Jumaat, 13 Mac 2020

LEFOTEN NORWAY INDAH BERFIORD

Pada hari ke sepuluh, kami terus mngembara dari Svolvaer ke Reine.  Perjalanan bekereta memakan masa hampr 2 jam.  Kami di bawa melalui kawasan berfiord di Lefoten .  Lefoten merupakan gugusan pulau kecil yang sangat menarik.  Dengan panggilan 'dramatic scenery', Lefoten menyerlahkan keindahan pulau dengan fiord denga teluk yang menjadi tumpuan pelancong.  Kampung nelayan yang terdapat di Henningvaer, Nusfjord, dan Hamnoy kami sempat singgahi.  

malam itu kami menginap di  A Hamna Rorbuer, kabin yang sering digunakan oleh nelayan di Norway satu masa dulu. Kini rurbur ini telah dijadikan kabin untuk pelancong bermalam.  Rumah kayu sederhana ini mengandungi dua bilik, satu bilik air yang moden dan bersih, serta ruang dapur yang lengkap dengan kelengkapan memasak yang moden.  

Makan malam kami di sebuah restoran ikan terkenal di bandar perikanan itu.  Panangan dariluar kurang menarik namun bila berada di dalamnya menampilkan suasana malam yang romantik dan menarik. Set makanan dengan ikan salmon atau kod boleh dibayar dengan harga RM 100.00. 

Malam itu cuaca sejuk dengan salji mula turun dengan lebat.  Ditambah dengan tiupan angi yang agak kencang sekitar 40 km/j.  Kami cuba memburu aurora berasarkan maklumat aplikasi Aurora.  Setelah beralih ke beberapa lokasi, usaha untuk menjejaki aurora malam itu diakhiri dengan kekecewaan.  

Setelah bangun pagi dan bersedia untuk bertolak ke lapangan terbang Leknes, Lofoten, kami terperanjat menlihat lapisan salji memutih memenuhi permukaan bumi. Semalam, permukaan salji itu belum wujud.  Subhanallah..



















































Khamis, 12 Mac 2020

BERMALAM DI ABISKO SWEDEN MEMBURU AURORA


Sampai di resepsi resort
Selepas singgah di Hotel Ais, kami menelusuri kawawan bersalji untuk bermalam di Abisko.  Prjalanan merentas sempadan dari Sweden ke Norway.  Jadi perjalanan berkereta kami meliputi  Tromso, Norwayke Kilpisjarvi di Finland,  Abisko Sweden dan kemudian memasuki Norway semula. Kami menyewa Kappas Cabin Village.  
Kami bayangkan kabin village sebuah kabin biasa tetapi merupakan  sebuah resort yang menghadap tasik yang cantik.  Namun disebabkan cuaca mulai gelap, hanya lampu yang menerangai persekitaran. Kabin kami dua bilik lengkap dengan sauna.  Memag cukup selesa dengan kelengkapan dapur dan bilik yang moden. Selepas memasuki bilik kami bersedia untuk makan malam. 

Malam ini kami akan melakukan pemburuan aurora untuk kali kedua selepas gagal di Kilpisjarvi, Finland. Ramai pengunjung keluar dari kabin masinhg-masing untuk melihat kemunculan aurora.  Masing-masing bersedia dengan kelengkapan mencerap yang pelbagai.  Bagi sudah biasa dengan aktiviti aurora, mereka bersedia dengan kamera dan alat cerapan lain.  Namun disebabkan persekitaran salji sedang turun serta angin, maka usaha mencerap malam ini juga gagal.  Namun kami dapat melihat topoksn aurora dikejauhan  setelah beberapa kali mencuba di beberapa lokasi berlainan.  



Cabin Village




penuh salji
Mencerap aurora


Persekitaran beku

Bersiap untuk teruskan perjalana selepas sarapan.  Selepas ini kami akan seberang sempadan ke Norway semula.


Persekitaran resort









Dalam perjalanan menuruni lereng, kami terpaku oleh pemandangan yang menakjubkan. Langit dengan topokan berwarna warni dan bergerak.  Kami sangakan aurora pada mulanya.  Namun setelah di google, pemandangan itu adalah fenomena awan dengan kandungan asid nitrik yang tinggi. Namun kami ucap syukur alhamdulillah serta subhanallah dengan kuasa Allah menjadikan semua itu.


Fenomena awan berwarna menarik ini telah viral di internet pada hari itu.  Masing-masing menyangka itu adalah aurora.  Fenomena ini sangat jarang berlaku.  Cuaca yang terlalu sejuk boleh memunkinkan terjadinya fenomena ini.  Semua kuasa Allah untuk menjadikannya.  






Selepas melihat dengan penuh takjub akan fenomena itu, kami bergerak ke sempadna Norway dalam cuaca seju beku.  Salji masih tebal dan turun.  



Sempadan Sweden Norway. Bersalji tebal.



Setelah beberapa jam perjalanan kami sampai ke rumah tumpangan untuk bermalam di Svolvaer.  Malam ini kami juga menunggu jika ada aurora di langit.  Namun di sebabkan cuaca dngan hujan yang turun malam itu, usagha itu gagal lagi. Pagi esoknay kami akan meneruskan perjalanan ke Reine untuk bermalam di sana. 

Pemandangan dari luar Guest huose Ausnesfjordveien.  Pemandangan menarik.


ICE HOTEL DI SWEDEN

Rusa musin sejuk yang gemuk.  Allah jadikan tahan hidup dalam salji
Persekitaran salji memutih
Arca yang menarik

Persekitaran salji


 Hari kelapan. Eksplorasi seterusnya ialah perjalanan dari Kilpisjarvi ke Abisko.  Dalam puluk sembilan lami mula bertolak dari Kilpisjarvi di Finland menuju Abisko di Sweden.  Kami melalui sempadan antara Finland dan Sweden.  Cuaca bawah paras beku.  -20C. Dalam perjalana persekitaran masih gelap walaupun sudah puluk 10 pagi.  Kami dapat melihat sekumpulan reen deer yang sedang mencari makanan.  

Sebelum ke Abisko, kami singgah di Ice Hotel Sweden.  Setelah memandu hampir 2 jam, kami melalui kawasan sejuk dengan salji memutih.  Sempat turun dari kereta untuk ke tandas di sebuah stesen petrol.

Tidak banyak kenderaan di jalan raya.  Setelah sampai di Ice Hotel kami dapati ramai pengunjung ke sini.  Hal ini disebabkan di sinilah satu-satunya hotel yang dibuat dari ais. Suhu -15C.  Ada dua buah ais hotel di sini.  Satu dibina khusus dalam musim salji dan sebuah lagi hotel yang sedia ada untuk pengunjung meninap. JIka nak masuk ke hotel perlu bayaran.

Bila memasuki ruang dalaman hotel ini, terlihat kreativi pereka bilik tidur yang mempamerkan reka bentuk bilik yang unik.  Ada katil berama tilam dan kerusi.  Terpapar nama pereka bilik tidur di pintu setiap bilik.  Saya hanya sempat memasuki beberapa buah bilik sahaja di sebabkan tidak tahan dengan cuaca terlallu sejuk.
Hadapan pintu hotel ais





gembira kesejukan








Semua dari ais


persekitaran salji memutih

reka benyuk bilik tidur.  Sanggup ke nak tidur atas bungkah ais?

Pintu masuk hotek ais


Bergaya di sisi katil ais


Antara reka bentuk bilik unik

Pintu masuk hotel ais yang asal

Di luar sekitar hotel ais

Nombor bilik

No bilik dan nama pereka 





Duduk atas ais


Di pintu masuk hotel


KESAN DOSA

  Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...