Jumaat, 7 Februari 2020

FLAM, FIORD DI NORWAY


peta Flam
Destinasi kami seterusnya ialah ke Flam.  Flam adalah kawasan berfiord di barat daya Norway  yang sangat indah dan menjadi tarikan pelancong.  Fiord ialah pinggir pantai yang panjang dan berteluk sempit antara tebing-tebing tinggi (Kamus pelajar Edisi Kedua)  terpencil letaknya, banyak aktiviti air dan lasak ditawarkan di sini.
Tren merah di stesen Myrdal
Flam railway

 sampai ke sana, kami perlu menaiki tren jam 755-1055 pagi dari Bergens Central Station.  Untuk itu, kami dibekalkan sarapan berupa roti dan salad serta air minuman.  Kami menaiki tren  warna merah ekspress ke Stockholm.  Kami perlu turun di stesen Myrdal setelah hampir 3 jam perlajanan dar Bergen.  Myrdal adalah stesen penghubung ke Flam.  Dari stesen Myrdal, kami menaiki tren lain ke Flam.  
Maklumat rel tren Flam
Dalam tren ke Flam
Dalam tren ke Flam.  Klasik
Flam railway

Merenung salji
Tren ke Flam melalui landasan yang punya sejarah tersendiri. Dibina pada tahun 1871 dan dapat digunakan pada tahun 1908. Mereka menggunakan alat tradisional seperti kapak dan beliung untuk merentas jalan kereta api ke Flam.  Ramai korban jiwa dalam usaha yang dianggap mustahil pada mulanya.  Kegigihan dengan tulang empat kerat menjadikan impian untuk menghubungkan Myrdal dengan Flam terlaksana akhirnya.  agak klasik dengan hiasan dalaman yang dikekalkan.  Warna merah tempat duduknya menjadikan mood yang menarik perhatian pelancong.  Di samping itu terdapat sentuhan kayu klasik yang menambah hebat identiti tren ini. 
The Flam Railway

Cuaca di stesen Myrdal sekitar -20C.  Salji memutih di persekitaran pagi yang masih samar-samar. Semasa dalam tren, kami menjamah sarapan yang dibekalkan. Sepanjang perjalanan ke Flam, kami diberikan maklumat sejarah perjalanan tren ke Flam.  Dikatakan betapa siksa dan derita untuk membina jalan kereta api merentasi gunung berbatu keras ke Flam.   Semua maklumat sejarah tren ke Flam ada di simpan diMuseum Flam.

Setelah hampir 2 jam di sini,  kami naik semula Flam tren untuk ke Myrdal dan seterusnya menaiki keretapi ekspress ke Bergen.  Malamnya kami perlu bermalam di hotel Bergen.  Esop pagi kami akan le Tromso menaiki penerbangan seawal 10 pagi.

Flam


Sekitar fiord Flam



Ketibaan di Flam


Stesen Myrdal.  Tren hijau ke Flam

Sekitar Flam

Naik tren setelah berhenti sebentar sebelum terowong yang digali dengan tulang empat kerat



Museum Railway Flam

Salji semasa tren berhenti sebentar dalam pemandangan ke Flam


Tren merah ke Stockholm



Flam 1005 pagi



Sekitar Flam


Salji di mana-mana

Flam coffee















Flam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...