Jumaat, 31 Mac 2023

AYAM BERKOKOK SAMPAI PETANG

Antara kelebihan yang ada pada ayam ialah dengan mengetahui waktu-waktu walaupun kadang-kadang siang itu panjang dan juga kadang-kadang siang itu pendek. Begitu juga, ia berkokok sebelum dan selepas subuh. Maha suci Allah yang menjadikan ayam seperti itu. Di samping itu juga, apabila kita mendengar bunyi atau suara keldai maka pohonlah kepada Allah SWT agar kita dijauhi daripada keburukan dan kejahatan was-was syaitan.  (Baca  lebih lanjut di sini )

Dalam konteks politik negara kita kini, parlimen adalah tempat ahli yang dipilih rakyat berbahas tentang kelangsungan negara. Namun apa yang dapat disaksikan ialah kualiti perbahasan. Ibarat ayam berkokok, ahli parlimen saling mempertahankan kelompok masing-masing.  Yang jelas ialah pertelingkahan politik berterusan ahli parlimen berbahas.    Rakyat jemu melihat parlimen sebagai wadah saling mencaci, mengejek, menjerit-jerit, mengaibkan orang lain, dan segala macam kelemahan yang ditunjukkan.  

Kerajaan cuba menyakinkan rakyat bahawa mesej kemakmuran dibawa ke  parlimen.  Pelbagai usaha dirancang dan diberitahu kepada rakyat.  Namun tentangan diserata penjuru dihadapi.  Apa yang ditentang dan yang diutamakan pembangkang ialah untuk berkuasa dengan cara menjatuhkan kerajaan sedia ada. Nampaknya ayam akan berkokok tak kira waktu hinggalah tujuan ahli parlimen dipilih dikaburi.

Artikel dengan kiasan ayam berkokok sampai ke petang menarik perhatian.  Baca sampai habis di sini

HIKMAH PUASA

Puasa merupakan madrasah akhlak yang besar dalam melatih keperibadian mukmin, melawan hawa nafsu daripada tergoda dengan tipu daya syaitan. Puasa mengajar erti amanah dan muqarabah kepada Allah SWT yang sentiasa sama ada dalam keadaan sir atau terang-terangan. Begitu juga menguatkan semangat dalam menambahkan lagi kesabaran.

Puasa membawa seorang mukmin mempunyai nizam dan disiplin yang tinggi. Hal ini berdasarkan waktu yang dihadkan untuk makan dan perlakuan ibadah.

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata: “Puasa adalah tarbiyyah yang berkesan dan suatu jihad mengawal diri dan hawa nafsu serta membiasakan diri dengan bersifat sabar, sama ada sabar melakukan ketaatan atau sabar menjauhi maksiat.”

Kami nukilkan juga di sini kenyataan daripada pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji[5] dalam menjelaskan hikmah puasa, antaranya disebut:

Puasa pada bulan Ramadhan adalah ibadah yang difardhukan oleh Allah. Puasa bermaksud, setiap orang Islam yang melakukannya kerana mematuhi perintah Allah SWT dan melaksanakan tanggungjawab keimanan kepadanya tanpa memandang sebarang kemungkinan yang berlaku sebagai natijah daripada ibadah tersebut.

Walau bagaimanapun, tiada halangan bagi sesiapa yang berpuasa melihat apa-apa hikmah dan rahsia Ilahi yang tersembunyi di dalam ibadah yang lain. Adalah tidak diragui bahawa semua hukum Allah mempunyai hikmah, rahsia dan faedah untuk hamba-hambanya, namun mereka tidak disyaratkan mengetahui kesemuanya itu.

Ibadah puasa mempunyai beberapa hikmah dan faedah yang mungkin diketahui oleh sesetengah orang, tetapi banyak lagi yang masih tersembunyi daripada pengetahuan mereka. Antara hikmah dan faedah puasa ialah:

Pertama: Puasa yang sempurna akan menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah SWT. Ini kerana orang yang berpuasa akan berasa lapar dan dahaga sebaik sahaja dia melalui sebahagian daripada waktu siangnya. Nafsunya yang ingin makan dan minum, namun wujud perasaan yang menyedari dirinya berpuasa, lantas menghalang keinginan tersebut. Dalam menghadapi dugaan sebegini, hatinya sedar terhadap pemerhatian Allah, lantas ianya mengingati Allah dan kekuasaan-Nya.

Kedua: Bulan Ramadhan merupakan bulan yang suci. Allah SWT menghendaki hamba-Nya supaya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan yang menghampirkan diri kepada-Nya. Pensyariatan puasa ini adalah cara yang termudah untuk menunaikan hak Allah dan tanggungjawab hamba kepada-Nya.

Ketiga: Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat keras hati dan keterlaluan. Kedua-duanya bertentangan dengan sifat seorang Islam. Justeru, pensyariatan puasa dapat mendidik jiwanya dan mengurangkan sifat-sifat tersebut.

Keempat: Sifat berkasih sayang menjadi teras dalam membangunkan masyarakat Islam. Akan tetapi, orang kaya tidak dapat menghayati kasih sayang yang sebenar terhadap orang miskin tanpa merasai keperitan, kesempitan hidup dan kepahitan hidup yang diburu kelaparan. Oleh itu, bulan puasa merupakan waktu terbaik bagi golongan kaya untuk menyelami perasaan orang miskin.

Baca artikel penuh di sini.  

Sumber: https://maktabahalbakri.com/880-hikmah-di-sebalik-puasa/

Rabu, 29 Mac 2023

RAMADAN: MENJAMU ORANG PUASA BERBUKA PUASA

Bulan Ramadan kembali lagi.  Antara amalan yang digalakkan dalam Ramadan ialah bersedekah.  Amalan menjamu orang berpuasa berbuka sangat digalakkan.  Bagi kebanyakan surau atau masjid, aktiviti menjamu berbuka puasa menjadi kebiasaan. Antara kelebihan menjamu berbuka puasa ialah; 

1) Daripada Anas telah berkata: telah ditanya Wahai Rasulullah! Apakah sedekah yang lebih afdhal? Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud : Sedekah pada bulan Ramadhan (Riwayat imam Tarmizi, Al-Baihaqi, Ibn jauzi dan Al-Baghawi)

2) Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni telah berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa adalah baginya pahala sebagaimana orang yang berpuasa tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang berpuasa sesuatu, dan sesiapa yang menyiapkan untuk orang yang pergi berperang atau mengalihnya pada ahli keluarganya adalah baginya seperti pahalanya tanpa berkurangan daripada pahalanya sesuatu. (Riwayat imam Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Pengajaran hadis

1. Memberitahu kita mengenai kelebihan bersedekah pada bulan Ramadhan.

2. Bagi mereka yang membuat jamuan berbuka maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa menjejaskan pahala orang yang berpuasa itu (tetamu).

3. Digalakkan agar kita membuat jamuan kepada orang yang berpuasa.

4. Hadis juga menekankan berkenaan kelebihan bagi mereka yang menyiapkan segala kelengkapan bagi mereka yang keluar berperang iaitu dia akan mendapat pahala sebagaimana mereka yang keluar berperang.

5. Dalam mengadakan jamuan, kita dilarang membazir malah kita hendaklah melakukannya mengikut kemampuan yang ada.

Rujukan :

1. Fadhailul Awqat oleh imam Baihaqi

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...