Menulis adalah rutin harian. Setiap hari saya akan menulis. Tak kira segala jenis aktiviti yang perlukan kemahiran yang terlalu lama wujud bersama tamadun manusia duniawi. Apa saja yang terlintas dalam fikiran akan ditulis terutama bagi penulis yang aktif. Namun untuk memulakan usaha menulis memerlukan kekuatan. Kekuatan dalaman sangat kuat pengaruhnya untuk menjadi penggerak usaha ini.
Dalam hal ini, menulis dalam blog juga ada pasang surutnya. Sesekali agak keras jari jemari mengetuk key board komputer. Setelah hampir dua tahun bertugas di UKM, baru sekarang teringin untuk membuka semula blog yang pernah bangunkan dulu. Sudah hampir 45 ribu pengunjung blog ini. Statistik pengunjung menggambarkan ramai yang mendapatkan bahan pendidikan Bahasa Melayu di dalam blog ini.
Untuk tujuan itu, saya akan berusaha untuk menulis kembali bagi membantu pendidik dan pengkaji bidang bahasa Melayu untuk menambahkan bahan rujukan. Sebenarnya, bahan-bahan yang ada di sini hanyalah sedikit berbanding rujukan yang terdapat di luar sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan