Selasa, 17 Mac 2020

TALBIAH, MASJIDIL HARAM DAN COVID-19

27.2.2019 kami mula bertolak ke Makkah untuk tunaikan umrah.  Jadi sejak awal pagi kami sudah sedia dengan pakaian ihram.  Lepas ni nak bermiqat di Masjid Bir Ali.  Perjanlanan dengan bas dari Madinah sekitar 20 minit.  Selepas berniat ihram dalam bas maka kami pun mula bertalbiah.
Selesai towar
     
    لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.
Sesampai di Makkah, kami berehat sebentar menunggu jam 11 malam.  Dalam kumpulan mutawif bawa kami tawaf keliling Kaabah.  Walaupun telah tiga kali tunaikan umrah, namun bila memandang Kaabah, hati merasa sayu melihat kebesaran Allah dapat menyatukan umat Islam menghalakan.

Bersedia untuk tawaf
Jemaah umrah tetap ramai mengelilingi Kaabah.  Pergerakan perlahan apabila sampai ke garisan memulakan tawaf.  Walaupun sesak dengan manusia, namun ibadat suci yang menuntut kesabaran dan rendah diri dengan kebesaran Allah dapat membantu melancarkan amalan semasa tawaf.  

Apabila selesai tawaf dan mengerjakan solat sunat tawaf serta diikuti dengan doan menghadap multazam.  Doa yang dibaca serta difahamo maknanya mampu meruntun perasaan dan dengan tidak disedari airmata penyesalan terhadap dosa yang telah dilakukan.  Semua manusia lakukan dosa. Maka dengan memohon ampunan Allah di hadapan Kaabah ammpiu beri kesan yang mendalam. 

setelah bercukur
Kami dibawa ke Mataf untuk melakukan ibadat sai.  Satu ibadat yang memerlukan kesabaran dan kekuatan fizikal.  Kita perlu berjalan antara Bukit Safa ke bukit Marwah.  Jaran antara dua bukit itu sekitar 420 meter. Pelu ulang alik sebanyak tujuh kali dan diakhiri dengan bertahallul. 

Bila tidak terdaya nak berjalan, boleh sewa skuter semasa bersai.
Mengerjakan sai bukan sekadar berjalan antara safa ke Marwah.  Jika difahami maksud bacaan semasa berulang alik antara Safa dan Marwah 

Virus Cover-19 di Makkah.  kami dikejutkan dengan berita penutupan kota Makkah dan Madinah untuk jemaah umrah.  Tersebar berita jemaah dari Malaysia dan beberapa negara lain tidak dibenarkan masuk ke kota suci tersebut.   Ada yang diminta berpatah balik ke Malaysia.  


Ziarah Jabal Thur Makkah
Memang benar.  Hari-hari terakhir kami di Mekkas, jemaah umrah semakin berkurang.  Walaupun semasa tawaf wada' masih ramai yang buat tawaf.  Mungkin waktu puncak sebelum subuh. Namun selepas jam 9 pagi lapangan tawaf semakin berkurang jemaah.  Allah menguji ketabahan umat Islam dengan cabaran virus tersebut.  

Digerbang masjid Abdullah bi Abbas di Taif

Pasar buah di Taif
Pasar buah Taif
Nak rasa jagung bakar Taif

Hidangan nasi Arab Taif

Kilang minyak wangi ros

Mohon doa di masjid Abdullah Abbas Taif




Gerbag masuk masjid Abdullah bin Abbas di Taif












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...