Khamis, 30 Januari 2020

NYHAVN DI COPENHAGEN DENMARK


HARI 1 & 2: 21.12-2019 -22.12.2019
Destinasi pertama ialah Denmark. Penerbangan dengan Qatar dari KLIA-Doha-Copenhagen mengambil masa lebih 15 jam.  Sampai di Lapangan Terbang Copenhagen,  kami menaiki tren ke Central Station Copenhagen dalam 20 minit perjalanan.  Kami terus ke hotel penginapan yang letaknya hampir dengan Central Stesen. Di sini adalah pusat utama perjalanan menggunakan tren di Denmark.   Walaupun ketika itu jam 9 pagi, kami terus diberikan kunci bilik.  Kami sempat berehat dan bersihkan diri selepas penat dalam penerbangan. 

Ryz, dari Kembara Eropah sebagai pengendali perjalanan kami maklumkan ekspedisi sekitar Copenhagen bermula sekitar 945 pagi.   Kami akan ke Little Mermaid, Amalienborg, Nyhavn, menaiki feri kelilingi tasik dan melihat Opera House, Copenhagen. 

Cuaca sangat sejuk.  3-4 C.  Perlu pakai jaket dan warmer yang sesuai.  Jika tidak sejuk terasa hingga ketulang.  SEbelah petang kami masih lagi menghayun langkah menelusuri tempat menarik di Copenhagen seprti Town Hall dan Taman tema Tivoli pada sebelah malam. 

Malamnya kami perlu bersedia untuk meneruskan perjalanan ke Stockholm, Sweden jam 7 pagi esok.




Hotel penginapan untuk semalam di Copenhagen.

Central Station Copenhagen
Stesen ini sentiasa sibuk.  Tren sangat popular di sini.

Little Mermaid


Loceng ini tarik perhatian 

Naik feri kelilingi kawasan sekitar Copenhagen.

Nyhavn, dengan bangunan tradisi berwarna menarik. 


Waktu malam yang sangat dingi kami memasuki Tivoli dengan pesta lampu yang menarik.  Mereka akan sambut Krismas.  

Kereta kuda yang bawa pelancong bersiar-siar

Terusan menarik Nyhavn.


Terusan menarik dengan bangunan klasik warna warni.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...