Qiamullail ialah satu amalan sunat yang
bererti ‘bangun malam’ iaitu bangun
dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah
SWT. Qiam bermaksud bangun dan lail bermaksud malam. Apa kelebihan qiamullail? Dalam bulan Ramadan, amalan qiamullail dituntut sebagaimana firman Alllah:
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan bangunlah pada
sebahagian dari waktu malam serta
kerjalah sembahyang tahajjud padanya
sebagai sembahyang tambahan bagimu,
semoga Tuhanmu membangkitkan dan
menempatkanmu pada hari akhirat di
tempat yang terpuji.”
(Surah al-Isra’: 79)
Dalam firman-Nya yang lain berbunyi:
Maksudnya: “Dan (dengan apa keadaan
pun) maka pada sebahagian waktu
malam sujudlah kepada Tuhanmu (dengan
mengerjakan sembahyang) dan (seboleh2
bolehnya) bertasbihlah memuji-Nya (dengan
mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada
sebahagian yang panjang dari waktu
malam.”
(Surah al-Insan: 26)
Rasulullah sentiasa
melakukan qiamullail dengan bersungguh-sungguh seperti yang digambarkan oleh Aisyah RA dalam hadis yang bermaksud: “Bahawa Rasulullah SAW
bangun sebahagian daripada malam
bersembahyang hingga bengkak kedua
kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada
baginda, mengapa Rasulullah SAW lakukan
ini semua, bukankah dosa tuan telah
diampunkan oleh Allah sama ada yang
3
terdahulu ataupun yang terkemudian?
Baginda menjawab: Salahkah aku menjadi
hamba yang bersyukur?”
(Muttafaq Alaih)
Bangun bersembahyang, bertasbih dan
membaca al-Quran pada sebahagian daripada
malam boleh memberi kesan yang mendalam
kepada jiwa orang yang melakukannya. Firman
Allah SWT yang berbunyi:
Maksudnya: “Sesungguhnya bangun
beribadat pada waktu malam itu adalah
sangat berkesan (dalam hati) dan lebih betul
bacaannya.”
(Surah al-Muzammil: 6)
Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran dan
hadith-hadith yang disebut di atas menunjukkan
bahawa di antara amalan-amalan yang
disunatkan semasa qiamullail ialah mengerjakan
sembahyang-sembahyang sunat, membaca
al-Quran, berzikir dan beristighfar memohon
ampun ke hadrat Allah SWT. Tentang sedikit atau
banyaknya mengerjakan amalan-amalan sunat
bergantung kepada kemampuan seseorang.
Jika seseorang itu hanya mampu mengerjakan
hanya dua rakaat sembahyang Tahajjud sahaja
umpamanya, maka ini juga dikira melakukan
ibadat qiamullail.
Rujukan: Panduan Qiamullail terbitan JAKIM (2010)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan