Kisah Nabi & Rasul
Said bin Jubair meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a., dia berkata, "Allah telah mengambil sumpah daripada keturunan Adam di Na'man pada hari Arafah. Dia mengeluarkan keturunan Adam seluruhnya sampai hari kiamat daripada bahagian belakangnya. Lalu Dia menebarkan mereka di hadapan-Nya bagaikan semut-semut kecil. Dia mengajak mereka berdialog, 'Bukankah aku ini Tuhan kamu?" Mereka menjawap, 'Betul, Engkau Tuhan kami, kami bersaksi.' Kami melakukan yang demikian agar pada hari kiamat kamu tidak berkata, "Sesungguhnya ketika itu kami lupa terhadap hal ini" atau agar kamu tidak berkata, "Sesungguhnya nenek moyang kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedangkan kami adalah keturunan yang lahir setelah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang dahulu yang sesat?" As-Surri berkata, "Allah mengeluarkan Adam daripada syurga.
Dia tidak menurunkannya sampai ke bumi, tetapi berhenti di langit. Lalu Dia mengusap sisi bahagian kanan belakangnya, maka keluarlah keturunannya, tak ubah seperti semut-semut kecil putih seperti mutiara. Dikatakan kepada mereka, 'Masuklah ke dalam syurga dengan rahmat-Ku.' Kemudian Dia mengusap sisi bahagian kiri belakangnya, keluarlah daripada situ keturunannya, tak ubah seperti semut-semut kecil hitam. Allah berfirman, 'Masuklah ke neraka, aku tidak peduli siapapun dia.' Itulah ketikanya Allah berfirman kepada golongan kanan dan golongan kiri. Lalu Allah mengambil sumpah daripada mereka.
"Bukankah Aku ini Tuhan kamu?' Mereka menjawab, 'Benar.' Maka janji itu ditepati-Nya kepada mereka. Ternyata segolongan manusia meniadi taat dan segolongan lagi berada dalam tahap perbaikan." (Al-Jazari, Al-Kamil fit Tärikhi, Jilid 1: 37).
Nasihat & Pengajaran
Sesungguhnya penciptaan Adam daripada debu, kemudian dia menurunkan anak cucunya merupakan kejadian yang luar biasa. Di sini terpampang jelas sifat pemeliharaan-Nya dan Keagungan ketuhanan Ketika Dia mengatakan "Jadilah", maka terjadilah. Seandainya seluruh penduduk bumi berkumpul untuk membuat satu makhluk, seperti séekor lalat atau nyamuk, tentu mereka tidak akan mampu. Lalu bagaimana mungkin mereka menciptakan manusia yang mempunyai akal, pendengaran, penglihatan dan hati? ")
Sumber: Tafsir dan terjemahan Al-Quran al- Karim cetakan KARYA BESTARI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan