Rabu, 12 Ogos 2015

Eksplorasi Eropah 15: Mainz, GERMANY - Brussels - Brugge, BELGIUM

13 Disember 2014:  Pagi selepas sarapan bersiap untuk ke Belgium.  Jarak perjalanan hari ini lebih kurang 400 km.  Sebelum merentasi sempadan Belgium, kami di bawa ke Rhine Valley.  Keindahan pemandangan sepanjang perjalanan menelusuri Sungai Rhine sukar dilupakan.  Walaupun cuaca tersangat sejuk namun kami dapat merasai nikmat pemandangan alam ciptaan Allah swt. Subhanallah.  Sungai Rhine sangat luas dan menjadi laluan kapal kargo berbentuk leper dan panjang.


Sungai Rhine, dengan panjang keseluruhannya 1,230 kilometer (820 batu) dan aliran purata melebihi 2,000 meter padu sesaat merupakan antara sungai yang terpanjang dan terpenting di benua Eropah. Nama Rhine ini berasal daripada bahasa Celt, iaitu Renos (yang mengalir), yang berasaskan kata dasar Proto-Indo-Eropah*rei- (mengalir). Perkataan ini dipercayai menjadi asas kepada kata kerja Inggeris "to run", kata kerja Jerman "rinnen", dan juga perkataan Yunani, "rhëin", dengan kesemuanya membawa maksud mengalir


Gaung Rhine, satu landskap yang terbentuk kerana proses hakisan,yang berlaku pada kadar hampir sama dengan satu pergerakan tektonik serantau,yang meninggalkan bahagian sungai tidak berubah tetapi menaikkan aras ketinggian bahagian tanah sekitarnya.Gaung ini agak dalam dan terbentang disepanjang sungai yang terkenal dengan istana-istana dan ladang-ladang anggurnya.Rhine disenaraikan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO 2002 dan dikenali sebagai Rhine yang romatik dengan mempunyai 40 buah istana dan kubu lama sejak Tahun Pertengahan (Wikipedia).
Di tepian Sg Rhine
Sg Rhine
Kapal pengangkut barang
Panorama restaurant di tepi Sg Rhine 
Sg. Rhine
Minum kopi di R&R ke Belgium
R&R dan kopi
Bersama Micheal
Bersma pelajar sekolah di R&R .  Mereka juga melancong 
Brussells, Belgium.  Kami sampai lewat petang dan sempat jelajah kota Brussells. Singgah sebentart di The Atomium, simbol kemegahan Brussells.   Makan tengahari lewat hari ini.  Kami cari restoran halal di sini.  Dapat makan kebab di Brussells.  Banyak pilihan makanan halal yang kebanuakannya di dominasi oleh orang Turki.  Kami juga sempat melalui jalan yang dipenuhi peniaga Arab.  macam di negara Arab pula sebab barang niaga dan jalan dipenuhi orang Arab.  



The Atomium, Brussel, Belgium
Brussells, Belgium
Sekitar kota Brussells 
Sazali  dan Normah di Square of Europe
Nik dan Wan.  Gemerlap malam di Brussells
Setelah jelajah Brussells, kami teruskan perjalanan ke Brugge, Belgium.  Bandar ini bersempadan dengan Belanda dan kami bermalam di hotel di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...