9 Disember 2014 : Tidak berapa lama memandu dari Fussen, kami akan meneruskan penerokaan ke Konigschlosser. Di sini kami dapat melihat kawasan perkampungan pelancung dengan tumpuan utama kepada King Ludwig Castle atau Sleeping Beuty castle. Dipanggil juga Fairytale Ludwig Castle. Istana ini seakan yang diilhamkan di dalam cerita Disney.
Disebabkan cuaca sangat sejuk, kami hanya jelajah sekitar bahagian bawah kawasan pelancungan ini. Sempat bergambar serta minum kopi panas untuk redakan kesejukan. Sambil menghirup kopi di kafe, sempat berbual dengan pelancung dari Singapura. Mereka datang sekeluarga lima orang. Tanpa bantuan pemandu pelancong, mereka jelajah Eropah secara backpaker. Naik tren dan bas. Mereka tabah hadapi cabaran.
Rami juga pelancong yang naik ke kawawan tanah tinggi untuk pergi ke istana. Ada yang naik bas dan kereta kuda. Disebabkan masa yang terhad, maka kami sempat ambil gambar kereta kuda saja..
|
Latar belakang castle |
|
Hadapan Mizium Konigschlosser |
|
Beganbar dalam cuaca sangat sejuk |
|
Tak dapat naik kereta kuda, ambil gambar pun kira ok |
|
Disekitar tasik di Konigschlosser |
|
Seronok dapat makan kebab Turki. Tak perlu makan bekal nasi Brahim |
|
Pilih jalan pulang |
Semasa menuruni jalan dari Konigschlosser, kami berhenti di sebuah kios jual makanan Muslim. Menunya kebab Turki. Berger pun ada. Alangkah gembiranya apabila makan tengahari kali ini kami tidak akan makan nasi produk Brahim. Sudah beberapa hari menu makan tengahari ialah jenama Brahim. selalunya kami akan singgah
toilet stop di R&R lebuhraya dan buka bekal makanan tengahari.
Sesudah makan, kami solat jamak. Solat di mana ada ruang kosong. Kadangkala tepi toilet, di luar kawasan lapang R&R, tempat parkir, atau di mana saja yang sesuai. Jika cuaca terlalu sejuk, nak ambil wuduk sangat mencabar. Walaupun boleh bertayamum jika air terlalu sejuk kami masih boleh menggunakan air untuk wuduk. Solat adalah wajib ditunaikan. Sebagai Muslim, tidak ada masalah untuk menunaikannya. Micheal pernah kata kepada kami, grup ini tak pernah tinggal solat semasa musafir!
Setelah melawat castle, tumpuan kali ini ialah kehebatan teknologi kereta. German sememangnya sinonim dengan kereta BMW. Munich adalah pusat industri kereta BMW. Kami singgah di BMW Exhibition Center, Munich. Pusat pameran ini memang hebat. Pelbagai model terbaharu kereta BMW dan Mini dipamerkan. Kami sekadar melihat-lihat dan bergambar kenangan. Sempat juga duduk dalam kereta dan ambil gambar. Itupun dah cukup baik. Ambil gambar duduk dalam kereta BMW di Munich German...
|
Pusat Pameran BMW |
|
Yang pun ok |
|
Yang ni kalau pandu ke sekolah, tak jadi belajr budak-budak.. |
|
Nak gaya.. |
|
Hj YM kata ok. Senang nak ke surau.. |
|
Yang ni untuk pandang saja |
|
Tak sempat naik kereta simulator BMW |
|
Kecil, tak muat nak masuk.. |
|
Yang ni besar sangat, susah nak parking |
Akhirnya,
|
Kereta Mini yang betul mini. Kenangan di Munich. Cucu tanya, nak pinjam keta atuk boleh tak? |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan