Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Puasa dan al-Quran akan memberikan syafaat kepada hamba (orang yang berpuasa dan yang sentiasa membaca al-Quran) di hari kiamat nanti. Puasa akan berkata: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah menahan hamba-Mu ini daripada makan, minum dan perkara syahwat pada waktu siang, maka terimalah syafaatku kepadanya."Manakala al-Quran pula akan berkata: "Wahai Tuhan Sesungguhnya aku telah menahan hamba-Mu ini daripada tidur di malam hari, maka terimalah syafaatku kepadanya." Baginda bersabda: "Maka Allah pun menerima kedua-dua syafaat tersebut."
(Riwayat Ahmad, Musnad al-Mukaththirin Mina ash-Shohabah, 'Abdullah bin 'Amru bin al-'Ash RA, no. 6337, berkata Ahmad Syakir: Isnadnya Sahih, dinaqalkan Ibn Kathir dalam Fadhail al-Quran (m/s: 93) berkenaan status ini dalam Jam'u al-Zawaid (3/181), no. 18543, dengan mengatakan: "Diriwayatkan Ahmad, at-Tabrani dalam al-Kabir, perawi at-Tabrani adalah sahih, diriwayatkan al-Hakim dalam al-Mustadrak (1/554), no. 2080, daripada jalan Ibn Wahab daripada Yahya bin 'Abdullah dengan sanad ini, dengan katanya: Sahih mengikut syarat Muslim dan tidak dikeluarkan oleh as-Syaikhain dan dipersetujui oleh az-Zahabi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan