Kami berada di Paris pada Ahad 13 hingga 14 November 2014.
Meneroka kota Paris memang diimpikan sejak lama dulu. Kota tersebut hanya dapat dilihat melalui gambar di media massa saja. Sekarang dah dapat tengok dengan mata sendiri. Alhamdulillah.
Meneroka kota Paris memang diimpikan sejak lama dulu. Kota tersebut hanya dapat dilihat melalui gambar di media massa saja. Sekarang dah dapat tengok dengan mata sendiri. Alhamdulillah.
Setelah menaiki Eurostar dari London ke Paris, kami sampai di stesen Paris. Micheal, pemandu pelancong kami dah siap menunggu. Dia datang dari Amsterdam dan memandu sendirian van yang disewa ke Paris. Dia memang hebat dari segi pengetahuan dan selok belok hal melancong ke Eropah. Pengalamannya bertahun-tahun membawa pelancong melancarkan penerokaan kami. Profesional dalam mengendalikan trip kami dan banyak infomasi serta panduan berguna semasa melancong. Itulah yang kami mahukan. Bukan hanya melancong tapi dengan informasi yang berguna.
Setelah menjemput kami di stesen keretapi Paris, Micheal bawa kami melihat-lihat sekitar bandar Paris. Bandar Paris tidaklah seindah dan bersih sangat. Pendatang Afrika mengongsi banyak tempat di bandar ini. Kami dinasihatkan berhati-hati apabila berjalan-jalan di kota Paris.
Tengah hari itu, kami ke hotel dan perut dah mula lapar. Makan tengahari di Paris dimulakan dengan bekalan makanan yang dibawa. Penuh beg kami sebenarnya akibat banyak bekalan makanan yang disumbat ke dalamnya. Yang paling istimewa dan paling banyak ialah makanan produk Brahim. Ada macam-macam nasi. Beriani ayam, kambing, nasi lemak, nasi goreng kampung. Semua ada. Siap buat kira-kira berapa banyak yang perlu dibawa. Tak cukup dengan Brahim, Manggi juga turut serta. Cerek letrik kecil dinasihatkan bawa sekali. Takut jika pihak hotel tak sediakan cerek nak masak air. Melilau cari cerek kenit dan dapat di IOI Mall.
Balik kepada cerita nak makan tengahari di Paris. Menu kali ini nasi lemak. Rendam paket Brahim di dalam air panas selama 10 minit dan kami dah boleh makan nasi lemak menyelerakan.
Sebelah petang kami dibawa ke kawasan Notre Dame yang ada gereja lama dan sungai yang cantik pemandangannya. Seterusnya kami kunjungi beberapa bangunan lama berbentuk istana dan akhirnya ke menara Eiffel. Kunjungan ke menara ini sangat dinantikan sebab nilai sejarahnya. Disebabkan cuaca agak berawan dan sangat sejuk (bawah 10C) kadangkala separuh menara itu ditenggelami awan. Sebelah malam kami dibawa ronda-ronda Paris waktu malam. Nampak menara Eiffel bercahaya keemasan.
Kami juga sempat melihat tempat kemalangan yang meragut nyawa Puteri Diana. Dalam hal ini, Micheal memang hebat dalam mencari tempat menarik dan bersejarah.
Bersiap-siap nak naik tren di stesen London. Pagi-pagi lepas subuh dah sedia nak ke Paris. Setelah 5 hari empat malam di kota London kami meneruskan perjalanan ke Paris untuk bertemu dengan Micheal yang telah menunggu di sana. |
Rehat di dalam Eurostar. Sepanjang perjalanan melihat suasa di luar yang hampir keseluruhannya berkabus. Agak sempit bagi yang berbadan saiz besar.. |
Membelakangi Menara Eifel, waktu malam yang amat sejuk. Lihatlah cahaya keemasan menara besi yang dibina asalnya untuk tujuan komunikasi. |
Bergaya di jambatan sungai entah apa namanya di Notre Dame, Paris. Canti cuaca harpetang ini. Pemandangan pun cantik. |
Menara Eiffel. Empat pasangan yang becita-cita besar nak Eksplore Eropah. Ni baru Paris bang. Jauh lai nak poi. |
Dah sampai kat sini..Bergambar, nanti cucu nak tengok gambar atuk dan wan kat Paris.. |
Singah sebentar di masjid terbesar di Paris. Alhamdulillah, ramai masyarakat Islam di sini terutama dari Afrika utara seperti Tunisia dan Aljeria. |
FAKTA RINGKAS MENARA EIFFEL
Dibina untuk Pameran Dunia dan
perayaan Revolusi Perancis, menara dengan bendera berkibar di puncaknya
dirasmikan pada 31 Mac 1889. Meskipun kecaman dan protes yang keras dari
penduduk Paris dan kalangan intelektual semasa dibina, kerangka besi ini menjadi
simbol kota Paris dan menarik lebih dari 6 juta pengunjung setiap tahun.
Ketua Projek : Gustave Eiffel dibantu oleh,
antara lain, para jurutera Maurice Koechlin dan Emile Nouguier serta Stephen
Sauvestre sebagai arkitek.
Perancangan projek dimulai tahun 1884. Meskipun semua halangan di
atas, pembanguan menara dimulai pada tahun 1887 dan selesai 26 bulan kemudian
pada tahun 1889. Telah dirancang menara ini akan dirobohkan setelah
berlangsungnya Pameran Dunia 1900. Akan tetapi, percubaan berjaya dari transmisi
radio yang dikendalikan oleh Angkatan Bersenjata Perancis sebelum hari
dirobohkan akhirnya menyelamatkan menara Eiffel.
Bahan yang digunakan : Besi waja dikaitkan
dalam bentuk persilangan dari 18.038 buah yang diperkuat dengan 2.500.000 paku.
Kerangka dari karya Gustave Eiffel ini tahan angin dan walaupun bahannya dari
besi, berat menara hanya 7.300 ton.
Tinggi : Dari tanah sampai tiang
bendera, tingginya 312.27 meter pada tahun 1889, sekarang 324 meter dengan
antenanya. Saat ini, berbagai perusahaan televisyen Perancis memasang antena
mereka di puncak Menara Eiffel.
Dimiliki oleh Pemerintah Daerah Paris dan dikelola oleh perusahaan
swasta, "Société Nouvelle de l'Exploitation de la Tour Eiffel",
kerangka besi ini direnovasi setiap 7 tahun sekali dan dicat dengan 50 tan cat.
Renovasinya dilakukan olah pekerja yang mahir dalam olah raga alpinik dan
akrobatik.
Penerangan : "Gadis Besi" ini
diterangi dengan 352 projektor 1.000 watts dan berkelip setiap sengah jam pada
malam hari dengan 20.000 lampu dan 800 lampu disko.
Supaya membuat menara kelihatannya lebih hidup, 4 lampu laser xenon
yang berkekuatan 6.000 watts berputar secara tetap di puncak menara.
Jumlah
tangga : 1.665 tangga bagi pengunjung yang suka bersukan. Ada
2 buah lift yang naik ke tingkat dua ang ada pelbagai kedai cenderamata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan