|
Brugge, Belgi |
14 Disember 2014: Kami sudah sampai ke penghujung misi jelajah Eropah. Perjalanan pagi ini dimulakan dengan jelajah Brugge, Belgium. kami jelajah Brugge dengan berjalan kaki melihat square dan canals di sekitar bandar ini. Sebagai bandar bersejarah, keindahan dapat dikalkan di sini.
Brugge merupakan ibu negeri dan bandar terbesar di wilayah Flanders Barat di Belgium. Brugge terletak di lokasi barat laut negara.
Brugge kadang kala dirujuk sebagai "
Venice Utara". Pada suatu masa nanti, bandar ini akan menjadi "ketua bandar kormesial" di dunia (Wikipedia)
Setelah jelajah ringkas di Brugge, kami meneruskan perjalanan ke Amsterdam, Belanda atau Holland. Perjalanan hari ini merentasi sempadan sejauh 350 km dari Brugge ke Amsterdam
Sampai di Amsterdam kami di bawa ke sebuah perkampungan yang cantik pemandangannya. Yang kami nak lihat dengan dekat ialah kincir angin (windmill). Ikut seperti rencana, kami ke perkampungan Zanse Schans. Tidak lama di sini kami jelajah kawawan perumahan yang agak moden dengan seni bina rumah yang menarik. Kebanyakan rumah terletak di tepi terusan air.
|
Kincir angin popular di perkampungan ini |
|
Bergambar kenangan |
|
Seni bina rumah di Amsterdam. Unik pada bumbungnya |
Cuaca masih sangat sejuk. Melawat kampung nelayan di Fishing Village, Volendam adalah destinasi seterusnya. Volendam dibina di atas daik (tebing) tinggi yang memisahkan laut dengan darat yang lebih rendah arasnya. Di sini kami makan tengahari di sebuah restoran yang menghidangkan makanan laut di Restoren De Keo. Micheal dah biasa makan di sini. Tak sabar nak makan menu ikan. Sudah terlalu lama tak jamah ikan. Sejak jelajah bermula. Jadi menu ikan tengahari ini mengujakan. Tuan punya restoran pula ramah. Selepas makan, kami bersiar-siar di sekitar perkampungan ini. Sempat juga beli sedikit cenderamata.
|
Kampung nelayan di Volendam |
|
Menu ikan di restoran ini |
|
Sedap dan berselero.. |
|
Sodap makan tengahari |
|
Bergambar dengan tauke restauran |
|
Kenangan di Velondam |
Malam di Amsterdam. Amsterdam tidak seperti kota lain di Eropah. Tidak ada apa yang hendak dilihat. yang ada hanya bangunan lama dan tua. Yang menjadi tarikan pelancong ialah terusan air yang merentasi bandar. Waktu malam bagi pelancong yang berumur tidak signifikan bagi mereka. Ini disebabkan Amsterdam tidak menghidangkan sesuatu yang menarik. Manakala bagi mereka yang muda dan tidak memikirkan halal haram, Amsterdam adalah tempat tumpuan mereka. Apa tidaknya, semua dibenarkan di sini.
Berjalan-jalan di sini, bau yang tidak disenangi hidung sering terhidu. Kata kawan, bau marijuana. Walaupun terdapat amaran oleh kerajaan akan kesan pengambilan marijuana, namun kesan negatif tetap akan wujud. Bebas untuk mendapatkannya di sini. Di kebanyakan tempat terdapat kawasan red light. Tingkap yang ada lampu warna merah. Terkenal di sini. Tempat pelacuran yang bebas. Untuk di tonton atau di perdagangkan, semuanya dibenarkan. Polis tak tangkap. Ini adalah pengalaman yang tak perlu untuk diperkemaskan jika anda tak inginkannya. Tempat sebegini merupakan ancaman kepada iman bagi Muslim. Bagi yang datang dengan isteri, dia akan pegang tangan kuat-kuat. Biar iman jadi lebih kukuh. Kebebasan hidup yang ditegah dalam Islam ada di sini. Maka ujian ini mampu untuk tujuan melawan nafsu syaitan bagi Muslim yang tahu di mana sempadan antara hak dan batil.
|
Semua boleh di Amsterdam. Tapi ramai yang dah mati akibat ambil kokain secara bebas. |
15 Disember 2014: Hari kedua di Amsterdam. Destinasi awal pagi ini ialah ke Flora Holland. Di sini adalah pusat lelongan beli bunga terbesar di Eropah. Pusat lelong bunga ini sangat besar dengan penggunaan teknologi yang canggih. Pelawat dibenarkan memasuki pusat ini untuk melihat perjalanan lelongan bunga. Disebabkan jadual lelongan telah tamat, maka tidak ramai pelancong yang melawat hari ini. Namun kami sempat juga melihat cara pekerja mengendalikan bunga-bungaan yang disusun atur di tempat yang disediakan. Pekerja dilihat sangat profesional mengendalikan bunga-bungaan.
|
Pusat lelong bunga Flora Holland. Bunga sebagai komoditi utama negara |
|
Lelong bunga |
|
Suasana di pusat lelong. Bunga-bunga di susun guna kepakaran. Pekerja bekerja sangat cepat dan cekap uruskan bunga yang akan dihantar keluar negara |
|
Bunga yang nak di lelong
|
|
Bunga akan memalui platform depan bilik ini. Maklumat bunga terpampang di layar. Pembida akan membida. Teknologi canggih lelong bunga. Kami sampai ketika lelong dah selesai. |
|
Cantik |
|
Di luar kawasan Flora Holland |
I Amsterdam. Mercu tanda untuk bergambar.
Jelajah Amsterdam, Venice Timur menaiki cruise sangat menarik.
|
Tempat letak basikal bertingkat. Di negara kita tempat parkir kereta bertigkat.. |
|
Pemandangan yang cantik melalui cruise yang dinaiki |
|
Kenangan |
|
Dah sampai kemuncak di Venice Timur |
|
Keletihan. Lepas ini boleh balik malaysia. Dah lama sangat merantau... |
|
Hari akhir di Amsterdam. Makan tengahari di Warong Solo |
Dah nak balik. Di Lapangan terbang Antabangsa Schipol, Amsterdam. Dah tamat eksplorasi Eropah selama 16 hari 15 malam. Eksplorasi bermula dari 30 November - 16 Disember 2014. Alhamdulillah kami semua selamt dalam ekspedisi jelajah Eropah. Terima kasih kepada semua sahabat yang turut serta. Kepada Micheal sebagai juru pandu kami, terima kasih atas perkhidmatan yang diberikan. Banyak pengalaman dan kenangan manis semasa ekspedisi ini. Semoga kami dapat rancang ekspedisi yang lain mungkin di lain benua pula.
Walau bagaimanapun, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah swt yang telah memberikan kelapanagn dan keselamatan sepanjang perjalanan kami. Berkat doa dan harapan kami dapat menamatkan jelajah Eropah selama 16 hari 15 malam dari Paris hingga kembali ke Amsterdam. Kami semua sihat dan dapat menikmati alam ciptaan Allah Yang Maha Kuasa.
Disamping itu kami juga telah menjelajahi London selama 4 hari 3 malam. jadi keseluruhan ekspedisi ini selama 20 hari. Satu pengalaman yang sukar dilupakan. Semoga Allah dapat memberi kami kelapangan masa dan sihat pada masa akan datang bagi kami melihat keagungan Allah sebagi pentadbir alam ini.
|
Puas hatilah.. Alhamdulillah |
|
Ada apa-apa perbezaan selepas menjelajah Eropah? |
Ketika di KLIA. Ni gambar sebelum jelajah. Nak memulakan eksplorasi. Senyum senang dan berkobar-kobar nampaknya.
Inilah Route map spending penjelajahan kami yang diuruskan ole DPM Destination Planner & Management.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemandu pelancong boleh hubungi
MICHEAL CHEN di alamat di bawah (Iklan percuma!!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan