Rabu, 4 November 2015

Tautan Kasih Kerinchi 1

Hari pertama 9 Oktober 2015, Jumaat

Program untuk melawat dan eratkan silaturrahim dengan saudara mara di Kerinchi telah dibuat sejak beberapa bulan lalu.  Maka pada hari ini program tersebut dapat dijelmakan.
Peta kedudukan Sungai Penuh, Kerinchi.  

Tiket kapal terbang ke Padang
12 orang waris Kerinchi Simat di KLIA2 (Dr Yusuf tukang gambar)
Check in di KLIA2.  Pak Teh Ali dan Habibah bersemangat walaupun datang jauh dari Palong 6
Bandara Minangkabau
Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau Padang sekitar jam lapan pagi.  Menurut  pengumuman juruterbang,  penerbangan tiba awal 20 minit.  Agaknya langit berjerebu menjadikan kapal terbang makin laju. Pemandangan sekitar Bandara (Bandaraya Udara),  banyak akronim di Indonesia) berjerebu (Indonesia:  Kabut asap).  Jarak penglihatan sekitar 900 meter di Bandara. Saya mula memikirkan akan ancaman jerebu terhadap program selama enam hari lima malam.  Setelah urusan imigresen dan kastam selesai rombongan kami terus ke Sungai Penuh, Kerinchi.

Rombongan kami seramai 12 orang disediakan 3 van Inova oleh agen pelancongan yang sedia menunggu.  Pengalaman serik naik bas dari Dumai ke Padang sekitar tahun 80an masih dalam ingatan.  Ketika itu ikut lawatan ke institusi pendidikan tinggi sekitar Padang bersama pensyarah dan pengetua Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.  Jadi dengan menaiki van yang masih cantik  memberi harapan akan keselesaan perjalanan kami nanti.  

Innova.  Kijang Indonesia

 Misi utama kami ke Sungai Penuh, Kerinchi adalah untuk mengeratkan silaturahim dengan keluarga di sini.  Setelah merangka program ini hampir tiga bulan yang lalu, akhirnya cita-cita dapat dijelmakan.   Dr Yusuf dan Nornas banyak beri harapan yang program ini akan berjaya. Di samping itu usaha gigih Hj Razak, suami Nornas juga banyak bantu urusan perjalanan kami. Walaupun pada peringkat awal ramai yan setuju nak turut serta, namun akhirnya hanya 12 orang yang berhati waja untuk teruskan amal ibadat ini.  

Saya dan rakan perserta lain juga setuju bahawa usaha eratkan silaturahim mengandungai fadilat yang dituntut untuk dilakukan.  

Sesuai dengan hadis Rasulullah SAW: "Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan saum?" tanya Rasul pada para sahabat. "Tentu saja," jawab mereka. Beliau kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menghubungkan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturahmi" (HR Bukhari Muslim). 

Di samping itu, kami berhasrat untuk merungkai salalasilah keluarga yang berjauhan di seberang.  Maka program ini  dapat menemukan saudara mara di Kerinchi.  Arwah emak saya selalu beritau yang saudara sebelah datuknya berasal dari Kerinchi.  Masa itu tidak terbayang yang satu hari saya akan bertemu juga saudara yang dimaksudkan oleh emak.  Di samping itu, melalui perjumpaan dan bualan di dalam grup whats app cadangan ini seringkali ditimbulkan. Oleh itu, saya dan ahli waris yang lain bulatkan tekad satukan hati untuk ke sana.

Melalui usaha Dr Yusuf dan Hajah Nornas, isteri kepada Hj. Abd Razak dari Seremban program ini dapat dirancang dengan lebih baik.  Ini disebabkan dia memiliki banyak pengetahuan berkaitan tentang jurai kerurunan keluarga kami.  Kebetulan Nornas memang ada keluarga sebelah bapanya di Kerinchi.  Maka kemungkinan untuk bertemu sanak saudara yang lain akan dimakbulkan. 

Pemandangan sepannagn perjalanan ke Kerinchi jika cuaca terang
Setelah semuanya siap, van kami mula meluncur ke Kerinchi. Menurut pemandu van, Rafles namanya, perjalanan dari Padang ke Sungai Panjang makan masa sekitar 8 jam.  Dia yang berasal dari Padang berpengalaman membawa pelancong keserata tempat di Sumatera. Kami membayangkan jarak perjalanan kami dari KL ke Kota Baru melalui jalan biasa. Tidak ada lebuh raya di sini.  Jalan pula dikatakan sangat berliku hajam.  Walau bagaimanapun pengalaman melalui jalan sempit dari Dumai - Bukit Tinggi - Padang (1980an), jalan sempit di Medan -Brastagi (90an) serta lawatan ke Padang Bukit Tinggi sebelum ini mungkin dapat bantu melegakan hati.  

Setelah melalui perjalanan sebenar, memang tepatlah semua yang dijangkakan.  Rafles, pemandu van kami nampak cekap kendalikan van melalui jalan berliku dan curam. Perjalanan mendaki gunung curam dan berliku menjadikan mata sukar untuk dilelapkan. Jalannya berliku dan banyak yang rosak.  Tapi disebabkan sekitar perjalanan pemandangannya cantik.  Melalui ladang teh dan kebun sayur yang luas.  Cuaca yang sejuk juga menyumbang kepada giatnya usaha pertanian di sini.  Agak malang apabila sekitaran berjerebu.  Jarak pandangan sekitar 900 meter sahaja.

Akibat cuaca berkabut, kami tak dapat lihat keindahan alam di sini sepenuhnya.  Tapi semua itu kuasa Allah.  Kita hanya mampu merancang.  Allah yang berkuasa menentukan semua kejadian.  Maka yang penting kita reda dengan ketentuan-Nya.
Pemandangan di ladang teh di Kabupaten Solok.  Nun dihujung ufuk masih berjerebu. 

Van innova yang kami naiki sepanjang misi ini

Minum kopi o kau dihentian ladang teh.  Minum kopi di ladang teh!

Masih segar walaupun dah hampir 2 jam perjalanan

Hantian pertama kami ialah di Ladang teh di Kabupaten Solok.  Ladangnya agak luas dan ada kelihatan pekerja yang sedang petik daun teh.  Mereka masih petik guna tangan dengan gunting pemotong.  Sempat juga kami minum kopi di warung tepi jalan. 


Singgah makan tengahari di restoran ini.  Masak guna kayu api (kayu manis).  Dikatakan guna kayu dapat kekalkan kesedapan masakan
Perjalanan lalui jalan berliku sangat meletihkan.  Namun mata sukar dilelapkan sebab tidak selesa dan rasa hati nak juga lihat tempat yang baru dikunjungi.  Kami makan tegnahari di sebuah rumah makan di Kabupaten Solok Selatan.  Hidangan utama orang Padang dengan lauk pauk yang banyak.  Disebabkan perut lapar maka juadah yang dihidangkan terasa enĂ¥k.

Sembelih ayam sempena ketibaan rombonban kami.
Setelah sampai di Sungai Penuh, kami terus ke rumah Andri, anak buah Nornas. Ramai saudara mara dia yang tunggu kesampaian kami.  Nampaknya mereka telah lama menunggu.  Suasana penuh mesra apabila pertama kali bertemu.  Kami di bawa ke rumah saudara Nornas di seberang jalan.  Bila sampai, mereka sedia menunggu dengan dua ekor ayam yang nak di sembelih.  Mungkin itu adat mereka apabila sambut tetamu yang telah lama tidak bertemu. Semasa berbual, mereka sangat teruja dengan kedatangan kami.  Namun saya masih tidak dapat merasai ikatan keluarga yang dibincangkan sebelum ini.  Perbualan sekitar bertanya khabar dan menyebut satu dua nama yang saya tidak pernah dengar.  Mungkin Nornas maklum sebab rumah itu adalah saudara sebelah bapanya.



Nornas disambut saudara mara 

Senyum, sampai juga den kat Kerinchi..

Setelah minum dan makan sedikit juadah petang, kami mohon pulang ke hotel.  Kami menginap di Hotel Mahkota.  Dalam perjalanan ke hotel kami singgah untuk makan malam disebuah restoran yang telah sedia dengan makanan Padang. Satu kelebihan yang ada pada pelayan restoran ialah bawa piring lauk pauk dalam jumlah yang banyak. Menurut pemandu van kami, Rafles, ada teknik yang digunakan agar piring tidak jatuh.  Cara ini baik sebab dapat jimat masa dan menunjukkan kemahiran unik orang Padang. Makanan Padang yang diletakkan di atas meja banyak sekali.  Sekali pandang agak sukar untuk dihabiskan.  Namun harus diingat,  setiap piring yang diusik lauknya perlu dibayar. 

Bila dah makan perut kenyang.  Bila dah malam, mata mengantuk.  Disebabkan badan penat, perut kenyang maka alamatnya perlu rehat.  Malam ini kami menginap di Hotel Mahkota.  Letaknya dalam pekan Sungai Penuh Kerinchi.  Hotel dalam kadar 2 bintang agaknya. Tak ada aircon tapi jika buka tingkap udara sejuk juga.  Tapi sebab jerebu kuat, tingkap mesti ditutup. Kena tahan panas sementara sejuk menjelma. Alhamdulillah, tamat satu hari program hari ini. Banyak masa habis didalam van..


Gambar kenangan di hadapan Hotel Mahkota, Sungai Penuh

Selasa, 20 Oktober 2015

Tautan Kasih Kerinchi 2

Sungai Penuh, Kerinchi: 10 Oktober 2014

Danau Kerinchi ketika tak jerebu (Sumber Google image)
Hari kedua dimualakan dengan melawat beberapa tempat menarik di Kerinchi.  Semuanya bermula selepas sarapan di hotel.  Destinasi pertama kami dibawa bersiar-siar ke Danau Kerinchi.  Perjalanan dari hotel mengambil masa beberapa minit.  Namun disebabkan keadaan jalan yang kecil dan rosak menuntut kesabaran.  Danau Kerinchi dengan keluasan hampir 17 km, jika tidak ada ganggunan kabut asap memiliki panorama yang cantik.


Subhanallah, cantiknya pemandangan danau (Sumber Google image)

Danau Kerinci merupakan sebuah danau yang terletak di Provinsi JambiIndonesia. Tepatnya di Kabupaten Kerinci. Danau ini memiliki luas wilayah 5000 meter persegi dengan memiliki ketinggian 783 meter di atas permukaan laut.  Danau yang terletak di kaki Gunung Rayo ini merupakan Danau terbesar yang ada di Kabupaten Kerinci, Luasnya adalah 4.200 hektare. Danau ini terletak sekitar 16 kilometer di Selatan Kota Sungai PenuhDanau ini berada di dua wilayah Kecamatan iaitu Kecamatan Keliling Danau dan Kecamatan Danau Kerinci. Danau Kerinci merupakan danau vulkanik yang memiliki kedalaman 110 meter. Danau Kerinci mempunyai pengaruh yang besar dalam memenuhi kemudahan air di daerah sekitar kerinci baik untuk pertanian maupun kemudahan air minum masyarakat.
(Sumber:  Wikipedia)
Pemandangan jerebu latar belakang danau.  

Tanda dah samapai sini.  Elok teratur susunannya

Dalam perjalalan ke Danau Kerinchi, sempat juga menikmati kawasan sawah padi yang menarik.  Walaupun berkabu, namun sempat juga bergambar.  Petani di sini masih lagi guna kaedah tradisi.  Semai benih padi dan apabila besar di tanam secara manual.  Begitu dengan cara menyabit padi yang sudah masak.  Mereka guna sabit.  

Pemandangan sawah padi sedang masak.  Kg Tangkoh Simat dah pupus semua ni

Petani sedang tuai padi.  Cantik menguning
Tempat menarik kedua yang ditunjukkan kepada kami ialah kolam air panas di Semurup, Sungai Penuh.  Apabila sampai kami dapati kawasan berpagar dengan kolam air panas yang berasap.  Ini menunjukkan suhu air yang sangat panas.  Dikatakan ada kejadian pengunjung yang Ada beberapa peniaga yang menjual telor ayam yang boleh direndam ke dalam air panas itu.  Dikatakan telor tersebut akan masak disebabkan panasnya.  Tempat ini kelihatan kirang menarik kepada pelancong dari Malaysia.  Hal ini disebabkan pusat sebegini lebih menarik dan bersih.

Pintu masuk Kolam air panas, Semurup

Menurut masyarakat setempat sumber Air Panas Semurup sering dijadikan tempat orang bunuh diri. Sudah banyak orang yang mengakhiri hidupnya di sumber air panas tersebut. Setiap orang yang bunuh diri yang tinggal hanya cebisan kain. Masyarakat setempat mengatakan bahawa jika pergi ke sumber Air Panas Semurup jangan ada niat sedikit pun untuk bunuh diri. Hal ini disebabkan sumber air panas tersebut seperti memanggil-manggil jiwa yang berniat akan bunuh diri. Menurut masyarakat setempat sumber Air Panas Semurup ini sudah ada sejak ribuan tahun yang lalu. 
Masyarakat setempat pun mengatakan bahawa sumber Air Panas Semurup sempat dimanfaatkan oleh tentara Belanda untuk tempat pemandian. Beberapa kamar mandi di tempat ini pun merupakan bekas peninggalan Belanda, dan hanya atap bangunan saja yang diubah. (Ubahsuai Sumber:  Wikipedia)



Kolam air panas berasap
Majlis makan tengahari dan suai kenal.  Dr Hj Yusuf, cucu Hj Kari sedang berfikir kandungan ucapannya


Setelah meninjau kolam air panas, kami terus ke rumah saudara mara di Kg Sg Penuh. Ini adalah tujuan utama kami ke sini.  Kami disambut dengan meriah dan jamuan tengah hari kelihatan telah tersedia.  Sebelum makan tengahari, sesi perkenalan dilakukan oleh tuan rumah dan di balas oleh Dr Yusuf.  Juadah makan tengahari termasuk gulai pucuk labu dah terhidang.  Maka ucapan tak boleh panjang lebar. Sodap nampak lauk pauk yang dihidang.  Lama dah tak rasa gulai pucuk labu.   Pucuk labu di sini saiz kecil.  Tak macam di tempat kita.  Gomok. Disebabkan lapar, kebanyakan piring gulai mudah untuk dibersihkan..

Bersama Buya Hj Jamil.  Masih ceria dan suara pun masih terang
Selepas makan tengahari, perbincangan tentang keluarga diteruskan.  Maklumat yang diberikan oleh Buya Sheikh Jamil mencerahkan beberapa kemusykilan.  Beliau berumur 87 tahun tapi masih dapat mengingati salasilah keluarga.  Beliau menyatakan  salasilah keluarga yang termampu olehnya. Walaupun ada beberapa maklumat yang tidak jelas namun kami akan dapatkan pada pertemuan berikutnya.  Maklumat tentang Hj Kari masih kabur.  Kami harap dalam pertemuan seterusnya akan ada pencerahan

Pejabat ketua kampung


Hjh Noriah temu bual saudara maranya.  Ini rupo macam Wan Che Yah Simpang ni..
Musim menjemur.  Padi dijemur tepi jalan.  Walaupun menghalang laluan kenderaan , fenomena ini ada di mana-mana di sini.  
Rumah kedua kami dijamu dengan nasi padang.  Rumah ini telah dibina sejak tahun 50-an lagi.  Diperbuat dari kayu dan masih kukuh. Ramai saudara mara yang sedia menunggu.  Juadah yang pelbagai dan enak.  Disebabkan tak kenal daum ulam, ada saudara kita yang makan daun yang disangka ulam.    Tak salah, jadi daun herba..Buya Hj Ismail yang baca doa selamat.  Dia tak serta makan sebab puasa. Hebat buya ni..

Selesai makan, tak lupa nak bergambar.  Konyang makan dan bergambar
Selepas makan, kami solat zuhur di masjid di belakang kawasan rumah ini.  Masjid Taqwa namanya.  Tak ramai jemaah di sini.  Hal ini mungkin disebabkan ada sebuah lagi masjid. Letaknya  tidak jauh dari masjid ini.  Masjid yang lagi satu ini lebih besar pula.  Mereka bina sendiri masjid. Jadi saya beranggapan penduduk kampung di sini sangat pentingkan membina masjid. Kebanyakan penduduk mereka akan ke masjid pada waktu azan dilaungkan.  Anak muda tak banyak kelihatan.  Agaknya sibuk dengan pekerjaan. fenomena ini ada di mana-mana. Masjid untuk orang tua.

Kami juga sempat menelusuri kawasan sekitar tebing sungai di sebelah belakang kampung ini.  Dikatakan sungai yang ada semakin kecil dan air semakin cetek akibat perubahan cuaca dan pembangunan.  Masih ada sebuah jambatan gantung yang menghubungkan kampung sebelah sini dengan kawasan sawah padi.  Di sinilah suku sakat keluarga kami menjalani kehidupan sejak dulu lagi.

Masjid Taqwa.  Selepas zohor, ada kelas mengaji untuk kanak-kanak

Latar belakang Sungai Semurup

Hati-hati.  Jambatan tu dibina tahun 50an dulu.  Elok-elok jalan tu.  Kok kono duduk terus kat sini

Sungai sebagai sumber air untuk pertanian dan kegunaan awam

Rumah ketiga dalam sesi kunjungan kami masih lagi merupakan sanak saudara rapat dengan Nornas. Kami masih mendengar jurai salasilah yang dibincangkan sejak mula tadi.  Kami masih merasai wujudnya hubungan keluarga melalui maklumat yang diberikan.  
Kunjungan rumah ketiga 
Rumah kelima dalam kunjungan kami asalnya tidaklah dirancang sangat.  Tapi disebabkan ada surat yang dibawa oleh Hjh Noriah, maka kunjungan diteruskan. Kami diberitahu ada saudara sebelah Hjh Noriah di sini.  Setelah dibacakan surat yang dia bawa dan dibacakan kepada Hj Jamil semasa di rumah pertama, dia kata orang yang dicari itu ada dihujung kampung.  Maka setelah sampai ke rumah keempat kami sempat merakamkan peristiwa yang sangat sukar nak dipupakan.  Watak-watak yang ada di dalam surat yang Hjh Noriah (Acik Anit) muncul.  Maksudnya rumah yang kami tuju adalah tepat.  

Rumah Cikgu Amir zam  

Cik Anit sedang menceritakan kandungan surat yang ditulis oleh Hj Mutalib yang dihantar kepada emak ayah Acik di Bukit Rokan.  Salah seorang watak yang disebut dalam surat ini ialah Cikgu Amir sebagai anak kepada Hj Mutalib.

"Ruponyo kita sedaro. Surat bukti ni ditulis tahun 1978.  Autentik surat ni.  Mulo-mulo tadi saya susah jugo nak percayo.  Tapi bilo dah baco surat ni barulah tau hal sobonanyo"  kata cikgu Amir.

 Rumah kelima dalam misi hari ini kami disambut mesra oleh Hj Jarulis.  Beliau sambut kami dengan gembira.  dia sudah sedia menerima kunjugan kami.  Orangnya peramah dan dalam sesi penerangan salasilah keluarga, dia begitu mahir dan ingat nama-nama saudara mara sebelah ayahya yang pernah ke Malaysia.  Menurut ceritanya, dia adalah dari sebelah keluarga Hj Kari.  Dr Yusuf ketika mendengar penerangan Hj Janulis mula tersenyum.  Ini disebabkan maklumat berkaitan Hj Kari tidak diperoleh dengan sempurna di rumah yang kami singgah sebelum ini.  Saya pun tumpang senyum juga walaupun status saya hanya cicit Hj Kari.  Dapat dirasakan begitu kecil dunia.   Sanak saudara yang jauh dan tak pernah ditemui sebelum ini dapat dilihat di depan mata.

Sesi bicara keluarga dengan Hj Jarulis
Hj Jarulis sedang bercerita

Saudara kepada Hj Jarulis.  Mantan Insenior Pertamina yang kini
tokoh politik dan masyarakat di sini


Hj Jarulis memiliki suara yang jelas. Gaya bahasa dan lenggok cakapnya sangat teratur. Layak jika dikatakan dia adalah mantan wakil Bupati di sini.  Dilihat dari gambar potret yang tergantung di dinding rumahnya, memang dia orang dihormati di sini.  Kami juga diberitahu bahawa dia juga telah ditabalkan sebagai Sultan (Sutan) di sini.  Katanya untuk majlis pelantikan itu, tiga ekor kerbau ditumbangkan.  Ruponyo sedaro rajo Kerinchi kito ni.

Sesama di rumah Hj Jarulis, dia turut menjempiut beberapa saudara dekatnya sekali untuk bertemu rombongan kami.  Antaranya seorang calon Bupati Kerinchi dan dia pernah menjawat jawatan ahli DPR (Parlimen) Indonesia.  Saya tak ingat namanya.  Namun dari tutur katanya,  saya lihat dia seorang tokoh pemimpin di sini.  Dia ingin agar tali persaudaraan yang dijalin dapat diperkukuhkan.  Hj Jarulis agak terkilan kerana masa yang diambil untuk kenal dengan saudara mara di sini agak terhad.  

Setelah bergambar kenangan dengan kerabat di sini, kami pulang ke hotel dengan penuh kepuasan.  Puas kerana hajat untuk bertemu saudara sebelah sini dapat ditunaikan.  Di samping itu, usaha untuk mengenali saudara mara telah berlangsung dengan baik dan harmoni.  

Ini sanak saudara Cikgu Amir yang mengunjungi kami di hotel .
Begitu teruja mereka nak bertemu kami
Sebelah malamnya, kami dikejutkan dengan kedatangan keluarga Cikgu Amir bersama kaum keluarganya.  Dia rasa tidak sedap hati sebab adik beradk dan saudara maranya seperti yang tertulis di dalam surat yang dibawa oleh Cik Anit tidak dapat bertemu dengan rombongan kami.  Mereka datang ke hotel dan berkongsi cerita tentang salasilah keluarga.  Sampai kekemuncaknya,  mereka menalipon adik kepada Cikgu Amir yang sedang tunai haji di Mekah.  Sempat Cik Anit berbual dengan beliau.  

Bersama keluarga Cikgu Amirzam di lobby hotel
Begitulah nukilan dan ceritera persaudaraan yang tertaut di Kerinchi yang hanya sempat dilakukan dalam masa setengah hari saja. Walaupun singkat masanya, namun saya beranggapan sangat berjaya.    Kami tidak menyangka ini kesudahan cerita program kami di Kerinchi. Mungkin selepas ini sanak saudara yang lain boleh merancang program tautan kasih Kerinchi dengan lebih baik lagi.  Hal ini disebabkan kita telah memiliki maklumat keluarga yang lebih jelas dan tahu di mana hendak dituju. Plot dan watak bagi cerita tautan kasih seterusnya tentu lebih menarik, insyaallah.












Rabu, 23 September 2015

Terkenang Seruan Allah - umrah 2013

 

Sempena hari Arafah yang jatuh pada hari ini, saya terkenangkan kunjungan memenuhi seruan Allah pada ibadah umrah pada 2013.  Semoga Allah memberi kelapangan kepada saya agar dapat menunaikan haji sekali lagi pada masa akan datang. Kepada-Mu aku datang ya Allah..

Bersama Alang tunai Umrah





Rabu, 9 September 2015

APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: PENGUASAAN GURU DAN KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN



Yahya Othman, PhD, Roselan Baki, PhD 

1st International Malaysian Educational Technology Convention Proceeding 

ABSTRAK
Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan komputer dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Maka kajian secara tinjauan ini meneliti tahap dan kekangan dalam melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan komputer. Di samping itu, kajian juga mengkaji kekangan yang mengganggu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Sampel kajian terdiri daripada 87 guru BM di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran. 

Untuk artikel penuh sila baca di sini.  

Rabu, 12 Ogos 2015

Eksplorasi Eropah 16: Brugge, BELGIUM - Amsterdam, HOLLAND (Siri Akhir)

Brugge, Belgi
14 Disember 2014:  Kami sudah sampai ke penghujung misi jelajah Eropah. Perjalanan pagi ini dimulakan dengan jelajah Brugge, Belgium.  kami jelajah Brugge dengan berjalan kaki melihat square dan canals di sekitar bandar ini.  Sebagai bandar bersejarah,  keindahan dapat dikalkan di sini.
Brugge merupakan ibu negeri dan bandar terbesar di wilayah Flanders Barat di Belgium. Brugge terletak di lokasi barat laut negara.
Pusat bandar bersejarah ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Brugge kadang kala dirujuk sebagai "Venice Utara". Pada suatu masa nanti, bandar ini akan menjadi "ketua bandar kormesial" di dunia (Wikipedia)

Setelah jelajah ringkas di Brugge, kami meneruskan perjalanan ke Amsterdam,  Belanda atau Holland.  Perjalanan hari ini merentasi sempadan sejauh 350 km dari Brugge ke Amsterdam

Sampai di Amsterdam kami di bawa ke sebuah perkampungan yang cantik pemandangannya.  Yang kami nak lihat dengan dekat ialah kincir angin (windmill).  Ikut seperti  rencana, kami ke perkampungan Zanse Schans.  Tidak lama di sini kami jelajah kawawan perumahan yang agak moden dengan seni bina rumah yang menarik.  Kebanyakan rumah terletak di tepi terusan air.  

Kincir angin popular di perkampungan ini
Bergambar kenangan
Seni bina rumah di Amsterdam.  Unik pada bumbungnya
Cuaca masih sangat sejuk. Melawat kampung nelayan di Fishing Village, Volendam adalah destinasi seterusnya.  Volendam dibina di atas daik (tebing) tinggi yang memisahkan laut dengan darat yang lebih rendah arasnya.  Di sini kami makan tengahari di sebuah restoran yang menghidangkan makanan laut di Restoren De Keo. Micheal dah biasa makan di sini.   Tak sabar nak makan menu ikan.  Sudah terlalu lama tak jamah ikan.  Sejak jelajah bermula. Jadi menu ikan tengahari ini mengujakan. Tuan punya restoran pula ramah.  Selepas makan, kami bersiar-siar di sekitar perkampungan ini.  Sempat juga beli sedikit cenderamata.
Kampung nelayan di Volendam
Menu ikan di restoran ini
Sedap dan berselero.. 
Sodap makan tengahari 
Bergambar dengan tauke restauran
Kenangan di Velondam
Malam di Amsterdam.  Amsterdam tidak seperti kota lain di Eropah.  Tidak ada apa yang hendak dilihat.  yang ada hanya bangunan lama dan tua.  Yang menjadi tarikan pelancong ialah terusan air yang merentasi bandar.  Waktu malam bagi pelancong yang berumur tidak signifikan bagi mereka.  Ini disebabkan Amsterdam tidak menghidangkan sesuatu yang menarik.  Manakala bagi mereka yang muda dan tidak memikirkan halal haram, Amsterdam adalah tempat tumpuan mereka.  Apa tidaknya, semua dibenarkan di sini.  

Berjalan-jalan di sini, bau yang tidak disenangi hidung sering terhidu.  Kata kawan, bau marijuana.    Walaupun terdapat amaran oleh kerajaan akan kesan pengambilan marijuana, namun kesan negatif tetap akan wujud. Bebas untuk mendapatkannya di sini. Di kebanyakan tempat terdapat kawasan red light.  Tingkap yang ada lampu warna merah. Terkenal di sini.   Tempat pelacuran yang bebas.  Untuk di tonton atau di perdagangkan, semuanya dibenarkan. Polis tak tangkap.  Ini adalah pengalaman yang tak perlu untuk diperkemaskan jika anda tak inginkannya.  Tempat sebegini merupakan ancaman kepada iman bagi Muslim.  Bagi yang datang dengan isteri, dia akan pegang tangan kuat-kuat. Biar iman jadi  lebih kukuh. Kebebasan hidup yang ditegah dalam Islam ada di sini.  Maka ujian ini mampu untuk tujuan melawan nafsu syaitan bagi Muslim yang tahu di mana sempadan antara hak dan batil.  


Semua boleh di Amsterdam.  Tapi ramai yang dah mati akibat ambil kokain secara bebas.
 15 Disember 2014: Hari kedua di Amsterdam.  Destinasi awal pagi ini ialah ke  Flora Holland.  Di sini adalah pusat lelongan beli bunga terbesar di Eropah. Pusat lelong bunga ini sangat besar dengan penggunaan teknologi yang canggih.  Pelawat dibenarkan memasuki pusat ini untuk melihat perjalanan lelongan bunga.  Disebabkan jadual lelongan telah tamat, maka tidak ramai pelancong yang melawat hari ini.  Namun kami sempat  juga melihat cara pekerja mengendalikan bunga-bungaan yang disusun atur di tempat yang disediakan.  Pekerja dilihat sangat profesional mengendalikan bunga-bungaan.  

Pusat lelong bunga Flora Holland.  Bunga sebagai komoditi utama negara
Lelong bunga

Suasana di pusat lelong.  Bunga-bunga di susun guna kepakaran.  Pekerja bekerja sangat cepat dan cekap uruskan bunga yang akan dihantar keluar negara
Bunga yang nak di lelong

Bunga akan memalui platform depan bilik ini.  Maklumat bunga terpampang di layar.  Pembida akan membida. Teknologi canggih lelong bunga.  Kami sampai ketika lelong dah selesai.
Cantik
Di luar kawasan Flora Holland
 I Amsterdam.  Mercu tanda untuk bergambar.



Jelajah Amsterdam, Venice Timur menaiki cruise sangat menarik.

Tempat letak basikal bertingkat.  Di negara kita tempat parkir kereta bertigkat.. 
Pemandangan yang cantik melalui cruise yang dinaiki
Kenangan
Dah sampai kemuncak di Venice Timur
Keletihan.  Lepas ini boleh balik malaysia.  Dah lama sangat merantau...

Hari akhir di Amsterdam. Makan tengahari di Warong Solo
Dah nak balik.  Di Lapangan terbang Antabangsa Schipol, Amsterdam.  Dah tamat eksplorasi Eropah selama 16 hari 15 malam. Eksplorasi bermula dari 30 November - 16 Disember 2014.  Alhamdulillah kami semua selamt dalam ekspedisi jelajah Eropah.  Terima kasih kepada semua sahabat yang turut serta.  Kepada Micheal sebagai juru pandu  kami, terima kasih atas perkhidmatan yang diberikan.  Banyak pengalaman dan kenangan manis semasa ekspedisi ini.  Semoga kami dapat rancang ekspedisi yang lain mungkin di lain benua pula.  

Walau bagaimanapun, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah swt yang telah memberikan kelapanagn dan keselamatan sepanjang perjalanan kami. Berkat doa dan harapan kami dapat menamatkan jelajah Eropah selama 16 hari 15 malam dari Paris hingga kembali ke Amsterdam.  Kami semua sihat dan dapat menikmati alam ciptaan Allah Yang Maha Kuasa.  

Disamping itu kami juga telah menjelajahi London selama 4 hari 3 malam.  jadi keseluruhan ekspedisi ini selama 20 hari. Satu pengalaman yang sukar dilupakan.  Semoga Allah dapat memberi kami kelapangan masa dan sihat pada masa akan datang bagi kami melihat keagungan Allah sebagi pentadbir alam ini.


Puas hatilah.. Alhamdulillah
Ada apa-apa perbezaan selepas menjelajah Eropah?
Ketika di KLIA.  Ni gambar sebelum jelajah.  Nak memulakan eksplorasi. Senyum senang dan berkobar-kobar nampaknya.


Inilah Route map spending penjelajahan kami yang diuruskan ole DPM Destination Planner & Management.


Kepada yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemandu pelancong boleh hubungi 
MICHEAL CHEN di alamat di bawah (Iklan percuma!!)


KESAN DOSA

  Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...