Pak Mat duduk senang bersandar di tiang surau. Tiang itu adalah tiang kegemarannya. Selepas solat sunat ba'diah Maghrib biasanya ia terus menuju ke tiang tersebut. Jika Pak Mat duduk di situ, makmum lain di dalam surau tak nampak kelibatnya. Dia seakan melindungi diri dari dilihat orang. Dia duduk di situ untuk baca Quran. Pak Mat agak konsisten buat amal tersebut. Mungkin dia tak nak dilihat orang lain.
Semasa dia baca Quran, Ustaz Nazri sedang bertazkirah. Tazkirahnya berkaitan tafsir Surah Yassin. Huraian ustaz begitu jelas. Surah Yassin sering dibaca setiap malam Jumaat. Namun huraian oleh ustaz bayak membantu meningkatkan tadabbur terhadap ayat yang dibaca. Banyak ilmu yang diperoleh.
Namun Pak Mat masih duduk bersendiri di sebalik tiang. Dia masih baca Quran. Mungkin nak betulkan bacaannya. Mungkin nak hafal surah tertentu. Dia tak hiraukan tazkirah yang disampaikan oleh ustaz. Pak Mat rasa selesa begitu. Dia mungkin tak tahu akan kelebihan tuntut ilmu lebih baik dari duduk sebalik tiang baca Quran. Ada banyak ayat Quran dan hadis yang menekankan pentingnya tuntut ilmu.
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga”.
Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah 8/729, Ahmad 2/407, Abu Daud (3643), at-Termizi (2646), Ibnu Majah (225), ad-Darimi 1/99, al-Hakim 1/88, 89, al-Baghawi dalam Syarh as-Sunnah (130), Ibn Abdil Barr dalam Jami’ Bayan al-‘Ilm Wa Fadluhu (172).
Surah al-Anbiya’ ayat 7
فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ
Terjemahan :
Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
Surah at-Taubah ayat 122
Jika dilihat maksud hadis dan ayat al-Quran tentang keutamaan tuntut ilmu, Pak Mat perlu duduk sekali di dalam majlis ilmu. Bukan saja kita nak pahala baca Quran tetapi kelebihan tuntut ilmu al-Quran lebih utama. Bukan hanya banyak baca Quran tapi faham ayat dibaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan