Sesampai kami ke KLIA, dua orang anak beserta cucu telah sedia menunggu. Setelah semua urusan bagasi telah diseselaikan, saya terus mengerjakan solat Maghrib dan Isyak yang masih belum tertunai. selepas solat saya terus lakukan sujud syukur kerana telah selamat samapi dari percutian ke Eropah selama 21 hari.
Terasa seperti baru merancang program percutian ini dengan Sazli, Yazid dan Nik serta isteri masing-masing. seawal bulan Mac 2014 kami telah mula berbincang bagi nejyakan hasrat tersebut. kami juga sering adakan perbincangan tak rasmi di rumah Sazli bagi memastikan rancangan ini dapat dijayakan.
Walaupun untuk menjayakannya perlukan banyak wang yang perlu diperuntukkan, namun berkat usaha dan keinginginan untuk meluaskan pandangan dan penaglaman semua itu dapat disediakan. kami beranggapan usaha ini agak sukar juga sebab jangka waktu yang terlalu lama dan negara yang ingin dilawati juga agak banyak. Selain itu, kami juga berbincang bersama untuk menyediakan bekalan makanan seperti paket beras/nasi Brahim dan ni Maggi. di samping itu, yang penting untuk disediakan bagi yang mengidap penyakit ialah sediakan ubat yang cukup selama di sana nanti. bagi memastikan kami dilindungi, maka Nazir telah menyediakan skim insuran khas untuk pengembara. ke luar negara.
Bagi mendapatkan maklumat terkini sebelum berangkat kqami juga telah meminta Micheal Chang sebagai pengendali lawatan memberikan taklimat akhir dan menyerahkan dokumen dan buku program.
Maka setelah semuanya telah disediakan, tarikh yang dinantikan akhirnya tiba juga iaitu 27 November hingga 16 Disember. Kami menaiki pesawat Emirate ke London. Destinasi pertama eksplorasi kami ialah London. Di sini kami sempat menikmati pandangan di kota ini selama tiga malam. Aktiviti tertumpu kepada program menekmati kotaraya London menaiki Big Bus hop on hop off. Sempat juga bersiar-siar ke Trafalgar square dan menaiki Cruise menyusuru Sungai Thames dalam suasana suhu sejuk di bawah 10 darjah C. Di samping sesi Big Bus, tak lupa juga menemani mereka shopping di Oxford Street..
|
Sedang tunggu Big Bus |
|
Berbincang mana nak pergi di London ni.. |
|
YM dan Normah bergaya atas River Cruise |
|
Dalam Cruise |
|
Gambar wajib di London |
|
London Eye kat belakang tu |
|
Dean Tower of London |
|
Naik Big Bus London. Seronok juga duduk atas atap bas sambil nikmati pemandangan kota London. Walaupun cuaca yang amat sejuk, peluang terhad ini sangat berharga. |
|
Membelakangi jambatan di Sungai Thames. Naiki Cruise yang ada dalam pakej Big Bus. |
|
Bangunan bersejarah di sekitar London |
|
Gambar ni mesti ambil jika lawat London |
|
Trafalgar Square London |
|
Pondok Telefon ni pun penting untuk dirakam |
|
Menunggu pasangan masing-masing sedang beli belah di Harrod. Minum kopi nyaman masa cuasa sejuk |
|
Naik Cruise Sg Thames |
|
Masih dalam Cruise |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan