Pada hari ke sepuluh, kami terus mngembara dari Svolvaer ke Reine. Perjalanan bekereta memakan masa hampr 2 jam. Kami di bawa melalui kawasan berfiord di Lefoten . Lefoten merupakan gugusan pulau kecil yang sangat menarik. Dengan panggilan 'dramatic scenery', Lefoten menyerlahkan keindahan pulau dengan fiord denga teluk yang menjadi tumpuan pelancong. Kampung nelayan yang terdapat di Henningvaer, Nusfjord, dan Hamnoy kami sempat singgahi.
malam itu kami menginap di A Hamna Rorbuer, kabin yang sering digunakan oleh nelayan di Norway satu masa dulu. Kini rurbur ini telah dijadikan kabin untuk pelancong bermalam. Rumah kayu sederhana ini mengandungi dua bilik, satu bilik air yang moden dan bersih, serta ruang dapur yang lengkap dengan kelengkapan memasak yang moden.
Makan malam kami di sebuah restoran ikan terkenal di bandar perikanan itu. Panangan dariluar kurang menarik namun bila berada di dalamnya menampilkan suasana malam yang romantik dan menarik. Set makanan dengan ikan salmon atau kod boleh dibayar dengan harga RM 100.00.
Malam itu cuaca sejuk dengan salji mula turun dengan lebat. Ditambah dengan tiupan angi yang agak kencang sekitar 40 km/j. Kami cuba memburu aurora berasarkan maklumat aplikasi Aurora. Setelah beralih ke beberapa lokasi, usaha untuk menjejaki aurora malam itu diakhiri dengan kekecewaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan