Jumaat, 25 Mac 2022

BEKALAN RAMADAN

Bulan Ramadan semakin hampir.  Bagi yang beriman, bulan Ramadan ditunggu-tunggu kedatangannya. Kita dianjurkan berdoa sebelum Ramadan, Ya Allah berkatilah bulan Syaaban dan temukanlah dengan bulan Ramadan.  Apakah keutamaan bulan Ramadan?

1.  Bulan berkah.  Keberkatan ialah kebaikan yang banyak dan menetap.  

2.  Pahala dilipatgandakan secara kualiti dan kuantiti.  Tidak dinyatakan dalil khusus tentang perkara tersebut.  Namun ada beberapaa hadis yang menyebut perkara itu.  Umrah dikaitkan dengan Ramada.  Umrah bulan Ramadan seperti haji bersamaku.  Selain itu hadis yang menyatakan Nabi saw adalah orang yang paling dermawan dan puncak kedemawanannya ialah di bulan Ramadan. Tasbih di bualn Ramadan tidak sama dengan di luar Ramadan.   

3.  Puasa adalah ibadat khusus bagi Allah.  Maksud hadis; Semua amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, sesungguhnya itu untukKu dan Aku yang membalasnya.  Walau bagaimanapun ada khilaf dalam maksudnya.  Puasa adalah ibadat khusus untuk Allah Taala. Hal ini disebabkan 

    a. Puasa tidak dipengaruhi riyak.   

    b.  Pahalanya tanpa batas. Firman Allah, Sesungguhnya pahala orang yang sabar tanpa hisab.  

4.  Puasa adalah kaffarah penggugur dosa.  Contoh dosa berkaitan anak isteri, jiran dan harta kita.  Maksud hadis; Barang siapa yang berpuasa dalam Ramadan dengan iman dan berharab (ihtisas), mendapat ampunan Alah. 

5.  Orang berpuasa masuk syurga dari pintu Ar-Rayyan (hilang dahaganya).  

6.  Pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.  Pintu langit pula dibuka dan mudah amalan diterima Allah.  

7.  Syaitan dibelenggu.  Maksudnya jika ada maksiat dibulan Ramadan dan syaitan dibelenggu;  iaitu ketua syaitan dibelenggu manakala yang lain bebas.  Maksud lain, dibelenggu ialah terbatas aktivitinya.  Di samping itu belenggu dibahagikan kepada sebab maksiat berdasarkan faktor dalaman dan luaran.  Ini termasuklah syaitan , jin dan manusia dan buruknya  jiwa. 

8.  Seruan di hati kita untuk semangat ibadah dan meninggalkan maksat.  

9.   Setiap malam di bulan Ramadan kesempatan Allah catat amalan dijauhkan neraka.  

Rumusan keutamaan bulan Ramadan;

1. Al-Quran diturunkan: Bulan Ramadhan  adalah bulan al-Quran atau syahrul Quran. Diturunkan al-Quran pada bulan ini menjadi bukti nyata atas kemuliaan dan keutamaan bulan Ramadan.

Allah SWT berfirman,"Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan petunjuk tersebut dan pembeda (antara yang benar dan yang batil)". (QS. Al-Baqarah: 185).

2. Bulan berkat: Keutamaan bulan Ramadhan yang lain adalah bulan ini juga kerap disebut dengan bulan syahrun mubarak. Hal ini berdasarkan pada dalil hadis Nabi Rasulullah SAW yang bermaksud,

"Sungguh telah datang kepada kalian bulan yang penuh berkah. Pada bulan ini diwajibkan puasa kepada kalian.." (HR. Ahmad, An-NasaI dan Al-Baihaqi).

3. Bulan penghapus dosa: Keutamaan bulan Ramadhan juga sebagai sebuah peristiwa yang paling baik untuk penghapusan dosa-dosa atau bertaubat.

Nabi SAW bersabda yang maksudnya:"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadan ke Ramadan menghapuskan dosa-dosa di antara masa-masa itu selama dosa-dosa besar dijauhi." (HR. Muslim)

4. Lipat ganda Pahala: Amalan pada bulan Ramadhan akan dilipatgandakan pahalanya oleh Allah SWT, sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang ertinya:

"Pahala umrah pada bulan Ramadhan menyamai pahala ibadah haji." (HR. Bukhari dan Muslim).

5. Kehadiran malam Lailatul Qadar.  Keutamaan bulan Ramadhan lainnya adalah dengan hadirnya malam penuh kemuliaan dan keberkahan di salah satu malam pada malam-malam terakhir dan ganjil di bulan Ramadan.

6.  Mustajab doa: hadis Rasulullah SAW yang ertinya:

"Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari apai neraka pada setiap hari di bulan Ramadan, dan setiap muslim apabila dia memanjatkan doa maka pasti dikabulkan." (HR. al-Bazaar, dari Jabir bin Abdillah. Al-Haitsami dalam Majma Az Zawaid mengatakan bahwa perawi hadis ini tsiqah (terpercaya).

Rujukan;

Dr Firanda; Bekal sebelum Ramadan; https://www.youtube.com/watch?v=hUX9CarUHjw&t=1s

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...