Selasa, 17 Mac 2020

MASJID NABAWI DAN SUCIKAN JIWA

Pada 22.2.2019 yang lalu selama 10 hari 12 malam saya dan isteri melakukan umrah melalui Andalusia.  Bersama saya ialah kakak, adik lelaki, serta tiga anak buah.  Alhamdulillah penerbangan sewa khas terus Airbus 380 Amal MAS ke Madinah lancar.   Pada awalnya saya beranggapan tidak ramai yang tunai umrah jika bukan musim cuti sekolah.  Anggapan saya salah apabila penerbangan sewa khas 487 tempat duduk penuh dengan jemaah umrah yang dengan semangat untuk menjejaki tanah haram Madinah.  Tidak sabar untuk ziarah makam Rasullullah di Masjid Nabawi.

Sampai di Lapamngan terbang Madinah, saya terpaku apabila melihat ramai petugas kaunter terdiri dari pekerja perempuan.  Walaupun mereka berjilbab namun keanehan wujud sebab selama ini pekerja perempuan memang tidak ada di sini.  Inilah perubahan yang dilakukan Putera Salman dalam rangka pembeharuannyanya.


Ketenangan di Masjid Nabawi

Mutawif membawa kumpulan jemaah lelaki berziarah ke masjid Nabi.  Mulanya singgah di seberang jalan Saqifah bani Saadah.  Di sinilah tempat para sahabat bermesyuarat untuk memilih pangganti Rasullullah yang baru wafat. Dengan kesepakatan sahabat, pelantikan Abu Bakar untumenggantikan Rasullullah di Saqifah di buat dalam masa yang singkat.  Para sahabat dari Ansar dan Muhajirin memberikan baiah.

latar belakang Saqifah Bani Saadah
Namun satu perkara yang menyedihkan ialah kami tidak berpeluang untuk memasuki kawasan Saqifah disebabkan projek pembesaran kawasan masajid Nabawi sedang berjalan.  Saqifah Bani Saadah hanya tinggal kawasan yang kecil akibat pembangunan tersebut. Hati makin sayu apabila peninggalan sejarah yang lain seperti pasar Nabi juga telah tinggal sejarah akibat perubahan tersebut.


Usaha memasuki Raudah.  Hampir sejam penuh sabar


Terlalu hampi untuk masuki Raudah.


Semasa rangka memasuki Raudah atau Taman Syurga) , masa yang diambil hampir satu jam. Berkat kesabaran, akhirnya hajat tersebut Allah makbulkan.  Alhamdulillah.  Namun rasanya saya tidak mampu untuk ke raudah kali kedua disebabkan faktor usia.  Setelah itu rasa hiba, sedih dan terlerai air mata apabila menyusuri makam Rasullullah dan sahabatnya Abu Bakar dan Umar.  Namun doa yang dapat diucapkan semasa menziarahi mu ya Rasulullah;

Ziarah makam Rasullullah s.a.w , Abu Bakar dan Umar r.a

“Sejahtera atasmu wahai Rasulullah. Sejahtera atasmu wahai Nabi Allah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Allah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Tuhan seluruh alam. Semoga Allah memberi balasan kepadamu bagi pihak kami wahai Rasulullah, sebaik-baik balasan yang Allah berikan kepada Nabi dan Rasul bagi pihak umatnya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa engkau adalah hamba-Nya dan Rasul dari kalangan makhluk-Nya. Aku bersaksi juga bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati ummah dan berjihad untuk Allah sebenar-benar jihad.”


Selepas empat malam di sini, kami bertolak ke Makkah untuk melaksanakan umrah.












Ziarah Uhud






Masjid Quba




Masjid Khandak



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...