Tak
lengkap kembara ke Eropah tanpa berkunjung ke Switzerland. Kami bertolak
dari Paris dan singgah di Fontainbleau. Kami sempat lawat Palace of Napoleon
Bonaparte. Semasa sekolah dulu pernah baca tentang Napoleon. Tokoh utama revolusi Perancis.
Sepanjang perjalanan ke Switzerland kami dihidangkan dengan
pemandangan French farmland dan Swiss valley. Memang cantik walaupun
cahaya matahari kurang keras sinarannya sebab musim sejuk sekarang.
Semakin menghampiri sempadan Swiss semakin tebal kabus sejuk
menerpa. Macheal memandu dengan cermat sehinga kami sampai ke Geneva.
Kami
sampai di Geneva, Swiss lewat petang dan sempat bergambar di hadapan ibu pejabat
UN dan Red Cross HQ. kami juga dibawa bersiar-siar di bandar Geneva
melihat Reformation Munoment (kerusi gergasi, tapi hanya ada tiga kaki, satu
lagi sememangnya patah. Memang asal patah bagi gambarkan hebatnya reformasi).
Di samping itu kami sempat melawat kawasan yang terkenal dengan jam Swiss.
Hanya sempat ambil gambar di Floral Clock walaupun tak beli jam Swiss.
Ambil gambar di Jam Floral pun dah cukup hebat. Geneva kami dah
sampai...
Selepas
itu kami terus balik ke hotel untuk bermalam. Yang hebatnya ialah
hotel/atau apartment kami di Perancis. Maknanya sekali lagi
seberang sempadan antara negara. Switzerland bukan ahli Kesatuan Eropah (EU).
Negara ini dikatakan boleh berdiri sendiri tanpa bantaun EU. terutama dari segi keupayaan ekonomi. Sebuah
negara yang kaya dan terkenal dengan sistem kewangan yang kukuh. Banyak
yang simpan duit kat sini. Katanya selamat dan tinggi kerahsiaannya.
Kami
tak simpan duit tapi sempat menaburkan duit kat sini. Mata wang yang digunakan
di sini Swiss Franc. Switzerland tak
guna mata wang EU. Begitu juga England.
Kami
sampai ke hotel dalam 2 jam perjalanan dari Geneva. Waktu hampir 10 malam. Sesampai di apartment ini, kami kena tunggu pengurusan
buka pintu. Kami terpaksa berada di
luar sementara pintu dibuka. Kepalang sejuk berada di luar hotel. Mungkin di bawah 5C. Micheal dapat selesaikan
masalah tersebut walaupun terpaksa memarahi pengurusan hotel.
Pagi
esoknya seperti biasa sarapan jam 7 dan teruskan perjalanan jam 8 pagi. Jadual hari ini padat dengan misi jelajah Switzerland semula. Mula-mula kami di
bawa meninjau keindahan Lake Geneva melalui sepanjang Lausanne Drive menuju ke
IOC City. Sempat ambil gambar keindahan
tasik yang luas dan cantik semasa singgah toilet
stop di R&R seberang tasik.
Suasana tenang dan indah. Kami juga dibawa ke Montreux yang terkenal
dengan festival musik.
Tempat
yang sangat menarik dan indah kami lawati hari ini di Gruyere Villlage. Merupakan kampung yang berhampiran dengannya ada Chillion Castle. Gruyere terkenal dengan perusahaan keju (cheese). Nama
sahaja kampung tapi dengan pemandangan yang indah dan tenang, kami dapat
menikmati keindahan ciptaan Allah ini.
Sempat
juga kami makan tengah hari di tanah lapang berhampiran R&R kampung ini. Kami
makan berbekalkan produk Brahim. Memang menyelerakan walaupun makan di
persekitaran yang sangat sejuk. Untuk memanaskan badan, saya sering minum kopi
3 dalam 1. Kopi ini saya siap sedia di dalam termos air yang disediakan di hotel pada
sebelah pagi. Seronok juga dapat minum kopi
dari Malaysia di Switzerland.
Di
dalam kompleks R&R di sini terdapat pameran perusahaan membuat keju yang terkenal.
Saya lihat kecanggihan teknologi membuat keju menggunakan mesin automasi yang
dikendalikan komputer sepenuhnya.
Kami tunaikan solat zuhur di kawasan lapang berhampiran tempat pameran membuat keju. Sepanjang perjalanan di
dalam eksplorasi Eropah, kami akan mendirikan solat sama ada di celah ruang
sempit di R&R atau kawasan lapang yang difikirkan sesuai bersolat. Kami memohon restu dari Allah swt ketika bermusafir. Mohon Allah memberikan
keberkatan perjalanan kami serta dapat menambah keimanan dan takwa akan nikmat
menjelajah bumi ciptaanNya. Walau di mana saja kami berada dan sesejuk di bawah
0C suhu yang mencucuk-cucuk tulang temulang kami, fardu tetap ditunaikan. Micheal kata, kumpulan kami adalah kumpulan pelancong yang tak tinggal solat..
Selepas
Gruyere Village, kami meneruskan perjalanan menelusuri perjalanan melalui
pemandangan lembah bergunung ganang untuk ke GSTAAD melihat salji gunung di
Glacier 3000. Sepanjang perjalanan kami
dipaparkan dengan keindahan kawasan kampung dengan kehijauan yang memukau
pandangan. Sungai yang mengalir deras
walaupun tidak sedalam mana. Air jernih
dan mengalir sepanjang perjalanan kami ke Glacier 3000. Lembu-lembu peliharaan tidak kelihatan sebab musim
salji. Lembu perlu disimpan di kandang
tertutup dan diberi makan secukupnya. Hanya
kelihatan gulungan rumput besar yang dijadikan makan lembu. Pergerakan manusia pun kurang dilihat
dikawasan ini. Mungkin mereka menjalankan
aktiviti indoor berbanding outdoor.
Tapi bagi kami yang tak pernah alami cuaca sebegini sejuk, peluang
ini sangat menarik untuk dilalui.
Kami
di bawa oleh Micheal melalui jalan berliku-liku dan sempit untuk sampai ke
Glacier 3000. Sampai di puncak Glacier
3000 iaitu pusat untuk penggemar bermain ski menaiki kereta kabel ke puncak
gunung. Di sebabkan cuaca yang sangat
sejuk dan berkabus di puncak, maka hasrat untuk naik kereta kabel tak
tertunai. Nanti hanya dapat tengok kabus
sejuk tanpa menikmati keindahan alam yang sebenarnya. Walaupun begitu, ada juga kawan yang sangat
berhajat nak naik kereta kabel ke puncak gunung bersalji. Namun hajat nyatak sampai…nanti kita pergi lagi, Insyaallah.
Sebelah
malam kami sempat melihat-lihat dan akhirnya beli cendera mata. Dapatlah juga beli jam tangan buatan Swiss. Pilih yang harga harga murah saja. Yang penting kenangan beli jam di Switzerland..
Mereka sangat mementingkan keamanan dunia. Waktu malam pun berkunjung kepejabat UN di Geneva |
Kesejukan di Geneva |
Floral Clock, Geneva. Walaupun tak beli jam, bergambar di sini pun ok |
Selepas sarana, bersiap nak memulakan penerokaan selanjutnya ke Switzerland |
Sazali dan Noraini..Membelakangi Lake Geneva..puas hati bang.. |
Toilet stop..minum kopi..ambil gambar..teruskan perjalanan ke Lake Geneva.. |
Pemandangan dari Gruyere Chillion Castle..cantik tapi berkabus |
Chilean castle, Gruyere.. Gambar ada aski..Yazid dan Normah bersenam kesejukan |
Nak minta kerja buat keju kat sini pulak |
Keindahan alam Swiss Valley |
Pertengahan puncak ke Glacier 3000.. Keindahan yang memukau |
Glacier 3000, sojuk tak tu.. |
Hj Yazid bergaya di puncak Glacier 3000. Pijak salji tu.. |
Tak dapat main salji pun, ambil gambar pun ok |
Catatan refleksi ini dibuat di Hotel Park Avanue, Sungai Petani Kedah. Ketika ni bertugas sebagai penilai ujian kemahiran bertutur guru-guru bukan opsyen peringkat Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan