Jumaat, 7 Februari 2020

FLAM, FIORD DI NORWAY


peta Flam
Destinasi kami seterusnya ialah ke Flam.  Flam adalah kawasan berfiord di barat daya Norway  yang sangat indah dan menjadi tarikan pelancong.  Fiord ialah pinggir pantai yang panjang dan berteluk sempit antara tebing-tebing tinggi (Kamus pelajar Edisi Kedua)  terpencil letaknya, banyak aktiviti air dan lasak ditawarkan di sini.
Tren merah di stesen Myrdal
Flam railway

 sampai ke sana, kami perlu menaiki tren jam 755-1055 pagi dari Bergens Central Station.  Untuk itu, kami dibekalkan sarapan berupa roti dan salad serta air minuman.  Kami menaiki tren  warna merah ekspress ke Stockholm.  Kami perlu turun di stesen Myrdal setelah hampir 3 jam perlajanan dar Bergen.  Myrdal adalah stesen penghubung ke Flam.  Dari stesen Myrdal, kami menaiki tren lain ke Flam.  
Maklumat rel tren Flam
Dalam tren ke Flam
Dalam tren ke Flam.  Klasik
Flam railway

Merenung salji
Tren ke Flam melalui landasan yang punya sejarah tersendiri. Dibina pada tahun 1871 dan dapat digunakan pada tahun 1908. Mereka menggunakan alat tradisional seperti kapak dan beliung untuk merentas jalan kereta api ke Flam.  Ramai korban jiwa dalam usaha yang dianggap mustahil pada mulanya.  Kegigihan dengan tulang empat kerat menjadikan impian untuk menghubungkan Myrdal dengan Flam terlaksana akhirnya.  agak klasik dengan hiasan dalaman yang dikekalkan.  Warna merah tempat duduknya menjadikan mood yang menarik perhatian pelancong.  Di samping itu terdapat sentuhan kayu klasik yang menambah hebat identiti tren ini. 
The Flam Railway

Cuaca di stesen Myrdal sekitar -20C.  Salji memutih di persekitaran pagi yang masih samar-samar. Semasa dalam tren, kami menjamah sarapan yang dibekalkan. Sepanjang perjalanan ke Flam, kami diberikan maklumat sejarah perjalanan tren ke Flam.  Dikatakan betapa siksa dan derita untuk membina jalan kereta api merentasi gunung berbatu keras ke Flam.   Semua maklumat sejarah tren ke Flam ada di simpan diMuseum Flam.

Setelah hampir 2 jam di sini,  kami naik semula Flam tren untuk ke Myrdal dan seterusnya menaiki keretapi ekspress ke Bergen.  Malamnya kami perlu bermalam di hotel Bergen.  Esop pagi kami akan le Tromso menaiki penerbangan seawal 10 pagi.

Flam


Sekitar fiord Flam



Ketibaan di Flam


Stesen Myrdal.  Tren hijau ke Flam

Sekitar Flam

Naik tren setelah berhenti sebentar sebelum terowong yang digali dengan tulang empat kerat



Museum Railway Flam

Salji semasa tren berhenti sebentar dalam pemandangan ke Flam


Tren merah ke Stockholm



Flam 1005 pagi



Sekitar Flam


Salji di mana-mana

Flam coffee















Flam




Khamis, 6 Februari 2020

BERGEN CITY NORWAY

Tiba di LT Bergens
Transit di LT Oslo




















Selepas dua malam di Stockholm, kami bersiap untuk ke Bergen, Norway.  Penerbangan domestik dari Stockholm perlu transit di Oslo sebelum menaiki kapal terbang lain ke Bergen.  Kami menaiki bas ke lapangan terbang (LT) Stockholm.  Penerbangan pagi itu mengambil masa kurang sejam.

Sebelum mendarat, salji meliputi hampir semua kawasan di bumi Oslo. Transit selama dua jam 40 minit di Oslo dan mendarat di Bergen dengan suhu -10C.  Dari lapangan terbang kami menaiki kereta api ke Bergen Central.  Dalam 40 minit perjalanan.  Sampai di Bergen Central, keadaan sekitar sudah gelap.  Jam baru pukul 7 malam.

Selepas menghantar barang ke dalam bilik hotel, kami besiap untuk menaiki kereta kabel untuk menikmati pemandangan malam di Bergen.

Besoknya awal pagi selepas sarapan kami akan meniki tren ke Myrdal dan lepas itu ke Flam.  Perjalanan akan memakan masa selama lebih tiga jam.

LT Oslo


Suasana malam di Bergens




Reka bentuk bangunan di Norway.

Hotel di Bergens.  Kurang 50 meter dari stesen kereta api Bergens Sentral



Sejuk malam di Bergens

Transit di LT Oslo



LT Bergens

LT Oslo

Rabu, 5 Februari 2020

ABBA DI STOCKHOLM SWEDEN

Sampai di stesen sentral Stockholm,  Lepas ni jalan kaki hampir 15 minit ke hotel.
Parlimen Sweden
Bersiar-siar di sekitar Stockholm dalam cuaca sejuk.  Masih pagi.  Manusia belum ramai . 
Destinasi kedua kami ialah Stockholm, ibu negara Sweden.  Dari Copenhagen kami menaiki tren laju ke Stockholm.  Makan masa lebih 5 jam.  Seawal 7 pagi kami sudah bersedia untuk ke Central Station Copenhagen.   Tren pertama ke Stockholm.  Perjalanan tergendala sebab tren alami masalah teknikal. Lewat dalam lebih satu jam.  Tren sangat selesa.  Kalau nak lebih selesa perlu bawa makanan untuk tengahari.  Pemandangan di luar hampir serupa bagi musim sejuk bersalji.  
Old Town Stockholm.  Kawasan tumpuan pelancong.

Sampai di Stockholm waktu sudah gelap.  Musim salji jam 345petang  sudah masuk waktu solat Isyak.   Dah malam.  Kami berjalan kaki dari stesen sentral ke hotel dalam 10 minit.  Selepas berehat sebentar kami terus bergerak menikmati Stockholm waktu malam.  Berjalan kaki hamper 20 minit, kami menuju Gamla Stan atau Stockholm Old Town.  Di sana terdapat bangunan reka bentuk klasik dengan warna identiti yang dikekalkan. Sempat ambil gambar dan berjalan-jalan dilorong yang diterangi lampu warna warni Krismas.  Makan malam kami di sebuah kafe Muslim Palestin.  Jurusalem Cafe.   Menu utama ialah kebab. Selepas makan kami melangkah semula ke hotel penginapan.  Besoknha ialah hari Krismas.  Jadi banyak kedai akan ditutup.  Maka kami sedapat mungkin membeli barangan cenderamata di sini.   
Lawat Museum ABBA.  Kumpulan penyanyi terkenal Sweden.  Tinggal dalam lipatan sejarah dunia hiburan.

Kumpulan ABBA
Selepas sarapan kami bersiap untuk ke Muzium ABBA.  Kami perli naiki trem dari stesen berhampiran hote.  Selepas itu perlu naiki feri untuk ke Muzium tersebut.  Ambil masa dalam 10 minit.  Terdapat pelbagai meklumat berkaitan ABBA sebagai kumpulan muzik terkenal dari Sweden beberapa dekad lalu. Muzium yang padat dengan maklumat dan bahan sejarah.  Pengunjung juga berpeluang mendapatkan maklumat dalam bahasa Inggeris secara audio dengan kos yang perlu dibayar. 

Pemandangan di jalan utama Stockholm.  Banyak gedung beli belah di sini.  Hari  masih pagi.  Tungu trem untuk ke ABBA Meseum.   
Pada hari kedua di Stockholm, kami berpeluang menaiki cruise mengharugi tasek untuk melihat keindahan kota pada waktu malam.
Latar belakang parlimen Sweden.  Didepannya tasek yang menarik pelancong.

Naik Cruise merentasi tasek depan parlimen.  Hari semakin gelap walaupun waktu  200 pettang.





Pemandangan dari dalam feri untuk ke muzium ABBA. Cruise besar ini belayar dalam jarak jauh.  
















KESAN DOSA

  Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...