BI dari India
Hasrat bawa masuk guru dari India perlu ditelitiTeo Kok Seongrencanabh@bharian.com.my 2012/12/29
Tenaga pendidik negara asal bahasa Inggeris lebih efektif Cadangan untuk mengambil guru Bahasa Inggeris dari India, bagi mengatasi kemerosotan berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar kita, tidak dapat dinafikan adalah hasrat murni. Bagaimanapun, ia perlu diteliti sehemat yang mungkin sebelum dilaksanakan. Meskipun bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi bersama di India sejak 1967, dan berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai bahasa penting dalam sistem perundangan, pentadbiran kerajaan, pendidikan menengah dan pengajian tinggi, angkatan tentera, media, perdagangan dan lain-lain lagi, ia adalah bahasa pinjaman yang dikenakan kepada rakyat India melalui proses penjajahan. Bukan bahasa peribumi Justeru, peminjaman bahasa Inggeris yang kini dituturkan sepertiga penduduk India adalah bukan bahasa peribumi. Dengan ini, akar umbinya berada di tempat lain, iaitu Great Britain atau United Kingdom. Sehubungan ini, United Kingdom bersama-sama dengan Ireland, Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand adalah tapak tradisional bahasa Inggeris. India dan lain-lain, seperti Singapura hanya tempat tersebar dan bertapaknya bahasa Inggeris secara dominan melalui penjajahan British. Ini berlaku apabila bahasa Inggeris terus didukung dalam pelbagai institusi kebangsaan negara ini, walaupun sudah terlepas daripada belenggu penjajah. Bahasa Inggeris tetap penting Malaysia walaupun dijajah oleh British, tidak menggunakan bahasa Inggeris secara dominan dalam institusi kebangsaannya selepas memperoleh kemerdekaan. Sebaliknya kita memilih bahasa Melayu sebagai bahasa negara untuk mendukung kedua-dua fungsi sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Dengan ini, bahasa Melayu adalah asas kemerdekaan kita. Walaupun begitu, kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa penting, tidak pernah dipandang enteng dan ia adalah bahasa utama kedua di negara ini. Dalam konteks memperoleh bantuan untuk mempertingkat kecekapan berbahasa Inggeris bagi anak bangsa, kita perlu mendapat tenaga pendidik dan yang berkaitan lain dengan pendidikan bahasa Inggeris, dari negara yang merupakan tapak tradisional di mana bahasa Inggeris adalah bahasa perdana di sana. Oleh itu, India bukan tempatnya. Tindakan kita mendapat khidmat dari Amerika Syarikat melalui Program Sarjana Fullbright dalam bentuk guru pakar dan pembantu yang adalah penutur jati bahasa Inggeris, adalah langkah betul. Cadangan untuk menghidupkan semula Program Peace Corps yang popular pada 1960-an, agar sukarelawan Amerika Syarikat dapat ditempatkan di Malaysia, untuk antaranya mengajar bahasa Inggeris, adalah juga jalan yang baik. Walaupun penjajah British yang berjaya menyebarkan bahasa Inggeris pada akhir abad ke-19, Amerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi besar pada abad ke-20 bertanggungjawab meletakkan bahasa Inggeris pada tempatnya sekarang sebagai bahasa dunia terpenting. Ragam bahasa Inggeris India Dengan status sebagai bahasa dunia, bahasa Inggeris kini terdiri daripada beberapa ragam yang distingtif, yang kadangkala boleh menimbulkan masalah kefahaman, sekalipun dengan ragam Amerika dan British yang boleh dikira sudah mantap. Dalam hal ini, bahasa Inggeris India meskipun ragam standardnya, adalah satu lagi ragam yang tidak dapat dinafikan banyak dipengaruhi budaya setempat dengan pelbagai aspek peradaban di seluruh benua itu, selain pelbagai ciri kenahuan unik. |
Langgan:
Catatan (Atom)
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...
-
Murid-murid sedang menjawab soalan peperiksaan. Dalam benak mereka ialah menjawab untuk lulus peperiksaan. Ada yang matlamatnya ialah ...
-
Dr Yahya Othman Pengenalan Mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif teru...
-
Sumber: Yahya Othman (2014). Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Dewan Bahasa . 14(5)...